DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Wednesday, May 21, 2008

SEKITAR MAJLIS DIALOG DI ANTARA PENDUDUK KAMPUNG BARU PADANG SANAI DENGAN AHLI PARLIMEN PADANG TERAP

Oleh : Tun Telanai




Pada hari Ahad, 18 Mei lalu, saya berkesempatan menghadiri satu program yang melibatkan Ahli Parlimen Padang Terap, Ustaz Nasir Zakaria dalam satu majlis dialog dengan penduduk Kampung Baru Padang Sanai, Kuala Nerang. Majlis dialog itu diadakan ekuran masalah pengambilan tanah yang dilakukan oleh pihak berkuasa khususnya Syarikat Gula Padang Terap [SGPT]. Syarikat ini dipercayai dipunyai oleh seorang tokoh koporat dan usahawan terkenal di Malaysia, malah mencapai tahap orang terkaya di ASIA, beliau yang dimaksudkan ialah Syed Bokhari Syed Mohamad.

Beliau dipercayai melalui SGPT membeli tanah-tanah disekitar perkampungan orang-orang Melayu dan Siam yang di sini.Penduduk di sini terkepung di tengah-tengah. Satu lagi masalah yang dihadapi oleh penduduk di sini ialah cadang kerajaan untuk membangunan Pusat Penyelidikan Getah Malaysia di kawasan tanah yang diusahakan oleh penduduk kampung.

Dahulunya, mereka telah pun hilang banyak tanah yang ditanam dengan pokok-pokok getah dan buah-buahan tempatan. Tanaman mereka dimusnahkan oleh PKNK dan PKNK bertindak merampas tanah mereka untuk membangunkan projek Ladang Rakyat. Pampasan yang diberi oleh pihak SGPT dan PKNK sangat rendah tidak sepadan dengan kos belanja hidup sekarang ini.


Amat mendukacitakan sekali penduduk di kampung ini dijadikan seolah-olah sebagai pelarian di tanah air sendiri. Mereka berpindah dari satu tempat ke tempat lain setelah tanah mereka dirampas oleh pihak berkuasa. Berkali-kali penduduk di sini memohon mendapatkan hak milik, tetapi ia tidak dipedulikan oleh kerajaan UMNO yang memerintah Kedah dulu


YB Nasir Zakaria mendengar segala penderitaan yang ditanggung oleh penduduk di kampung ini dan beliau berjanji akan berusaha sedaya mungkin bagi menyelesaikan dengan membawa perkara ini kepada YAB Menteri Besar bagi mencari jalan penyelesaian yang terbaik.


Majlis dialog ini juga turut dihadiri oleh pegawai-pegawai dari Jabatan dan agensi kerajaan yang terlibat dengan tanah


YB Ustaz Nasir sedang mencatat sesuatu

YB Ustaz Nasir sedang memberi penjelasan


Sebahagian penduduk yang hadir dalam majlis
dialog tersebut

Seorang penduduk sedang menyampaikan
masalah yang terbuku dihati


"SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian. Wallahu'alam dan terima kasih

2 comments:

Anonymous said...

Maaflah...yang sebenarnya anda tak kenal siapa TUN MAHATHIR sebab tu gaya penulisan anda lebih pada pendapat sendiri tanpa berfikir.

Apapun blog TUN MAHATHIR dalam sebulan telah mencapai hit 1000000(1 juta) dan cara penulisan beliau amat berhemah serta wajar menjadi ikutan bloggers yang baru mahupun yang telah lama..

kulaan said...

Bagi saya kalau nak senang masuk politik apa-apa parti politik sama juga akhir ,kalau dah berkuasa dan duit boleh kahwin lebih satu kalau dah tak suka cerai ......
Halal haram dah tak kisah ...lama nanti semuanya sama (boleh peluk janji aku sokong engkau engkau sokong aku )itu namanya politik dan anda tidak pernah lihat dalam parlimen sebab bukan senang nak masuk kemera atau video untuk tengok gelagat mereka selepas persidangan.
Jangan mudah percaya seperti prinsip saya iaitu DENGAR BOLEH PERCAYA JANGAN .Orang biasa kita ini mudah tertipu dengan mereka yang katakan perjuangkan rakyat.
Jika anda berani sanggupkah anda berkata kepada mereka agar dalam 1 minggu mereka naik motor anda dan anda naik kereta besar mereka untuk bersiar-siar....jawapannya mungkin mengecewakan dengan pelbagai alasan yang anda anggap ia munasabah sedangan hati mereka akan kata anda ini gila atau nak mampus...silap hari bulan anda akan kena ....