DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, May 13, 2008

LONTARAN IDEA BERNAS DARIPADA RAJA PETRA KAMARUDIN-MARI SAMA-SAMA KITA FIKIRKAN

Bagaimana Menyerang Balik dan Kaunter-Sabotaj
(How To Strike Back And Counter The Sabotage)
Oleh Raja Petra Kamarudin
Petikan daripada Laman Marhaen : http://www.marhaen.org/v1/mar_a_tag2403.html


Fikirkanlah. Dalam Islam Zakat adalah wajib. Ini bermakna anda akan memenuhi tugas keIslaman anda dan turut membantu negeri pimpinan Pakatan Rakyat dan menafikan UMNO wang tersebut. Ini adalah laksana menggunakan serampang tiga mata.


Sedarkah anda bahawasanya jentera pembohongan UMNO dipimpin oleh seorang penjenayah tersohor bernama Muhamad bin Muhamad. Inilah penyangak yang terlepas dalam kegiatan menyeludup wang keluar negara kerana entah macam mana dia berjaya menipu dan meyakinkan mahkamah Australia bahawa dia tidak boleh bercakap bahasa Omputih.


Memanglah dia sungguh meyakinkan kalau diambil kira betapa dia berjaya membohongi Almarhum Yang DiPertuan Agong dahulu yang dia tidak menikah dengan anak puteri Baginda. Sedangkan pada hakikatnya puteri itu sudahpun berlenggang sana sini dengan perutnya yang buncit dan si janinnya sentiasa menendang lasak dalam perutnya.


Sedarkah anda bahawa mahkamah Australia yang membebaskan si Ketua Penerangan UMNO yang baru itu telah berbuat silap? Si Muhamad bin Muhamad amat bernasib baik kerana pendakwa raya tidak boleh merayu menentang keputusan mahkamah, jika tidak Interpol tentu telah diminta untuk menangkap beliau dan bawa balik ke Australia untuk dibicarakan semula. Biarlah mahkamah Australia telah melepaskan beliau tetapi dalam keputusan seterusnya ada keputusan yang mengatakan bahawa mahkamah telah tersilap.


Secara teknikalnya dalam rekod si Muhammad bin Muhammad memanglah bersalah walaupun telah dibebaskan atas satu kesilapan teknikal. Butiran kesilapan mahkamah Australia itu adalah seperti berikut:

Australian Judge Erred In Case Of Malaysian Politician


An Australian judge made legal errors in directing a jury which acquitted a top Malaysian politician of Australian currency law breaches involving foreign cash worth A$1.3 million, a superior court ruled Tuesday.


The ruling won't have any effect on the politician's acquittal because under Australian law an acquittal cannot be appealed and a person cannot be tried again on a charge of which they have been acquitted.

Muhamad Muhamad Taib, 52, was acquitted by a Queensland state District Court jury in May this year on one count of knowingly making a false currency report when entering Australia on Dec. 16, 1996, and another of failing to declare currency when leaving six days later. (Source: AP, 13 October 1998)


THE CASE REPORT SUPREME COURT OF QUEENSLAND
C.A. No. 219 of 1998.
Brisbane Before Pincus J.A. Thomas J.A. Ambrose J.
[R v. Taib ; ex parte Cth DPP]
THE QUEEN

v. MUHAMMAD BIN MUHAMMAD TAIB REFERENCE BY COMMONWEALTH DIRECTOR OF PUBLIC PROSECUTIONS PURSUANT TO SECTION 669A OF THE CRIMINAL CODE


Judgment delivered 13 October 1998


Separate reasons for judgment of each member of the Court; each concurring as to the orders made.


THE REFERENCE TO BE ANSWERED AS FOLLOWS:


1. THE LEARNED TRIAL JUDGE WAS CORRECT IN HIS RULING THAT IN ORDER TO ESTABLISH THE REQUISITE KNOWLEDGE OR MENS REA FOR AN OFFENCE AGAINST S.15(1) OF THE FINANCIAL TRANSACTION REPORTS ACT 1988 (CTH) THE PROSECUTION MUST PROVE THE ELEMENTS - (I) THAT HE (THE ACCUSED) KNEW THAT HE HAD IN HIS POSSESSION $5,000 OR MORE; (II) THAT HE KNEW THAT HE HAD TRANSFERRED THE CASH OUT OF AUSTRALIA; (III) THAT HE KNEW THAT HE HAD NOT REPORTED THAT TRANSFER.


2. THE LEARNED TRIAL JUDGE WAS NOT CORRECT IN HIS RULING THAT IN ORDER TO ESTABLISH THE REQUISITE KNOWLEDGE OR MENS REA FOR AN OFFENCE AGAINST S.15(1) OF THE FINANCIAL TRANSACTION REPORTS ACT THE PROSECUTION MUST ALSO PROVE - (I) THAT THE ACCUSED KNEW THAT THERE WAS AN OBLIGATION TO REPORT SUCH TRANSFER OF $5,000 OR MORE.


3. IT WAS NOT NECESSARY FOR THE PROSECUTION TO PROVE THAT THE ACCUSED KNEW THAT THERE WAS ANY OBLIGATION WHETHER IMPOSED BY THE FINANCIAL TRANSACTION REPORTS ACT OR OTHERWISE, TO REPORT SUCH TRANSFER OF $5,000.


Demikianlah halnya. Insan yang ada dua Muhammad pada namanya telah dibebaskan secara khilaf, tetapi keputusan yang kedua mengatakan bahawa HAKIM YANG ARIF TELAH TERSILAP DALAM MEMBUAT PENGADILANNYA.


Ulasan Penulis :

Sayang, Abdullah yang mewakili UMNO yang telah tua berumur 62 tahun masih menaruh kepercayaan dan memilih manusia seperti ini menjadi menteri, disamping dilantik sebagai Ketua Penerangan. Manusia 2M ini hendak terang apa kepada rakyat kerana badannya sendiri pun penuh dengan lumpur. Manusia 2M ini tidak ada maruah dan harga diri. Raja lagi dia sanggop menderhaka, apa lagi terhadap engkau wahai Pak Lah. Di depan Sultan dia sanggop berbohong, apatah lagi di depan engkau wahai Pak Lah. Kasihan engkau Pak Lah.

xxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxxx

Idea Raja Petra ini perlu diberi perhatian yang serious :

Berbalik kita kepada isu usaha untuk merampas kembali Selangor daripada pihak pembangkang, apakah anda sedar bahawasanya Selangor tidak pun kelihatan bersih semacam sebelum pilihan raya umum 8 Mac 2008 dahulu? Apakah ini disebabkan kerajaan baru Pakatan Rakyat tidak seberkesan kerajaan Barisan Nasional pimpinan Khir Toyo? Tidak betul, kerana ada beberapa usaha yang serius untuk mensabotaj kerajaan yang baru ini agar kelihatan semacam tidak berkesan.


Kita harus tidak lupa bahawasanya syarikat yang kini menikmati kontrak penswastaan untuk 25-30 tahun bagi kerja-kerja selia jalan, kilang penapis air, kutipan sampah, sapu jalan dan sebagainya, adalah syarikat milik UMNO ataupun milik kroni UMNO. Tentunya mereka akan terus melakukan kerja-kerja sabotaj penyeliaan jalan, bekalan air, sapu jalan, kutipan sampah dan sebagainya, dengan niat untuk memburukkan kerajaan Pakatan Rakyat dan menghakiskan keyakinan para pengundi terhadap kerajaan baru ini. Apakah ini satu kenyataan hasutan? Saya harap tidaklah begitu.


Kalaulah syarikat demikian meneruskan kerja busuk mereka tentunya ini akan membebankan Rakyat yang membayar cukai yang menjadi penyumbang kepada pendapatan mereka. Dengan demikian saya cadangkan kita mulakan satu petisyen meminta kerajaan Selangor membatalkan kontrak mereka dan buka semula tender tersebut berasaskan tender terbuka. Mana tahu, kerajaan akan menerima tawaran yang lebih rendah, dan dengan itu dapat menjimatkan beratus juta wang pembayar cukai dan wang ini boleh digunakan untuk projek lain.


Kepada Muhamad bin Muhamad dan semua syarikat seperti Alam flora, Puncak Niaga dan sebagainya, eloklah terima perkara ini sebagai amaran terakhir. Kalau anda terus membuat helah, membuang masa dan tidak membaiki jalan raya kita, membersihkan jalan raya, ataupun mengosongkan tong sampah kami, maka dengan ini, kami Rakyat akan melancarkan Petisyen Rakyat untuk membatalkan semua kontrak anda. Kami juga akan mendesak agar diadakan tender terbuka dan mendesak supaya dokumen tender dibuka di Stadium Shah Alam supaya ribuan rakyat akan menjadi saksi kepada proses tender tersebut.


Saya ingin berikan jaminan, dengan berbuat demikian kerajaan Negeri Selangor akan menjimatkan beratus juta wang dan mungkin juga berbilion ringgit setahun. Dengan demikian anda tidak lagi perlu bantuan wang daripada kerajaan Pusat. Oleh kerana Kerajaan Pusat tidak mahu memberikan wang kepada negeri pimpinan Pakatan Rakyat, tentunya ini bukan menjadi masalah lagi kepada kita. Dengan semangat yang sama, saya mendesak semua penganut Islam agar membayar zakat dan fitrah mereka kepada salah satu daripada lima negeri pimpinan Pakatan Rakyat. Adakah anda sedar bahawa anda boleh membayar zakat sebagai ganti membayar cukai pendapatan? Anda pula boleh memohon agar pemotongan dibuat daripada gaji anda dan dikirimkan kepada pejabat zakat dan tidak kepada Lembaga Hasil Dalam Negeri (LHDN). Ini bukanlah pengecualian daripada cukai seperti seolah-olah anda menyumbang kepada tabung amal yang dikecualikan cukai.


Inilah bayaran zakat selain cukai. Ini bererti apabila anda bayar zakat anda tidak perlu membayar cukai pendapatan anda.


Katakanlah anda perlu membayar RM1,000 pendapatan cukai setiap bulan (ataupun RM12,000 setahun kalau anda bayar sekali gus). Anda hanya perlu bayar wang itu kepada pejabat zakat sahaja dan kirimkan resit bayaran anda kepada LHDN dan anggaplah bahawa cukai pendapatan anda sudah pun dilunaskan. Kenapa perlu berbuat demikian? Kalau anda bayar kepada LHDN wang itu pergi pada Kerajaan Persekutuan dan UMNO akan gunakan wang itu. Akan tetapi kalau wang zakat dibayar kepada kerajaan negeri, kerajaan negeri pimpinan Pakatan Rakyat, kerajaan negeri yang simpan duit tersebut dan tentulah UMNO tidak dapat merasa wang itu.


Fikirkanlah. Dalam Islam Zakat adalah wajib. Ini bermakna anda akan memenuhi tugas keIslaman anda dan turut membantu negeri pimpinan Pakatan Rakyat dan menafikan UMNO wang tersebut. Ini adalah laksana menggunakan serampang tiga mata.


Baiklah, zakat hanya merupakan 2.5.% (inilah dia zakat harta ataupun zakat pendapatan. Cukai pendapatan adalah lebih tinggi lagi. Jadi bayarlah angka yang lebih tinggi. Sebab anda terpaksa membayarnya juga. Bayangkanlah berapa ramai orang miskin dan papa kedana, yang tidak berumah tangga, kanak-kanak yang memerlukan bantuan kewangan ataupun biasiswa, anak-anak yatim, ibu tunggal, orang tua yang tidak daya bekerja, orang kurang upaya dan sebagainya. Mereka ini semuanya boleh dibantu dengan wang zakat.


Buat masa kini, Selangor mengutip kira-kira RM200-RM250 juta setahun ataupun sebanyak lebih kurang RM20 juta sebulan. Saya anggarkan bahawa Kelantan, Pulau Pinang, Kedah dan Perak boleh mencecah lebih kurang RM1 bilion setahun. Kalau kita gandakan kepada RM2 bilion, disebabkan Kerajaan Pusat enggan membantu orang-orang ini, sehinggalah lima negeri ini kembali ke pangkuan Barisan Nasional, marilah kita Rakyat jelata membantu negeri-negeri ini pula. Apa yang kita perlu buat ialah membantu mereka dengan duit yang sepatutnya kita bayar kerana kalau kita tidak bayar zakat bererti LHDN akan sapu wang itu untuk membayar kapal selam dan jet pejuang.
Saya pelawa para pembaca lancarkan kempen skim membayar ZAKAT di LIMA NEGERI PIMPINAN PAKATAN RAKYAT. Bercakaplah kepada ahli keluarga dan sahabat handai. Sebarkan kempen ini seluas mungkin. Marilah kita sama-sama buat sasaran mengutip wang zakat sebanyak RM2 bilion untuk Kelantan, Kedah, Penang Perak dan Selangor (tetapi tidak di Kuala Lumpur). RM2 bilion dapat digunakan untuk membantu golongan miskin dan papa kedana, yang tidak berumah, pelajar yang memerlukan bantuan kewangan dan biasiswa, anak-anak yatim piatu, ibu tunggal, orang tua-tua, orang kurang upaya dan sebagainya.


Lakukan ini untuk lima negeri pimpinan Pakatan Rakyat. Untuk Islam dan Untuk Allah. Kemudian laungkan: KITA TIDAK PERLUKAN WANG KERAJAAN PUSAT. KITA RAKYAT BOLEH URUSKAN DIRI SENDIRI.


Apa jadinya kepada Persekutuan Tanah Melayu yang dianggotai oleh Selangor pada 31 Ogos, 1957? Apakah kita sebahagian Malaysia ? Ooops.... hasutan ke ini?

Kita tunggu ulasan kerajaan Pakatan Rakyat, apa respon mereka terutama Tuan Guru Dato' Nik Abdul Aziz Nik Mat yang menjadi abang sulung kepada negeri-negeri yang ditadbir oleh Pakatan. Kita boleh.


“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian. Wallahu'alam dan terima kasih

2 comments:

Anonymous said...

WALAU BAGAIMANA BURUK SEKALI PUN ENGKAU KATA PADA TAN SRI MAT TAIB. AKU TABIK PADA DIA SEBAB??
1/DIA PERNAH KAHWIN DGN ANAK RAJA ENGKAU PULAK TIDAK(JANGAN JADI MUNAFIK...KAU TAU ATAU TIDAK JODOH ITU ALLAH SWT YANG TENTUKAN DAN BUKAN MANUSIA)ATAU MUNGKIN KAU DENGKI KERANA TAK DAPAT KU YAH KOTTT...HUHUHUHU KESIAANNNNN.,
2/SELANGOR ADALAH NEGERI MAJU DAN KAYA SEMASA DIA JADI MB(ITU KENYATAAN JGN ENGKAU JADI PEMBOHONG DAN PUTARKAN FAKTA)ATAU MUNGKIN KAU TAK DAPAT PROJEK MASA TU KOTT...HEHEHE.,
3/MAHKAMAH AUSTRALIA MEMBEBASKAN DIA(ADAKAH ENGKAU LEBIH TAHU UNDANG2 ATAU NAK KATA DIA RASUAHKAN MAHKAMAH/HAKIM KAT AUSTRALIA..KALAU BERANI BUATLAH BANTAHAN KAT KERAJAAN AUSTRALIA)AKU NAK TENGOK(KAU NI CAKAP AJE LEBIH TAPI HABUKKK).,
3/RAMAI JUTAWAN MELAYU(SELANGOR) YANG LAHIR SEMASA DIA JADI MB
(ITU JUGA KENYATAAN KAN)
4/ SATU-SATUNYA AHLI UMNO YANG SANGGUP BERJUANG TANPA MENGHARAPKAN APA-APA IMBUHAN(LIHAT BAGAIMANA DIA SELEPAS MELETAKKAN JAWATAN SEBAGAI MB, DIGANTUNG KEAHLIAN DAN KALAH SEBAGAI NAIB PRESIDEN UMNO DAN JUGA TIDAK DILANTIK SEBAGAI WAKIL RAKYAT SELAMA 2 KALI PILIHANRAYA.(ADAKAH ENGKAU ADA TAHAP KESABARAN SAPERTI ITU"""PORAHHHH.,
5/ YANG SEBENARNYA KESEMUA PARTI KOMPENAN BA (PKR,PAS DAN DAP)TAKUT KEPADA TAN SRI MUHAMMAD BIN MOHAMMAD TAIB KERANA REKOD KERJA YANG CEMERLANG SAMAADA DALAM PARTI UMNO DAN JUGA SEMASA MENJADI MB DAN JUGA PENGERUSI RISDA(TOLONG JANGAN PUTARKAN FAKTA DAN JADI MANUSIA YANG AMAT BUSUK HATI)DAN JUGA YANG PASTINYA DATO' SERI ANWAR IBRAHIM TAKUT KEPADA BELIAU.
SUDAHLAH TUN TELANAI..AKUPUN TAK TAU DARI MANA KAU DAPAT TUN NI TAH-TAH RAJA KAU SENDIRI YANG BAGI KOT???AKU NASIHATKAN KAU BERTAUBATLAH DAN MOHON MAAFLAH KEPADA ORANG2 YANG TELAH KAU FITNAH AGAR BILA NAK MATI NANTI TAK SUSAH DAN KUBUR KAU TAK BERASAP...KESIAN AKU PADA ENGKAU.DAN AKHIR SEKALI TOLONG TENGOK PERSIDANGAN PARLIMEN BERKAITAN DGN ISU BANGSA DAN LIHAT BETAPA SEDIHNYA JIKA MELAYU SENDIRI YANG MEMPERSOALKAN HAK MELAYU!!!!!DAP DAN PKR YANG BANGSA LAIN HANYA DIAM,SENYUM DAN KETAWA!!!!BODOHNYA MELAYU TERMASUK LAH ENGKAU

Anonymous said...

Kenapa Melayu jatuh?

Ia adalah kerana bangsa itu sendiri terdiri daripada orang-orang yang dihina mereka.Dan aku juga Melayu yg tersepit di antara bangsa aku sendiri bahkan aku selalu kurang berdepan dengan masalah apabila bersama dengan bangsa lain. Memalukan.