DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Wednesday, May 28, 2008

‘BILA BADAN DIMAMAH USIA, KENYATAAN ADALAH MAINANNYA’

Oleh : Tun Telanai
Assalamu'alaikum wm.wrt,


Saya ambil rencana daripada Asiaweek yang diterjemahkan oleh MarhaenTua yang disiarkan oleh Tranungkite.net pada tahun 2001. Tujuannya ialah untuk melihat curak pemikiran Dr.Mahathir Mohamad dulu dan sekarang. Nampaknya, curak atau gaya pemikiran Dr.Mahathir tidak banyak berubah. Apabila beliau menghadapi sesuatu masalah yang melibatkan individu tertentu atau pun organisasi tertentu, beliau akan bertindak dengan apa cara sekali pun agar individu atau organisasi terbabit akan musnah. Beliau tidak pernah mahu mengaku sebarang salahlaku yang telah dia perbuatkan sepanjang beliau memerintah selama 22 tahun. Semua kesalahan tersebut akan ditelakkan kepada orang lain.


Begitulah apa yang telah terjadi kepada Anwar Ibrahim dan kini Abdullah Ahmad Badawi mengahdapi suasana sukar sepertimana Anwar rasakan. Mahathir akan sanggup buat apa sahaja agar hatinya puas. Kini, beliau sudah tidak ada kuasa lagi. Kalau kuasa masih ada ditangannya, nasib Abdullah akan menyerupai nasib yang menimpa Anwar.


Imbas kembali kenangan lama temubual Mahathir dengan Asiaweek. Inilah pemikiran sebenar yang ada dalam diri manusia yang bernama Dr.Mahathir bin Mohamad:


When You Grow Old, You Face Reality’
Oleh: Salman Wayne Morrison, Dorinda Elliot, Arjuna Ranawana
Asiaweek: Januari 26, 2001 Vol.27 No.3


Rakyat Malaysia memang mempunyai perasaan kasih dan benci terhadap Perdana menteri Mahathir Mohamad. Namun, tidak ramai yang menafikan bahawa beliau mempunyai semangat juang yang kental. Demikianlah sentimen itu setakat ini. Namun, Mahathir yang kini menghampiri ambang usia 75 tahun, ternyata sudah semakin kehilangan semangat juang yang dianggap sebagai satu legenda itu. Ketika Editor Dorinda Elliot, managing Editor Salman Wayne Morrison dan Wartawan Arjuna Ranawana mengadakan wawancara dengan beliau di pejabatnya di Putrajaya, Mahathir duduk terperusuk di kerusinya dan ternyata keletihan kerana dihenyak dengan pelbagai kutukan yang tidak pernah dialaminya sebelum ini. Dia mengaku begtapa partinya UMNO (Baru) telah kehilangan wibawa dan dia sendiri pun tidak lagi mampu bertindak sebagai mahaguru untuk melakar destini negaranya.


Asiaweek (AW): Perkauman menjadi isu hangat lagi. Kumpulan etnik Cina telah meminta meritokrasi. Tiga puluh tahun setelah DEB (Dasar Ekonomi baru0 dimulakan, ketegangan kaum masih kekal. Apakah DEB itu sudah gagal?


Mahathir (M): Beberapa kumpulan Cina memang bersifat ekstrim. Mereka membuat tuntutan yang tidak masuk akal, sehingga mencemarkan kontrak sosial yang disetujui ketika kemerdekaan dicapai. Namun, ramai lagi orang Cina yang masih toleran. Mereka faham bahawa alasan yang kita buat mengenai perbezaan yang positif. Mereka sudah lihat apa yang berlaku di negara lain di mana tidak ada usaha untuk mensetarakan kemajuan masyarakat yang berbilang kaum dan bagaimana orang lain mengganyang masyarakat Cina kerana geram.Tetapi ada satu persepsi bahawa orang Melayu itu sudah berpecah dan inilah masanya untuk mereka membuat tuntutan itu.


AW: Bukankah perpecahan Melayu itu disebabkan UMNO dan juga keseluruhan system Malaysia Inc. yang tercemar oleh kronisme?


M: Kronisme ialah satu istilah yang bukan lahir di sini. Ia mula muncul di akhbar asing, termasuk Asiaweek. DEB telah memberi manfat kepad sekita 7 juta orang Melayu. Bukannya hanya satu juta ataupun dua – tetapi 7 juta Melayu. Kami telah menjajikan kesetaraan di antara orang Cina dan kaum bumiputra di semua tahap. Di tahap yang paling atas, dalam bidang perniagaan besar memang tidak ramai orang Melayu. Mereka terpaksa dikutip dan dididik supaya ada perkongsian yang setara dalam pembangunan negara ini. Jika tidak, orang akan berkata bahawa kami hanya mengongsi kemiskinan dan tidak kekayaan. Apabila syarikat mula mengagihkan saham, kita ambil peluang itu untuk mengagihkan saham kepada segelintir orang Melayu yang mampu menunjukkan bakat mereka. Masalahnya sesiapa sahaja yang diberikan saham itu, sama ada dia terkenal ataupun tidak, menonjol ataupun tidak, terus dicop sebagai kroni. Kami menjadi mangsa segala tuduhan yang kami mempunyai kroni. Tetapi, kepada siapakah yang kami beri semua itu?


AW: Kalau anda terus melindungi Bumiputra melalui pemberian hak istimewa apakah Malaysia tidak akan tertinggal kebelakang dalam putaran ekonomi global?


M: Kami terpaksa melindungi mereka kerana ini adalah untuk kebaikan stabiliti negara. Memang ramai pakar antaraabngsa dan juga pakar ekonomi bahawa hak keistimewaan itu adalah tidak baik. Ada yang beranggapan kalau orang miskin biarlah dia terus miskin dan sekiranya orang itu kurang kepandaian janganlah dia dibantu. Apakah anda mahu melihat Malaysia dengan kumpulan orang Melayu yang merupakan penduduk terbesarnya dipinggirkan?


AW: Ramai rakyat Malaysia yang muda-muda naik meluat dengan sistem itu.


M: Saya pernah menjadi muda satu ketika dulu. Apabila badan dimamah usia, kenyataan adalah mainan kita. Kita mesti terima hakikatnya bahawa ada banyak benda yang tidak termampu kita laksanakannya.


AW: Apakah usaha menyusun semula syarikat yang besar-besar itu melembabkan pemulihan ekonomi negara?


M: Tidak. Kita telah mengalami kemajuan yang lebih baik daripada negara lain. Apabila nilai matawang menurun hingga setengah harga asalnya, dan kemudian itu berlaku pula penurunan harga saham sehingga terhakis 90% nilainya, sudah tentu setiap syarikat yang tergugat itu akan gagal juga. Tidak kiralah betapa cekap pengurusannya. Kerajaan Amerika pernah mengeluarkan dana sekitar USD2 billion, sebagai hadiah semata-mata, kepada Chrysler ataupun GM ataupun Ford, kalau saya tidak silap akan nama sebenarnya. Pemberian itu adalah satu pertolongan jika tidak syarikat itu gulung tikar. Kepada saya itu adalah usaha menyelamat bersifat “bailing out”. Bukannya saya tidak mengaku betapa adanya korupsi di Malaysia. Tetapi, kalau anda sebut kronisme, saya tentu akan membantahnya. Saya tidak membantu orang kerna merka kroni saya. Saya membantu mereka kerana mereka ada bakat.


AW: Pelaburan asing di Malaysia semakin berkurangan. Tetapi anda terus mengkritik Barat, yang merupakan sumber dana yang masuk melabur.


M: Kita telah mengkritik negara asing sejak dulu lagi. Tetapi pelaburan asing tidak berhenti. Orang lain masih lagi melabur di negara ini kerana mereka sukakan stabiliti negara dan mereka suka dengan cara kita menguruskan matawang.


AW: Tetapi pelaburan terus menurun?


M: Keadaan ini berlaku di seluruh rantau ini. Banyak dana yang masuk ke Eropah, ke Amerika dan sedikit sahaja yang masuk ke rantau ini. Ekonomi Jepun sedang merudum kerana itu mereka tidak melabur di sini. Bukannya dasar dalaman Malaysia ataupun dasar luar yang agresif yang memudaratkan pelaburan. Kalu ada pun, tidak banyak.


AW: Apakah anda akan mengubah sistem mengekang ringgit?


M: Saya tidak faham kenapa semua orang terus mengemukakan soalan ini. Sehingga hari ini sistem matawang kita telah banyak membantu kita. Selagi sistem kewangan antarabangsa tidak diubah, untuk menyekat pemusnahan ekonomi negara oleh orang yang mahu membuat duit darinya, saya tidak akan merobah sistem matawang kami.


AW: UMNO sudah kehilangan sokongan pada pemilu 1999 dulu, dan terus kehilangan sokongan itu. Kenapa?


M: Banyak sebabnya. Cara menggunakan isu Anwar telah memainkan peranan yang besar, terutama sekali gambar mata lebam, seolah-olah saya yang membaham matanya itu. Pihak pembangkang tidak pernah menjelaskan bahawa mata lebam itu bukannya kerja saya. Orang lain yang membuatnya. Bukannya saya mempunya kuasa menyekat perbuatan yang menggila orang bawahan saya. Tetapi saya yang menerima tuduhannya, begitu juga dengan parti yang diseranah sehingga kami kehilangan sokongan kerananya.


Kemudian, kita mempunyai PAS yang mengugut orang yang tidak arif dalam ajaran Islam, dengan mengatakan kalau mereka memangkah UMNO, mereka akan masuk neraka jahanam. Ramai wanita UMNO yang selama dulu memangkah UMNO tetapi sanggup berkata kini: aku sudah tua sekarang ini dan mungkin mati tidak lama lagi. Aku akan mula pangkah PAS sebagai jaminan tidak masuk neraka. Mereka menakut-nakutkan orang. Mereka tanam bibit kebencian terhadap kerajaan. Untuk pertama kalinya kita dapati rakyat yang berpendidikan tinggi, para professional yang membenci kerajaan. Mereka menuduh kerajaan sebagai korup, tidak telus dan mengamalkan kronisma. Tetapi, mereka adalah golongan yang menikmati segala dasar itu.


AW: Kebencian itu bermula daripada politik di Malaysia. Anda singkir timbalan anda Anwar Ibrahim, yang dihukum oleh proses kehakiman yang ramai orang Malaysia kata terlalu zalim. Bukankah ini yang merangsang rakyat marhaen berhimpun di jalanraya?


M: Orang ini telah naik kerana saya. Saya yang melantik dia menjadi timbalan saya, tetapi dia berkerja sendirian sahaja. Kecenderongan awalnya ialah untuk menjadi ahli PAS. Tetapi dia memasukki UMNO kerana dia nampak lebih awal lagi betapa dia tidak ada peluang yang baik dalam PAS. Memang tidak ada sebab kenapa PAS akan melantiknya menjadi perdana menteri. Dia memasuki UMO kerana beranggpan dia akan mampu memperalatkannya. Selama itu dia berencana. Saya tersilap memandang remeh keupayaannya untuk mencetuskan huru-hara.


AW: Tetapi, anda berdua sedang bermain satu lakonan. Anda bawa Anwar menganggotai UMNO kerana anda memerlukan UMNO yang mempunyai wajah keIslaman.


M: Saya bawa dia memasukki UMNO agar tidak menjadi ahli Pas dan setrusnya mencetuskan kekecohan. Apabila anda menjadi ahli UMNO anda harus menerima perjuangannya itu. Dia telah memperalatkan UMNO untuk matlamat sendiri. Dia wujudkan sel-sel (cabang klandestin) di setiap organisasi, dalam perkhidmatan polis, tentera, perkhidmatan awam, di kalangan pelajar, pensyarah universiti tempatan dan di seberang laut. Dia telah membangunkan satu sistem yang taat setia kepadanya dengan menggunakan kuasa yang ada. Apabila dia menjadi timbalan perdana menteri tindakan seterusnya ialah untuk menggulingkan saya. Saya memang tidak terbayangkan bahawa seorang yang pernah saya bantu mahu melakukan semua itu.


AW: Selain daripada Anuar sebagai pemangkinnya, pihak pembangkang telah mendapat modal politik berasaskan persepsi bahawa UMNO adalah untuk kumpulan elitis dan berteraskan wang.


M: Saya telah menasihatkan UMNO agar berubah sikap. Sejak beberapa tahun yang lalu, kejayaaan negara ini telah membuatkan ramai rakyat yang bersifat kebendaan. Saya akui ini adalah satu cabaan yang besar untuk diperjuangkan.


AW: Apakah anda menang?


M: Segelinir ahli UMNO di akar umbi berkata, kami hanya dapat sedikit duit sahaja. Orang yang kami pilih membalun lebih banyak wang ringgit lagi untuk diri mereka sendiri – kenapa anda tempelak kami sendangkan yang kami dapat hanyalah sedikit sahaja. Kalau kami enggan menerimanya, orang lain akan melakukannya. Bagaimana anda boleh berdebat dalam perkara itu? Pemikiran begini memang salah. UMNO menjadi lemah sekarang ini kerana sudah ketiadaan semangat berjuang seperti dulu. Tujuan menjadi ahli UMNO bukanlah untuk menjadi menteri ataupun membuat harta. Tujuannya ialah bekhidmat.


AW: Ramai orang yang kagum dengan anda pada masa lalu, merasakan anda akan mengakhiri kerjaya itu dalam suasana yang dingin; sebagai seorang otokrat anda telah musnahkan timbalan anda, menyuburkan kronisme dan sengaja menentang penubuhan globalisasi. Apakha perkara ini tidak menyedihkan anda?
M: Saya tidak peduli semua itu. Saya lakukan apa yang saya fikirkan mesti dilakukan. Dan saya puashati dengan keputusannya. Saya tahu apa yang orang kata mengenai saya adalah tidak benar, tetapi saya tidak boleh lakukan sesuatu agar mereka sedar. Saya tidak kisah kalau mereka tuduh saya seorang diktator kerana saya tahu saya bukannya diktator. Kalau mereka menuduh saya mengamalkan kronisme, saya tahu saya tidak melakukannya. Dalam hidup harian seorang ahli politik, memang ada manusia yang bersedia memberitahu dunia bahawa inilah insan yang paling hebat di dunia, namun ada juga manusia yang mahu membunuh saya. Sedarkah anda betapa meraka kerap menyebut di setiap majlis UMNO, perdana menteri yang dikasihi dan lain-lain lagi? Saya jawab, janganlah puji-puja saya. Saya tahu satu hari nanti anda juga yang akan membenci saya ini. Yang pentingnya ialah apa yang kita lakukan bersama dan apa yang telah kita sempurnakan. Kalau anda lakukan perbandingan di antara apa yang dilaksanakan di negara ini dengan apa yang terlaksana di negara membangun lain, anda akan mendapat ilham apakah sudah tercapai kejayaan itu ataupun tidak.


AW: Kalau anda merenung masa silam, apakah sesalan anda?


M: Mungkin saya menyesal memasuki politik. Sepatutnya saya terus kekal sebagai seorang doktor. Ketika saya mengamalkan bidang perubatan, saya memang sudah popular. Rakyat kasihkan saya.


AW: Apakah yang fikiran anda yang akan menjadi ingatan orang terhadap anda?


M: Saya tidak kisah pun.


“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
"PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian. Wallahu'alam dan terima kasih


1 comment:

TakdeOrangPeduli said...

Assalamualaikum...

bang... kecewa betul ye abang bila situa mahathir tu bising kat pak lah... kira paklah ni senasib anwar la ni ye bang... tapikan bang.. kalau la dua manusia yang bernama anwar ngan paklah ni dengar kata... tak buat hal.. duduk diam2.. buat kerja bagus2.. takde la kot situa tu nak bising... saya tak penah tgk pon dia bising kat muhyidin... situa tu tak penah pulak saya tgk dia bising kat najib (masa dulu la) mesti la ada sebab bang... kalau takde sebab takkan la abang sendiri pun bising kat situa tu kan... semuanya bersebab...

anwar kalau nanti jadi PM tu mungkin da rezki dia... paklah pon jadi PM tu rezki dia.. kalau abang jadik penasihat media internet ni kepada PM pon kira rezki.. tapi bang ek.. mane yang tak sesuai untuk bangsa agama dan negara mmg patut dibisingkan... mak saya pon penah bising kat saya dulu sebab boros.. takde pendirian... lembik.. malas amek tau hal sedara mara.. tapi dalam marah2 mak tu saya dengar la jugak nasihat tu.. takde la saya nak melawan... akhirnya.. alhamdulilah..

begitu la kot kisah nya dorang ni..
ampun maaf.. semoga bahagia