DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Thursday, May 29, 2008

TUJUH JAHANAM, BUKAN ENAM JAHANAM

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt,


Saya amat tertarik dengan satu berita yang disiarkan dalam Harakahdaily bertarikh 28 Mei lalu, bertajuk “Peguam Negara lebih minat Batu Buruk daripada Pulau Batu Puteh” . Berita itu ditulis oleh Intan Abdullah merujuk kata-kata sinis yang disampaikan oleh Naib Presiden PAS, Tuan Haji Mohamad Sabu [
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=14796&Itemid=28].


Sepertimana yang kita sudah maklumi, dalam kes Batu Buruk, di Terangganu yang berlaku pada 8 September tahun lepas, Abdul Ghani Patail [lebih popular disebut dengan jolokan ‘Abdul Ghani 4Tahil] menjadi kuda tunggangn UMNO untuk memusnahkan imej PAS. Insiden itu berlaku, menurut kata Mustafa Ali, Pesuruhjaya PAS Terangganu adalah provokasi daripada UMNO yang dirancang oleh Setiausaha Politik Perdana Menteri, Senator Wan Farid yang juga Ketua UMNO Bahagian Kuala Terengganu dan adik kepada Exco Kerajaan Negeri Terengganu Wan Hisham.


Ghani 4Tahil ini berhempas pulas, beliau sendiri turun padang dan sanggop merendahkan kedudukannya sebagai Peguam Negara semata-mata bagi kepentingan UMNO.Ghani 4Tahil bertindak sedemikian bagi memastikan kedua-dua pemuda yang terkena tembakan ini didakwa di mahkamah. Untuk makluman, di Terangganu pada kebiasaannya, Ketua Polis Negeri [KPN] akan berganding bahu dan memberi kerjasama sepenuhnya kepada UMNO untuk terus mengekalkan kuasa. Oleh itu, senang bagi Ghani 4Tahil menjalankan peranannya bagi pihak UMNO. Dulu pun semasa PAS memerintah, KPN Terangganu ialah Othman Talib turut bekerja kuat untuk UMNO. Kemudian akibat desakan kuat daripada kerajaan negeri pimpinan PAS, maka Othman telah ditukarkan ke Pulau Pinang. Ada kemungkinan telah menjadi salah satu syarat yang tidak tertulis berkehendakan sesiapa jua yang menjawat jawatan KPN di Terangganu mesti terlebih dahulu menjadi ahli UMNO atau sekurang-kurangnya condong keoada UMNO.


Suwandi Abdul Ghani dan Muhammad Azman Aziz dapat juga didakwa di mahkamah dan tidak dibenarkan diikat jamin. Maka, berdua pun merengkoklah dalam penjara hampir dua bulan. Begitulah jahatnya Ghani 4Tahil ini dapat memberi gambaran kepada masyarakat bahawa kedua-dua pemuda seolah-olah seorang penjenayah yang amat merbahaya setaraf dengan Botak Chin dan Batong Kali. Ghani 4Tahil telah menggunapakai kaedah yang dilakukan oleh regim Yahudi-Israel dalam mempertahankan pegawai polis yang melepaskan tembakan dan mencederakan Suadi dan Azman atas alasan yang paling rapoh iaitu ‘mempertahankan diri’. Pegawai polis yang melepaskan tembakan itu, Azmi Hussein dibebaskan daripada sebarang tuduhan. Itulah sistem keadilan yang dilaksanakan di Malaysia yang kita sama-sama cintai ini.


Oleh kerana [maksud sebenar Mohamad Sabu itu] kesibukannya menjadi ‘kuda tunggangan UMNO’ inilah yang menyebabkan pihak Pejabat Peguam Negara tidak mempunyai masa yang cukup untuk membuat kajian secara mendalam, berkerja sambil lewa dan cuai dalam usaha mempertahankan kedaulatan negara seperti apa yang dilaporankan dalam berita tersebut. Dan, akhirnya Pulau Batu Puteh menjadi milik Singgapura dan Malayia berputih mata.


Dalam masa yang sama, Allah s.w.t menimpakan bala ke atas kezaliman dan ketidakadilan yang dilakukan oleh UMNO selama ini. Walaupun, tiga buah Institusi [Jabatan Peguam Negara, Jabatan Polis dan SPR] mencuba sedaya upaya dengan mencipta pelbagai helah yang dirancang begitu rapi untuk menyelamatkan UMNO, namun usaha-usaha tersebut gagal. UMNO kini berada diambang kehancuran. Marilah [yang cintakan keadilan dan bencikan kepada kezaliman] bersama-sama kita berdoa kehadrat Allah s.w.t semoga riwayat UMNO cepat dilenyapkan di muka bumi ini.


Biarkanlah Ezam Mohd Noor dengan tujuh pengikutnya yang tidak ada prinsip perjuangan yang jelas menyertai UMNO semula. Mereka ini adalah manusia-manusia yang ‘oportunist’ dan hipokrit. Meludah ke langit dan akhirnya menimpa dibatang hidung sendiri. Manusia-manusia seperti Ezam dan segolongan dengannya tidak boleh pegang kepada janji dan sumpah setia yang dibuatnya. Mereka adalah pengkianat bangsa dan negara ini. Akhirnya mereka kembali menjadi hamba kepada UMNO dan gurkha UMNO buat selama-lamanya. Mereka akan merasai apa yang telah dirasai dan dialami oleh Tengku Razaleigh Hamzah yang banyak berjasa pada bangsa dan negara ini, pun tetap menjadi gurkha UMNO dan melukut di tepi gantang, apatah lagi mereka ini yang tidak pernah buat jasa kepada bangsa dan negara sebesar habuk.


ii. Isu Skandal Klip Video Linggam


Saya menyertai banyak pandangan mengatakan bahawa Abdul Ghani 4Tahil tidak layak untuk menjalankan penyiasatan terhadap enam orang seperti yang dicadangkan oleh Suruhanjaya DiRaja yang menyiasat kes ini. Terlebih dahalu orang yang patut didakwa di mahkamah ialah Ghani 4Tahil sendiri, bukan enam jahanam yang dimaksudkan dalam laporan tersebut. Ghani 4Tahil terlibat dalam kes yang boleh diketegorikan sebagai jenayah kerana melakukan perbuatan mengugut saksi dalam kes perbiaraan rasuah Anwar Ibrahim.


Ghani 4Tahil tidak layak dilantik sebagai Peguam Negara kerana beliau terlibat dalam beberapa peristewa penting yang menimbulkan kontroversi bagi sistem keadilan di Malaysia. Beliau juga sepatutnya dimasukkan dalam senarai enam jahanam yang disebut dalam laporan Suruhanjaya DiRaja itu. Beliau terlibat melakukan pendakwaan yang menghitamkan sistem keadilan di Malaysia seperti pendakwaan terhadap Lim Guan Eng [sekarang Ketua Menteri Pulau Pinang], Anwar Ibrahim, Karpal Singh dan Irene Fernandez serta tata-kelakuan peribadinya dalam kes menghina mahkamah Zainur Zakaria di samping laporan polis tentang rasuah yang dibuat oleh Anwar Ibrahim terhadap beliau.


Mari kita mengimbau kembali peranan Ghani 4Tahil yang melacurkan sistem keadilan di negara ini. Pada 30 November 1998, Hakim S. Augustine Paul menyabitkan peguam Anwar Ibrahim, iaitu Zainur Zakaria, bersalah kerana menghina mahkamah dan beliau dijatuhi hukuman penjara tiga bulan selepas hakim memutuskan bahawa permohonan Anwar [dalam perbicaraan kes rasuahnya itu] untuk mengenepikan Ghani 4Tahil dan Azahar Mohamad terus menjadi pendakwa dalam kesnya itu, tetapi ditolak oleh mahkamah dengan alasan yang tidak berasas.


Permohonan tersebut dibuat berdasarkan suatu akuan berkanun yang dibuat oleh peguam Manjeet Singh Dhillon bertarikh 9 November 1998 dan sepucuk surat yang Manjeet tulis kepada Peguam Negara [Mokhtar Abdullah ketika itu] bertarikh 12 Oktober 1998 menuduh Ghani 4Tahil dan Azahar mengugut anak-guamnya, S. Nallakaruppan dan menyuruh serta memaksa Nallakaruppan memalsukan bukti terhadap Anwar [merancang bagi memastikan Anwar tetap bersalah dan dihukum].


Pada 27 Jun 2001, Mahkamah Persekutuan yang terdiri daripada Ketua Hakim Sabah dan Sarawak, Tan Sri Datuk Steve Shim, Hakim-hakim Mahkamah Persekutuan, Datuk Abdul Malek Ahmad dan Datuk Haidar Mohd Noor, membebaskan Zainur daripada sabitan menghina mahkamah.


Di dalam penghakimannya, Shim berkata bahawa Ghani 4Tahil sepatutnya memberikan penjelasan peribadinya mengenai dakwaan bahawa beliau telah mengugut Nallakaruppan supaya memalsukan bukti terhadap Anwar, tetapi Ghani 4Tahil tidak berbuat sedemikian.


Berhubung kes satu lagi, Anwar membuat suatu laporan polis pada Julai 1999 terhadap Ghani 4Tahil dan beberapa orang lain, mendakwa berlakunya gangguan keadilan dalam melindungi Menteri Perusahaan dan Perdagangan Antarabangsa ketika itu Rafidah Aziz daripada didakwa di mahkamah di atas lima tuduhan rasuah. Anwar merujuk kepada suatu dokumen Bahagian Pendakwaan, Pejabat Peguam Negara, bertarikh 14 Mac 1995, ditandatangani Ghani 4Tahil sendiri, yang diserahkan kepada Anwar ketika beliau masih Timbalan Perdana Menteri oleh Peguam Negara ketika itu Mokhtar Abdullah menjelang penghujung tahun 1995.


Dokumen itu dengan jelas menyatakan bahawa terdapatnya asas prima facie untuk mendakwa Rafidah Aziz, selaku Menteri Perusahaan dan Perdagangan Antarabangsa, di atas lima tuduhan korupsi di bawah seksyen 2(2) Ordinan 22, 1970. Anwar berkata dalam laporan polis tersebut bahawa Peguam Negara berpuas hati dengan siasatan yang dijalankan oleh Badan Pencegah Rasuah dan bersedia mendakwa Rafidah berhubung tindakan meluluskan syer bumiputera istimewa kepada anak dan iparnya.


Dalam kontek kepentingan akauntabiliti, ketelusan dan integriti awam, khasnya bagi jawatan pegawai perundangan tertinggi negara, Ghani 4Tahil wajar disiasat dan diambil tindakan sewajarnya sepertimana arahan yang dikeluarkan terhadap orang-orang yang terlibat dalam skandal klip video Linggam.


Kepada pihak-pihak yang lebih arif, terutamanya ahli-ahli Parlimen daripada Pakatan Rakyat, saya merayu supaya Ghani 4Tahil ini disiasat segara yang melibat dua isu penting:


1. Tuduhan serius mengugut Nallakaruppan supaya memalsukan bukti terhadap Anwar Ibrahim


2. Campur tangan dalam menghalang proses keadilan dengan tidak mendakwa Rafidah Aziz yang mengakibat Ezam UmnoBaru terperosok dalam penjara dua tahun.


Jadi, sebagai kesimpulannya terdapat TUJUH JAHANAM dalam negara ini, bukan ENAM JAHANAM seperti yang diwar-warkan selama ini.


“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian. Wallahu'alam dan terima kasih


No comments: