Oleh :Mazelan Harron
Sumber :
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=14293&Itemid=82
Assalamu’alaikum wm.wrt,
Keputusan pilihan raya umum (PRU) ke 12 yang lalu telah mengubah senario pilitik khususnya tunjang parti pemerintah Barisan Nasional ( BN ) sejak 50 tahun yang lalu iaitu Umno.
Dalam tempoh dua bulan dari tarikh PRU ke 12 lalu , macam-macam hal yang berlaku . Rentak tarian Umno semakin jauh dari tempo dan semakin sumbang geleknya.
Sumber :
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=14293&Itemid=82
Assalamu’alaikum wm.wrt,
Keputusan pilihan raya umum (PRU) ke 12 yang lalu telah mengubah senario pilitik khususnya tunjang parti pemerintah Barisan Nasional ( BN ) sejak 50 tahun yang lalu iaitu Umno.
Dalam tempoh dua bulan dari tarikh PRU ke 12 lalu , macam-macam hal yang berlaku . Rentak tarian Umno semakin jauh dari tempo dan semakin sumbang geleknya.
Masing-masing mengikut rentak sendiri dengan irama yang bercampur-aduk menjadikan penarinya semakin penat dan akhirnya keletihan .
br>
Gambaran kekecewaan jelas terbayang di wajah Presiden Umno, Dato' Seri Abdullah Ahmad Badawi yang seolah-olah 'dipukau' ketika menerima keputusan pilihan raya tempoh hari.
Dengan keputusan hanya 'cukup makan', Abdullah nampak suram dan keletihan apabila lensa kamera dihadapkan ke wajah beliau ketika mengikuti pengumuman keputusan PRU ke 12 di Pusat Dagangan Dunia Putra ( PWTC ).
Abdullah seolah-olah seperti 'orang baru ' dalam politik yang belum pernah menghadapi keputusan pilihanraya apabila nampak terpinga- pinga , tak tahu nak buat apa ( yang sepatutnya ) . Berita kekalahan teruk BN itu diterima dengan penuh 'terkedu ' apabila BN dapat membentuk kerajaan hanya dengan majoriti mudah .
Rentetan dari keputusan yang mengecewakan itu , bermulalah 'episod demi episod luka' yang menjadi parasit dan semakin mem- barah dalam batang tubuh Umno . Parti MCA , MIC, Gerakan dan Parti Progresif Penduduk ( PPP ) yang menjadi sekutu paling kanan dalam keluarga BN juga mengalami kekalahan merudum dalam sejarah PRU sejak pilihanraya umum pertama .
Ramai pimpinan parti-parti komponen utama itu mengalami ke- kalahan dan ditolak oleh rakyat ( pengundi ) , kecuali Presiden MCA , Dato' Seri Ong Ka Ting yang dapat mempertahankan kerusinya di Pulai , Johor . Namun , Presiden PPP , Dato' M. Kayveas hilang kepercayaan sebahagian pengundi di Taiping , Presiden MIC , Dato' Seri S . Samy Vellu tersungkur di tempat tradisinya Pantai Remis dan Tan Seri Dr Koh Tsu Koon , Presiden Gerakan pula kecewa apabila di- hukum pengundi apabila mencuba nasib di Parlimen Batu Kawan .
Selain daripada pemimpin utama parti-parti komponen yang ke- cundang dalam pilihan raya kali ini , badi kekalahan juga menimpa beberapa orang mantan Menteri Kabinet sesi lalu termasuklah Dato' Seri Shahrizat Jalil di Lembah Pantai manakala Dato' Zainuddin Maidin mengakhiri karier politiknya di Sungai Petani ( sekadar beberapa contoh ) .
Selain Menteri kabinet beberapa orang Menteri Besar juga hilang jawatan termasuklah hilang keistimewaan dan hidup mewah selepas pilihanraya lepas termasuklah mantan Menteri Besar Selangor , Perak , Kedah , Pulau Pinang , Terengganu dan Perlis .
Kemenangan Pakatan Rakyat, ( PAS , DAP , PKR ) yang berjaya membentuk kerajaan campuran di Selangor , Kedah dan Pulau Pinang di samping mengekalkan Kelantan , mencipta lembaran baru untuk dinilai oleh semua rakyat ( pengundi ) dan mengubah 'lanskap' politik negara .
Spekulasi mengenai perebutan parti-parti pembangkang untuk me- nerajui kerajaan negeri berakhir dengan pemuafakatan dan kerjasama akrab parti-parti Pakatan Rakyat menafikan tuduhan dan tohmahan Umno . Akhirnya , yang menjadi masalah ialah perlantikan MB Perlis dan MB Terengganu .
Kedua-dua negeri ini bukan saja melibatkan pemimpin Umno malahan turut mengheret Institusi Raja yang menjadi simbol , lambang dan tonggak sistem pemerintahan Raja Berpelembagaan di Malaysia .
Insiden dicop sebagai derhaka terhadap sultan Perak kerana meng- arahkan ahli-ahli Yang Berhormat DAP Perak memboikot majlis di Istana Bukit Chandan , mencetuskan kemarahan pelbagai pihak .
Lim Kit Siang dihentam oleh ramai pimpinan Umno khususnya dan mendapat liputan meluas pihak media arus perdana atas kebiadap- annya itu . Namun , maruah Lim Kit Siang terserlah kembali apabila sanggup memohon maaf kepada pemangku Raja Perak , Raja Dr Nazrin Shah di atas ketelanjurannya itu .
Apa yang malang dan menyedihkan ketuanan Melayu yang di- junjung oleh Institusi Raja tergugat apabila mantan Menteri Besar Perlis , Tan Seri Shahidan Kassim mempertikaikan perkenan Raja ke atas Dato' Dr Md. Isa Sabu dalam urusan perlantikan MB Perlis.
Paling mengecewakan ialah kebiadapan 23 Adun Terengganu yang berdiri teguh di belakang Dato' Seri Idris Jusoh , mantan Menteri Besar Terengganu . Mereka membelakangi keputusan yang dibuat oleh Majlis Penasihat Pemangku Raja ( MPPR ) yang menamakan Ahli Dewan Undangan Negeri ( ADUN ) Kijal , Dato' Ahmad Said sebagai MB Terengganu yang baru .
Perlantikan tersebut mengenepikan Idris Jusoh yang mendapat watikah perlantikan sebagai MB bagi penggal kedua daripada PM , Abdullah berikutan kemenangan mempertahankan kerajaan BN di Terengganu selepas PRU ke 12 yang lalu .
Ekoran daripada itu 23 Adun yang diketuai oleh Dato' Rosol Wahid bercadang mengusulkan undi tidak percaya kepada MB baru dan mengatakan bahawa Dato' Ahmad Said akan dipecat dari keahlian Umno kerana 'menderhaka kepada Umno'.
Soal 23 Adun Umno menderhaka kepada sultan pula bagaimana ? Krisis yang berlaku ini melibatkan Penguam Negara , Tan Seri Abdul Gani Patail yang mengeluarkan kenyataannya bahawa urusan perlantikan MB terletak sepenuhnya pada Pemangku Raja dan MPPR , Yang di-Pertuan Agong , Sultan Mizan Zainal Abidin tidak ada peruntukan dalam mencampuri urusan perlantikan tersebut .
Akhirnya Presiden Umno terpaksa akur setelah menghadap Tuanku Mizan untuk menyelesaikan krisis perlantikan MB Terengganu dan keputusannya Adun Kijal Yang Berhormat Dato' Ahmad Said di- lantik menjadi MB yang baru .
Belum pun sempat 'tidur lena' menyelesaikan masalah Perlis dan Terengganu , Abdullah terpaksa pula bergegas ke Sarawak dan Sabah bertemu dengan ahli parti-parti komponen BN di sana apabila desas-desus mengatakan ahli Parlimen akan menyertai pembangkang .
Ahli Parlimen BN Sarawak seramai 30 orang dan BN Sabah se- ramai 24 orang itu dilihat akan menyertai pembangkang membentuk kerajaan pusat .
Abdullah terpaksa memujuk ke semua anggota Parlimen kedua- dua negeri tersebut dengan menjanjikan berbagai-bagai jawatan di peringkat pusat . Akhirnya terlantiklah beberapa orang wakil rakyat BN dari Malaysia Timur itu termasuklah Dato' Anifah Aman dan Dato' Abdul Ghafur yang akhirnya menolak perlantikan sebagai Timbalan Menteri.
Pun begitu , Yang Dipertua Dewan Rakyat yang baru dilantik juga adalah orang Sabah iaitu Tan Seri Pandikar Amin Mulia . Bukan sekadar Yang Dipertuanya orang Sabah , bahkan kedua-dua timbalannya juga orang Sabah . Dato' Dr Wan Junaidi Tuanku Jaafar , wakil rakyat Santubong yang mendapat 157 undi dan Dato' Ronald Kiandee, wakil rakyat Beluran pula mendapat 140 undi .
Secara simboliknya pemilihan Yang diPertua Dewan Rakyat dan kedua-dua timbalannya itu seolah-olah untuk memenuhi janji PM tempohari pada pertemuannya itu . Terbukti apabila kedua-dua calun jawatan itu dicadang oleh Abdullah dan disokong oleh timbalannya , Najib Tun Razak .
Lanjutan daripada 'road show ' Penasihat Umum Parti KeADILan Rakyat, Dato' Seri A
nwar Ibrahim ke Sabah tempohari , ter- cetus idea untuk menggubal undang-undang anti lompat parti seperti yang disarankan oleh Menteri di Jabatan Perdana Menteri , Senator Dato' Zaid Ibrahim kepada kabinet .
Alasannya untuk menjaga kepentingan awam serta tidak menyusahkan pentadbiran sesebuah negeri .
Dalam tempoh dua bulan pentadbiran Abdullah menjadi PM bagi penggal kedua teruji lagi apabila ada desakan 'peralihan kuasa' antara Abdullah dengan timbalannya , Dato' Seri Najib Tun Razak .
Walaupun ikrar Najib untuk terus membantu pucuk pimpinan mengukuh kan parti yang kini berdepan dengan cabaran getir selepas PRU ke 12, membayangkan seolah-olah tidak ada apa-apa yang berlaku .
Lakonan Najib nampak bersahaja apabila mengulas hasrat Ahli Parlimen Gua Musang , Tengku Razaleigh Hamzah berhasrat untuk bertanding jawatan Presiden Umno pada pemilihan agong parti itu nanti .
Sama ada rasa tergugat ataupun tersentak dengan kenyataan tersebut , itulah reaksi Najib dan beliau menegaskan bahawa Umno masih stabil walaupun akhirnya memerlukan suntikan semangat bagi mengembalikan keyakinan untuk menebus semula kekalahan dan menjadi teras pemerintahan negara , tegas beliau ketika menemui pemberita sejurus menyampaikan wang ehsan kepada 480 mangsa banjir di Pekan penghujung Mac lalu .
Siapakah pencetus idea peralihan kuasa pucuk pimpinan tertinggi parti itu tidak kisah . Ironisnya , sudah ada pihak yang berani bersuara bukan sekadar dalam kepompong sendiri malah ada yang menggunakan saluran media arus perdana untuk menyalurkan maklumat .
Bukan soal pengukuhan parti , sebaliknya ada individu sudah tidak sabar untuk merasai tampuk pemerintahan tertinggi itu .
Mungkin kerana kemenangan majoriti besar yang diperolehi di Pekan dalam PRU yang lalu . Lain pula pendapat mantan Perdana Menteri , Tun Dr Mahathir Mohammad yang menyarankan supaya Umno mempunyai Majlis Penasihat Presiden .
<>
Katanya , majlis berkenaan perlu diberi kuasa bermusyawarah dan meluluskan keputusan yang diambil Presiden Umno bagi mengelak pencabulan kuasa . Majlis tersebut hendaklah dianggotai oleh kalangan profesional dan ahli Umno yang berwibawa dan bertindak dengan fungsinya bebas tanpa berpihak kepada mana-mana individu .
Katanya , majlis berkenaan perlu diberi kuasa bermusyawarah dan meluluskan keputusan yang diambil Presiden Umno bagi mengelak pencabulan kuasa . Majlis tersebut hendaklah dianggotai oleh kalangan profesional dan ahli Umno yang berwibawa dan bertindak dengan fungsinya bebas tanpa berpihak kepada mana-mana individu .
Cubaan Dr Mahathir itu sebenarnya adalah rentetan desakan anaknya Dato' Mukriz , Ahli Parlimen Jerlun yang mahukan Abdullah bertanggungjawab atas kekalahan teruk BN serta meletakkan jawatan. Namun , pandangan dan pendapat mantan PM itu dipandang sepi tanpa ulasan panjang lebar media arus perdana .
Peranan media hanya sekadar mengangkat pandangan itu sebagai 'bola tanggung' untuk dilibas oleh sayap kanan , jika diibaratkan sebagai bermain di gelanggang sepak takraw .
Maka ramailah khalayak memberi komen sinis dan membidas secara terbuka terhadap pendapat Tun itu . Rata-rata ingin menunjuk- kan taat setia dengan pembelaan terhadap Presiden .
Pun begitu, Tun Mahathir bukanlah orang yang mudah mengalah . Beliau terus mengkritik Abdullah dengan mengatakan Presiden Umno bukan sekadar ditolak oleh ahli-ahli Umno ( ada Bahagian Umno yang sudah mengadakan mesyuarat khas ) tetapi juga ditolak oleh rakyat biasa serta Raja-Raja Melayu .
Pendapat Tun Mahathir bukan tuduhan semberono tapi terbukti dengan senario yang berlaku seperti yang penulis jelaskan di awal tulisan ini .
Terakhir setakat ini, arahan yang dikeluarkan oleh Abdullah meminta semua bahagian Umno tidak mengadakan Mesyuarat Agong Luar Biasa ( EGM ) bagi membincangkan isu pemilihan pucuk pimpinan .
Katanya , sebaliknya meminta semua pihak memusatkan tumpu- an kepada urusan menyelesaikan masalah rakyat . Kata Abdullah pada sidang akhbar selepas mempengerusikan mesyuarat Majlis Tertinggi ( MT ) Umno di Menara Dato? Onn , PWTC hujung april lalu .
Beliau menyeru supaya semua ahli mengukuhkan perpaduan dan mem- beri sokongan padu kepada kerajaan .
Itu yang berlaku dalam rumahtangga BN , bagaimana pula yang berlaku dalam negara ? Kenaikan harga bahan makanan utama umpamanya , juga menguji keberkesanan Pemerintahan Abdullah .
Harga beras yang melambung tinggi di pasaran tempatan , cuba disembunyi- kan sebabnya berlaku dalam negara tetapi difokus di peringkat global oleh media arus perdana .
Apapun , yang terbeban adalah rakyat bawahan , terpaksa menanggung kos kenaikan mendadak harga makanan asas . Persoalannya , dengan berbagai hal yang berlaku dalam tempoh kurang lebih dua bulan itu , mampukah Abdullah 'tidur lena' walaupun umumnya mengetahui Abdullah sentiasa 'terlelap ' ( lena ) apabila menghadiri majlis rasmi di mana-mana jua . Antara tidur lena dengan sentiasa terlelap , tidaklah menunjukkan perbezaan yang ketara . Tetapi tidur lena lebih lega sikit daripada terlelap .
Apapun , tidur lena atau terlelap bagi Abdullah mungkin sesuatu yang sama saja , tidak ada perbezaan .
Kalau Abdullah nak tidur lena , tak mau memikirkan masalah yang melanda samada parti atau kerajaan pimpinannya , Abdullah perlu undur dari jawatan dan kalau ada undi tak percaya terhadap Abdullah di Parlimen , sekiranya berjaya , tentunya Pakatan Rakyat akan menguasai kerajaan yang baru . Abdullah lepas ini tentunya dapat tidur lena selagi tidak diambil tindakan membongkar 'misteri kekayaan' anak menantunya dan penyelewengan lain yang berlaku semasa pemerintahan kurang lebih empat tahun itu .
Dalam hal ini , pandangan Tuan Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat Menteri Besar Kelantan , apabila ditanya wartawan apa komen beliau terhadap kabinet baru kerajaan yang diumumkan oleh Abdullah beberapa hari selepas keputusan PRU ke 12 .
Dengan nada sinis , Tuan Guru tidak memuji atau meletakkan sebarang harapan terhadap anggota kabinet yang dikemukakan oleh Abdullah itu . Sebaliknya , Tuan Guru Menteri Besar Kelantan itu menjawab spontan , golongan dan perjuangan yang berteraskan sekular akan musnah dan hancur bila tiba masanya kelak .
Apakah 'masin' mulut Tok Guru itu akan terjadi berdasarkan senario yang berlaku kini , tunggu dan lihat apa kesudahannya
“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”
Sekian. Wassalam
No comments:
Post a Comment