DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, May 13, 2008

AGENDA PERPADUAN MELAYU SANDIWARA UMNO-SIRI 4 [AKHIR]

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’laikum wm.wrt,


Isu 2: UMNO Memusnahkan Kedaulatan Politik Orang Melayu


Pesempadanan semula kawasan pilihan raya yang dipinda pada tahun 2003 menunjukkan niat jahat UMNO untuk memecahkan kawasan yang mempunyai pengundi majoriti Melayu. Sekarang ini seluruh semenanjung tidak terdapat lagi kawasan majoriti Melayu melebihi 80 peratus. Sebahagian besar kawasan di bawah persempadanan semula itu meletakkan kawasan yang majoriti Melayu diubahsuai di bawah paras 75 peratus. UMNO membawa ramai pengundi bukan Melayu ke kawasan Melayu contohnya seperti yang berlaku di Parlimen Pokok Sena, Baling dan Kuala Kedah di Negeri Kedah.


Dendam kesumat UMNO terhadap PAS dilihat melalui proses persempadanan semula tersebut ketika itu tidak menunjukkan prinsip “satu orang, satu undi” sekurang-kurangnya dalam dua aspek. Aspek yang pertama ialah iaitu negeri yang mempunyai pemilih yang paling ramai tidak diperuntukkan kerusi yang paling banyak iaitu negeri Selangor yang mempunyai pemilih berdaftar sebanyak 1,368,693 hanya mempunyai 22 kerusi Parlimen berbanding negeri Johor yang mempunyai hanya 1,223,532 pemilih berdaftar, pula diperuntukkan 26 kerusi Parlimen.


Aspek kedua ialah, satu undi di kawasan luar bandar mewakili lebih daripada 3 undi di kawasan bandar. Contohnya, dalam kawasan Parlimen Lenggong di negeri Perak, 22,187 pemilih diwakili oleh seorang Ahli Parlimen. Namun, kira-kira 78,000 pemilih di Parlimen Ipoh Timur juga diwakili oleh seorang Ahli Parlimen sahaja. Jika prinsip “satu orang, satu undi” dipratikkan, kawasan Ipoh Timur sepatutnya diwakili oleh 3 orang Ahli Parlimen.


Apabila UMNO mendapati banyak kawasan pilihan raya di seluruh Negara di awal Kemerdekaan mempunyai peratus pengundi Melayu yang tinggi, maka ia berusaha meramaikan pengundi bukan-Melayu dengan tujuan menghalang dan menyukarkan PAS untuk memenangi sebarang pilihan raya yang diadakan. Malangnya bila setengah kawasan ramai pengundi bukan-Melayu, maka ia menyulitkan pula calon-calon bukan-Melayu dalam BN untuk menang kerana bukan-Melayu khususnya orang-orang Cina menyokong DAP. Bagi memastikan bukan Melayu terus berada dalam Parlimen dan menganggotai karbinet, maka kerusi-kerusi majoriti Melayu diserahkan kepada rakan sejawat bukan daripada golongan Melayu seperti MCA, MIC, PPP dan sebagainya.


Dalam persempadanan semula kawasan pilihan raya tahun 2003 itu, negeri-negeri yang PAS mendominasi seperti Kelantan, Terengganu, Kedah dan Perlis tidak ditambah sebarang kerusi Parlimen dan DUN, kecuali negeri Kelantan mendapat tambahan dua kerusi DUN di Gua Musang dan di Jeli. Sebaliknya, UMNO menambah kerusi di negeri yang ia kuat dan gagah seperti di Johor ditambah 6 Parlimen dan 14 DUN, Selangor 5 Parlimen dan 6 DUN, Sabah 5 Parlimen dan 12 DUN, Pahang 3 Parlimen dan 4 DUN, Pulau Pinang 2 Parlimen dan 5 DUN, Perak 1 Parlimen 7 DUN, Negeri Sembilan 1 Parlimen 4 DUN, Melaka 1 Parlimen 3 DUN dan Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur juga turut mendapat 1 Parlimen baru, iaitu Parlmen Putrajaya.


Akhirnya, senjata makan. Dalam PRU ke-12 lalu, pengundi bukan Melayu tidak lagi memberi sokongan kepada UMNO/BN lagi sepertimana mereka lakukan pada PRU ke-10. Mereka beralih arah memberi sokongan kepada parti-parti dalam Pakatan Rakyat khususnya kaum India. Hanya orang Melayu yang buta hati dan buta maklumat sanggop memberi undi kepada UMNO haprak yang sedikit demi sedikit semenjak negara bebas daripada penjajahan British telah bertindak memusnahkan imej agama dan bangsa sekali gus menghancurkan ketuanan Melayu.


Dalam pilihan raya lalu, UMNO hanya menang 78 kerusi, PAS 23 dan PKR 20, menjadikan suara orang Melayu di Parlimen sekarang hanya diwakili oleh 121 orang dan selebihinya dimiliki oleh orang bukan Melayu diwakili sebanyak 101 suara. Orang Melayu hanya lebih 20 suara sahaja. Suara Melayu memerlukan 27 kerusi lagi menjadi 148 kerusi [majoriti 2/3 daripada 222 kerusi dalam Parlimen] bagi memperkuatkan kedudukan ketuanan Melayu di tanah air sendiri. Angkara siapa ini? Jawapanya ialah UMNO. UMNO yang memerintah sejak dari negara mencapai kemerdekaan sampai sekarang.


Tanpa sokongan pengundi miskin, kehidupan yang daif dan buta huruf di Sabah dan di Serawak, UMNO pasti kehilangan kuasanya sekarang dan di Parlimen sudah tentu Abdullah Ahmad Badawi sekarang adalah Ketua Pembangkang,bukan Wan Azizah Wan Ismail. Walaupun, begitu keadaan politik dalam UMNO yang kucar-kacir kini, UMNO boleh kuasa bila-bila masa sahaja dari sekarang. Kebangkitan semula Anwar Ibrahim bersama Pakatan Rakyat akan memusnahkan kerajaan UMNO yang sudah memerintah lebih daripada 50 tahun.


Isu 3: UMNO Gagal Memartabatkan Bangsa Melayu


UMNO telah diberi peluang memerintah selama 50 tahun lebih, tetapi UMNO gagal membela nasib orang Melayu. Dalam usia UMNO masuk ke 62 tahun, ia gagal membela nasib Melayu. Masih ramai orang Melayu yang miskin papa kedana. Masih tidak berumah dan masih tinggal di rumah-rumah setinggan yang serba serbi kekurangan kemudahan asas.


Hasrat menghapuskan kemiskinan melalui Dasar Ekonomi Baru gagal [DEB]. DEB tidak mencapai matlamat yang ditetapkan. 35 tahun dasar ini berjalan, pencapaian orang Melayu hanya 19 peratus. Begitu juga perlaksanaan Dasar Pembangunan Nasional [DPN] pada tahun 1990 juga turut gagal mencapai sasarannya.


Perlaksanan DEB dan DPN gagal kerana para pemimpin UMNO dan kerajaan memberi kekayaan kepada segelintir orang Melayu dan bukan-Melayu melalui amalan kronisme dan korupsi. Di kalangan orang Melayu sendiri masih wujud jurang di antara yang kaya dengan yang miskin, di antara penduduk kota dengan penghuni desa dan di antara orang kuat UMNO dan BN. Sesungguhnya, ia amat memalukan berbanding bangsa bukan Melayu lainnya terus maju, tetapi Melayu masih bercakaran sesama sendiri akibat perbezaan ideologi. UMNO bertindak kejam tehadap Melayu di luar lingkunan kuasa UMNO.


Perdana Menteri, Abdullah Ahmad Badawi memberitahu Parlimen pada 3 Julai 2006 bagi menjawab soalan yang dikemukakan oleh YB.Puan Teresa Kok Suh Sim [Parlimen Seputeh] menyatakan bahawa berasarkan Pendapatan Garis Kemiskinan yang baru dan perangkaan daripada Penyiasatan Pendapatan Isi Rumah terkini tahun 2004, bilangan isi rumah miskin mengikut negeri adalah seperti disebelah:

Abdullah juga memaklumkan kepada Parlimen bilangan isi rumah miskin mengikut kumpulan etnik pula adalah seperti dibawah

Berdasarkan jadual di atas, jelas negeri-negeri majoriti Melayu seperti Terangganu, Kedah dan Kelantan mempunyai kadar bilangan isi rumah termiskin lebih tinggi, berbanding dengan negeri-negeri lain yang diperintah oleh UMNO [kecuali Kelantan]. Sabah mempunyai bilangan isi rumah yang miskin tertinggi [114,200 orang], diikuti Serawak [31,800 orang]. Dua buah negeri rakyatnya termiskin, tetapi para pemimpinnya kaya-raya seperti Musa Aman dan Taib Mahmood, rakyatnya miskin papa kedana.

Bilangan isi rumah termiskin juga dipelopori oleh kaum Bumiputra [kebanyakanya orang Melayu] yang teramai [286,100 orang]. Rakyat yang kekal berada dalam kemiskinan dan buta huruf seperti ini sangat penting bagi kepentingan politik UMNO dan kuncu-kuncunya. Pilihan raya lalu, rakyat kedua-dua negeri ini [Sabah dan Serawak] menyumbang 40 peratus kerusi Parlimen kepada UMNO, iaitu 55 kerusi daripada 140 kerusi itu.

Kesimpulannya, Barisan Bertindak Perpaduan Melayu [BBPM] yang dikepalai oleh Osman Bakar dan Gapena yang terajui oleh Ismail Hussein tidak usahlah membuang masa bercakap mengenai ‘perpaduan dan ketuanan Melayu’ hanya membuang masa sahaja. Lebih baik NGO-NGO yang bergabung dengan dua badan ini bercakap berterus terang iatu untuk mengekalkan Abdullah dan UMNO terus memerintah negara ini, jangan sekali-kali memperalatkan orang Melayu untuk bersatu demi survival UMNO yang hampir pasti akan terkubur tidak berapa lama lagi.

UMNO telah diberi peluang 50 tahun lebih untuk memerintah Malaysia, tetapi nasib orang Melayu dan umat Islam di negara ini tidak terbela. Inilah realiti yang telah menimpa nasib orang Melayu sepanjang hampir 50 tahun di bawah kepimpinan UMNO. Kini, usia UMNO semakin meningkat ke 62 tahun. UMNO semakin bertambah tua, kekurangan tenaga [energy] dan mulai diserang penyakit pelupa dan nyanyuk. Masa inilah yang paling sesuai bagi UMNO untuk mengundurkan diri buat sementara waktu. Berehatlah sambil menarik nafas lega untuk kembali semula dengan semangat yang lebih muda dan baru. Berilah peluang kepada orang lain pula untuk menunjukkan kebolehan memerintah negara ini, mungkin lebih baik daripada UMNO perbuatkannya selama ini.


Luangkan masa jenguk-jeguklah blog saya :
http://tuntelanai.blogspot.com/
Ada banyak bahan yang boleh dijadikan pengetahuan dan hiburan diblog saya satu lagi:
http://demang.blogmas.com/


“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian.Wassalam.

1 comment:

Anonymous said...

sendiwara kepala atuk engkau...hoiii bodoh..tengoklah persidangan parlimen...MELAYU SAMA MELAYU BERGADUH PASAL ISU NASIONAL...aku tengok DAP DAN KAUM LAIN CINA DAN INDIA senyum dan ketawa tengok MELAYU BODOH DARI PKR DOK BERTENGKAR DENGAN ORANG UMNO....APALAH BAHLOL SANGAT NIIII.MACAMNI KE NAK MEMERINTAH NEGARA....POOORAHHHHH....HANCUR AGAMA,BANGSA DAN NEGARA.LAGAK WAKIL PARLIMEN MELAYU DARI PKR BETUL2 MENAKUTKAN DGN BAHASA UCAPAN MEREKA.KETUA PKR LAK ASYIK DOK KOMLEN HAL LAKI DIA!!AKU TAK PAHAM...KATA DAH NAK AMBIL TAMPUK PEMERINTAHAN PADA BULAN OGOS NI???