DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Monday, September 21, 2009

PENGKIANAT SISTEM PENTADBIRAN NEGARA

Oleh : Tun Telanai

Assalamu’alaikum wm.wrt,

Dalam dekad ini, manusia yang paling berani, berwibawa, berkarisma dan berupaya mempengaruhi publik ialah manusia yang bernama ANWAR IBRAHIM. Beliau tanpa gentar dan takut terus bangun menentang pemerintahan UMNO yang zalim yang merompak harta rakyat sesuka hati demi memperkayakan diri sendiri. Rakyat dipinggirkan, melarat papa kedana, tetapi pemimpin kaya raya. Walaupun beliau pernah dipukul, disepak, diterajang, dibogelkan, disumbatkan ke dalam penjara dan menerima berbagai ancaman dan ugutan, namun beliau terus mara ke hadapan untuk membantu rakyat berbilang bangsa dan agama yang hidup di dalam negara ini secara aman, bebas dan adil agar nasib mereka dibela daripada penjajahan mental dan fizikal oleh kepimpinan UMNO yang kurop.


Tidak keterlaluan kalau saya katakan beliau setanding dengan tokoh-tokoh penentang penjajahan British dahulu seperti Pak Sako, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Ahmad Boestamam dan ramai lagi pejuang-pejuang dikalangan ulama dan cendiakawan Melayu yang bangkit menentang kuasa penjajah. Tidak seperti tokoh-tokoh UMNO yang bersekongkol dengan penjajah British menerima kemerdekaan dalam dulang emas memelok kuasa sehingga kini.


Sebenarnya, beliau boleh mengambil pendekatan ‘menyepikan diri’ daripada arus politik perdana khususnya menentang kepimpinan UMNO yang menyeleweng dan menyalahgunaan kedudukan dan kuasa dan saya percaya beliau boleh meneruskan kehidupan dengan mencari kesenangan dunia semahu-mahunya selepas beliau dipecat oleh Mahathir Mohamad pada 2 September 1998. Beliau boleh menjadi terkenal dan terkaya lebih daripada tokoh-tokoh UMNO yang terpinggir akibat masalah disiplin dan sebagainya seperti Musa Hitam, Isa Samad, Gasidah Gadam dan ramai lagi bekas pemimpin UMNO yang sebaris dengan nama-nama yang saya sebutkan itu, tetapi Anwar bangkit mengambil pendekatan melawan arus yang menyusahkan dirinya sendiri demi rakyat dan negara.


Tidak sesiapa pun yang boleh menafikan hakikat ini. Pengaruh Anwar telah dibuktikan dalam PRU ke-12 tahun lalu dan meleret sampai ke beberapa siri pilihan raya kecil yang diadakan tetap memihak kepada Pakatan Rakyat pimpinan beliau. Beliau berupaya menyatukan PAS dan DAP yang mempunyai ideologi yang berbeza, tetapi dapat berkerjasama dengan satu tujuan untuk memusnahkan UMNO yang sudah pun berkuasa 52 tahun yang kini sedang yang sakit tenat dihinggapi berbagai penyakit menanti malaikat maut menyambar nyawa kembali ke tempat asalnya.


Menyedari hakikat inilah, Mahathir bertindak cepat dan pantas untuk menyekat kemaraan Anwar dengan MELACURKAN seluruh institusi negara dan kita semua telah mengetahui apa yang telah berlaku ke atas batang tubuh Anwar dan sejarah telah pun merakamnya untuk tatapan generasi akan datang. Buku tulisan saudara Pawancheek Marican, salah seorang peguam Anwar dalam kes fasa pertama dulu yang berjudul ‘Anwar On Trial-In The Face Of Injustice’ menceritakan tindakan rakus Mahathir MELACURKAN sistem kehakiman@keadilan di Malaysia amat mengaibkan,


Suka saya mengimbas kembali isu tape Lingam. Klip video 14 minit yang didakwa memaparkan seorang peguam VK Lingam sedang bercakap menerusi telefon dengan seorang yang didakwa hakim kanan, kononnya bagi mengatur pelantikan hakim. Maka, sebuah Suruhanjaya Diraja telah ditubuhkan bagi menyiasat kesahihan klip video tersebut. Suruhanjaya itu dianggotai bekas Hakim Besar Malaya Tan Sri Haidar Mohamed Noor sebagai pengerusi, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar, bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, bekas Peguam Cara Negara Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh dan ahli sejarah profesor emeritus Datuk Dr Khoo Kay Kim.


Suruhanjaya Diraja yang menyiasat skandal klip video Lingam itu mendapati klip video itu adalah TULIN dan mengesyorkan supaya Mahathir Mohamad dan lima orang lagi perlu disiasat berhubung peranan mereka dalam pelantikan hakim-hakim. Lima tokoh tersebut - dua bekas ketua hakim negara, Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Eusoff Chin, peguam kanan VK Lingam, bekas menteri pelancongan Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga setiausaha agung UMNO ketika itu serta tokoh perniagaan Vincent Tan.


Suruhanjaya itu juga mengesyorkan supaya mereka disiasat bawah Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi (OSA), Kanun Keseksaan dan kerana menghalang proses keadilan. Menteri di JPM ketika itu, Zaid Ibrahim berkata menjelaskan bahawa kabinet [pengerusinya ketika itu ialah Abdullah Ahmad Badawi yang juga PM] telah mengarahkan Pejabat Peguam Negara [Abdul Ghani Patail] untuk memulakan siasatan secepat mungkin terhadap keenam-enam mereka, tetapi sehingga kini dajal ini tidak bertindak, apatah lagi Abdullah telah disinggirkan secara paksa dan diganti oleh Najib Tun Razak yang dikenali lebih rapat dengan Mahathir. Maka isu tape tersebut tamat riwayatnya.


Penubuhan inkues dan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock akan menempuhi jalan yang sama. Apabila laporan sudah lengkap untuk diambil tindakan dan sampai di tangan Peguam Negara [Abdul Ghani Patail], Peguam Negara ada kuasa budibicara sama ada untuk membawa kes itu kemuka pengadilan atau tidak ada dalam tangannya. Sekiranya ia memberi kemudaratan yang amat besar terhadap UMNO, maka laporan itu [tidak kira sama ada laporan Diraja atau tidak] akan dibakulsampahkan. Tamatlah riwayatnya.


Masakan kita [rakyat] tidak faham-faham lagi, dajal-dajal yang berada di SPRM itu berani bertindak lebih ganas daripada pasukan keselamatan Israel itu kerana ada kuasa penyelamat dibelakangnya yang mengarahkan mereka melakukan kerja-kerja samseng dan rakus seperti itu. Tetapi dajal-dajal ini menikus apabila laporan dibuat ke atas Mahyuddin Yassin kerana melakukan menyalahgunaan kuasa secara terang-terangan di mesyuarat UMNO [mengguna helikopter milik kerajaan, bukan urusan rasmi kerajaan] di Sabah dan ketika berkempen PRK Manik Urai, Kelantan.
Dayus.


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”
“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian. Wallahu'alam dan terima kasih.

Sunday, September 20, 2009

SKANDAL PKFZ LIBATKAN PARA PEMIMPIN UMNO





Nota Tambahan :

Projek PKFZ mencetuskan kontroversi apabila timbulnya pendedahan bahawa kos pembangunannya melambung daripada RM2.5 bilion kepada lebih RM4.6 bilion.


Siasatan awal keatas projek PKFZ mendapati ia terpaksa diselamatkan dengan pinjaman daripada kerajaan.


Selain itu juga, siasatan juga mengesahkan kerajaan melalui Lembaga Pelabuhan Klang (LPK) membeli 404 hektar tanah daripada KDSB pada RM25 setiap kaki persegi walaupun harga sebenar dianggarkan RM10 sahaja setiap kaki persegi. KDSB juga dilantik sebagai pemaju PKFZ.


KDSB pula membeli tanah tersebut dari Koperasi Pembangunan Pulau Lumut Bhd (KPPLB) pada harga RM1.9 hingga RM2.9 sekaki persegi. Pengerusi koperasi tersebut ketika transaksi itu ialah Adun Sementa, Datuk Abdul Rahman Palil.


Beliau juga adalah ahli lembaga pengarah LPK sejak 1997 sehingga 2003

"UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA"
“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”


ARAK DAN JUDI BUDAYA UMNO















"UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA"
“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”

Kemaskini-5 DAJAL DI MALAYSIA

Ahmad Said Hamdan adalah bekas Timbalan Ketua Pengarah BPR yang dilantik sebagai Ketua Pengarah mengantikan Zulkifli Mat Noor [pegawai polis pertama dilantik sebagai KP BPR] pada 1 April 2007. Kemudian, apabila Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia [SPRM] dibentuk, beliau selaku KP BPR ketika itu dilantik secara otomatik sebagai Pengerusi SPRM pertama pada Mei 2008.SPRM dikuatkuasakan pada 1 Januari 2009. Peranan SPRM yang diketuai oleh Ahmad turut berubah peranannya. Dulu peranannya mencegah rasuah [walaupun sekadar ikan bilis], namun kini SPRM berperanan “badan yang membersihkan orang yang dituduh rasuah” seperti manusia laknatullah Khir Toyo yang banyak terpalit dengan tuduhan rasuah, tetapi tetap bebas kerana ada pegawai tinggi di SPRM yang menjadi dajal dan iblis menjual maklumat mana-mana yang masih boleh “dibetulkan” tentulah akan diperbetulkan segera, selain menghilangkan bukti-bukti yang ada dan ramai lagi para pemimpin UMNO yang kaki rasuah terlepas dan tidak diusik. SPRM sekarang diberi peranan baru pula iaitu sebagai perangcang strategi membantu UMNO mengulingkan negeri-negeri yang diperintah oleh Pakatan Rakyat baqi mengesan apa jua bukti, saksi-saksi dicari termasuk secara “ugutan” sampai ke pintu kubur, direkacipta dan diperangkap mangsa yang tidak berupaya menyedari yang ia dipergunakan untuk kepentingan UMNO dajal itu. Dengan alasan rasuah dan menyalahgunaan kuasa, walaupun sekecil hama pun, dia akan buru sampai ke lubang cacing, tetapi yang melibatkan para pemimpin UMNO sebesar gajah pun dibiarkan.
Musa Hassan dilantik sebagai Ketua Polis Negara pada 12 November 2006 menggantikan Mohd Bakri Hj Omar. Manusia iblis ini pernah dituduh menerima rasuah RM2 juta bagi membebaskan 3 anggota sindiket judi haram di Ibu Pejabat Polis, Kluang, Johor di bawah Ordinan Dharurat 1969. Pada 18 Jun 2007, Badan Pencegah Rasuah telah menyiasat kes ini berdasarkan surat aduan dan email yang diterima serta soal-siasat terhadap 6 saksi dan pernyataan akaun-akaun bank Musa. Dajal ini juga turut terlibat merancang untuk menjatuhkan Anwar Ibrahim dalam arena politik di Malaysia fasa pertama di zaman Mahathir mereintah dahulu dan kini fasa kedua sedang dalam perbicaraan menanti keputusannya yang telah dapat ramalkan. Banyak membantu UMNO mengekalkan kuasa. Beliau menggunakan sepenuhnya kekuatan PDRM bagi mengekang kekuatan Pakatan Rakyat dengan berbagai kaedah dan cara. Kontraknya disambung semula kerana tugasnya belum selesai bagi memastikan Anwar masuk penjara sekali lagi dan menghilangkan terus pengaruh politik Anwar ke atas rakyat Malaysia daripada pelbagai kaum. Beliau juga terlibat dengan berbagai dakwaan rasuah dan salah laku sebagai kakitangan awam.

Ini pula Abdul Ghani Patail. Orang ini paling celaka di Malaysia.Si celaka ini menggantikan Ainum binti Mohd Saaid sebagai Peguam Negara sejak dari tahun 2002 lagi. Tugas dajal ini ialah menentukan sama ada sesuatu kes itu boleh diteruskan atau tidak. Oleh itu, si celaka ini banyak membantu UMNO melepasi cabaran undang-undang daripada Pakatan Rakyat. Dalam kes S.Nallakurupan contohnya, dajal ini memaksa Nalla menjadi saksi pendakwa bagi memasti Anwar Ibrahim bersalah pada fasa pertama dahulu. Perkara ini diceritakan secara bertulis oleh peguam Nalla Manjit Singh dan didedahkan di mahkamah. Beliau buat selamba sahaja segala tuduhan yang dibuat ke atasnya dan beliau terus dilantik ke jawatan sekarang walaupaun banyak bantahan dilakukan kerana rakyat hilang percaya terhadap intergritinya. Beliau banyak membantu UMNO mengekalkan kuasa termasuk sangat berjasa dalam usaha memusnahkan kerjaya politik Anwar Ibrahim. Bacalah buku "Anwar On Trial-In The Face of Injustice". Nama dajal-dajal [Musa dan Ghani] ini banyak disebut yang mempamerkan kehodohan perangai mereka berdua. Beliau yang bertanggungjawab memusnahkan sistem keadilan di negara ini dan beliau banyak terlibat dengan tindakan salah laku melampaui tugasnya sebagai Peguam Negara demi mempertahankan kuasa UMNO seperti contoh yang beliau mengambil peranan yang amat serious dalam kes Batu Buruk, Terangganu berbanding dengan kes pembunuhan Atantuya Shaaribu sehingga kelalaian beliaulah yang menyebabkan kita kehilangan Pulau Batu Putih yang telah menjadi milik Singgapura. Beliau juga tidak terlepas dengan tuduhan mengamalkan rasuah. Beliau secara jelas tahu Anwar Ibrahim dibelasah oleh Rahim Noor ketika ditangkap pada malam 20.9.1998 dulu kerana beliau ketika itu ada bersama-sama di Bukit Aman. Si dajal ini sanggup menjadi penipu demi mengajar pangkat dan harta.



Zaki Tun Azmi pula jaga mahkamah. Mahkamah dan hakim-hakim adalah dibawah kawalan beliau. Dari sudut akhlak, Zaki tidak layak dilantik sebagai Ketua Hakim Negara kerana beliau terlibat dengan kes kahwin secara 'gelap' dengan seorang wanita di Perlis. Orang yang tidak ada ketulusan terhadap isteri dan keluarganya sendiri, apakah jadahnya nanusia sebegini diberi kepercayaan memegang ketua hakim. Zaki adalah pembela UMNO. Berkurun ia berkhidmat untuk UMNO. Darah yang mengalir dalam tubuhnya adalah darah UMNO pekat dulu, kini dan selama-lamanya. Beliau juga dituduh oleh Karpal Singh terlibat dengan rasuah. Adalah sukar bagi Pakatan Rakyat untuk menang sesuatu kes yang dibicarakan di mahkamah di Malaysia yang membabitkan kepentingan UMNO dan para pemimpin nya, apatah lagi yang membabitkan Sultan atau Raja di sesebuah negeri yang terang-terang menyokong satu pihak dengan membelakangkan udang-undnag dan perlembagaan negara [yang ia sendiri amalkannya dulu] seperti kes Mohd Nizar Jamaluddin V Zamry Abdul Kader [baca: Najib Tun Razak] dan kes Speaker DUN Perak S.Sivakumar dan sebagainya



Ini pula Pengerusi SPR, Suruhanjaya Penipu Rakyat. Peranan SPR adalah melaksanakan pilihan raya, sama ada PRU atau pilihan raya kecil seperti yang diperuntukan dalam perlembagaan, tetapi sebaliknya SPR yang dipengerusikan oleh Aziz telah bertindak sebagai hakim menentukan sama ada sesebuah kerusi itu kosong atau tidak, atau hendak adakan pilihan raya atau tidak bergantung kepada keupayaan UMNO masuk bertanding menentang Pakatan Rakyat seperti yang berlaku di DUN Changkat Jering, Behrang dan Jelapang di Perak serta di Kota Siputeh, di kedah. Sekiranya ada kematian, Aziz tidak boleh buat apa-apa kerana Aziz tidak boleh menggunakan sebarang peruntukan yang menghalang diadakan pilihan raya. Beliau senantisa merancang bagi memenangkan UMNO melalui SPR yang diketuainya.


"UMNO TIADA, SEJAHTERA MALAYSIA"
“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”


Friday, September 18, 2009

HARI RAYA BUKAN HARI SEDIH

Oleh: Dr. Mohd Asri bin Zainul Abidin
[http://drmaza.com/home/?p=717]

Masyarakat melayu kita sering mengaitkan hariraya dengan hari kesedihan. Perkara ini diransang tambah oleh media kita. Apabila tiba hariraya, takbir raya ala melayu berirama sedih, alunan melodinya mendayu dan mengundang airmata, drama dan cerita dalam media akan dikaitkan dengan kisah-kisah sedih dan pilu, puisi dan lagu juga begitu. Apakah hariraya dalam Islam hari sedih, atau hari kemenangan dan kegembiraan?


Terlebih dahulu kita hendaklah tahu bahawa hari raya dalam Islam bukan sekadar tradisi atau cetusan idea mana-mana pihak, ia adalah syariat yang diturunkan oleh Allah dan ada hukum-hakamnya yang tersendiri. Di samping ia adalah hari yang Allah peruntukkan untuk kaum muslimin membesarkan Allah, kemenangan dan kegembiraan.


Firman Allah (maksudnya):


“Bulan Ramadan yang padanya diturunkan Al-Quran, menjadi petunjuk bagi sekalian manusia, dan menjadi keterangan-keterangan yang menjelaskan petunjuk dan (menjelaskan) perbezaan antara yang benar dengan yang salah. Oleh itu, sesiapa dari antara kamu yang menyaksikan anak bulan Ramadan, maka hendaklah dia berpuasa; dan sesiapa yang sakit atau dalam musafir maka (maka diganti) pada hari-hari yang lain. (dengan ketetapan yang demikian itu) Allah menghendaki kamu beroleh kemudahan, dan Dia tidak menghendaki kamu menanggung kesukaran. dan juga supaya kamu cukupkan bilangan puasa (sebulan Ramadan), dan supaya kamu membesarkan Allah kerana mendapat petunjukNya, dan supaya kamu bersyukur”. (Surah al-Baqarah: 185).


Ayat ini menjelaskan tentang kedatangan Hari Raya adalah tanda syukur atas nikmat kurniaan Allah. Maka kita disuruh bertakbir membesarkan Allah pada Hari Raya. Ini semua tanda kejayaan dan kegembiraan.


Apatah lagi hadis-hadis Nabi s.a.w menunjukkan penghayatan hari raya pada zaman baginda penuh dengan kegembiraan dan ceria. Kata Ummu Atiyyah r.aha:
“Rasulullah s.a.w memerintahkan kami (kaum wanita) keluar pada hari raya fitri dan adha; termasuk para gadis, wanita haid, anak dara sunti. Adapun mereka yang haid tidak menunaikan solat tetapi menyertai kebaikan dan seruan kaum muslimin” (Riwayat al-Bukhari).


Maka Nabi s.a.w dalam sunnahnya, menunaikan solat hari raya di tanah lapang, sehingga memungkin setiap individu menyertai kemenangan dan kegembiraan pada hari tersebut, juga lebih penting untuk memperlihatkan kekuatan, perpaduan, kejayaan dan kebahagiaan hidup kaum muslimin.


Takbir hari raya adalah takbir yang bersemangat, bukan berirama sedih seperti takbir kita. Cubalah dengar takbir hari raya di dunia Arab, lain iramanya.

Hiburan


Di sudut hiburan pula, ruang yang luas Islam berikan untuk insan muslim bergembira, syaratnya jangan menyanggahi syariat. Islam agama yang luhur lagi memahami jiwa insan yang berbagai. Hiburan bukan satu kewajipan, tetapi satu ruang atau sudut yang kadang-kala diperlukan oleh insan dalam keadaan tertentu, atau membantu seseorang menikmati kehidupan dunia ini. Sesiapa yang tidak mahu, tidak mengapa tetapi jangan dihalang orang menikmatinya.


Hari raya adalah hari gembira. Hiburan dengan disiplin dan adab yang baik merangsang kegembiraan itu, maka bertambah meriah hari raya yang diperuntukkan agama untuk kita. Dalam hadis daripada isteri Rasulullah s.a.w Ummul Mukminin ‘Aishah r.aha:


“bahawa pada hari raya Fitri atau Adha, Abu Bakr masuk ke rumahnya (rumah ‘Aishah) dan Nabi s.a.w berada di sisinya. Ketika itu ada dua penyanyi wanita sedang menyanyi mengenai kebanggaan Ansar pada Hari Bu‘ath (peperangan antara Aus dan Khazraj). Abu Bakr berkata: “Suara syaitan” (sebanyak dua kali). Nabi s.a.w bersabda: “Biarkan mereka wahai Abu Bakr! Setiap kaum ada hari raya dan sesungguh hari ini adalah hari raya kita” (Riwayat al-Bukhari dan Muslim).


Dalam riwayat Muslim yang lain menyatakan mereka memukul gendang sebagai alatan muzik iringan nyanyian mereka.


Amat menarik sikap lunak yang ditunjukkan oleh Nabi s.a.w. Bayangkan bagaimana dua gadis ini boleh menyanyi dalam rumah Rasulullah s.a.w? Jikalah tabiat Rasulullah itu keras dan garang, tentulah dari awal mereka tidak berani menyanyi dan bergendang dalam rumah Nabi s.a.w.


Lihat pula reaksi baginda apabila Abu Bakr memarahi mereka, baginda tidak berdiam diri sebaliknya menyatakan pendirian nabawi bahawa itu semua diizinkan.


Ada sesetengah pendapat yang menyatakan bahawa Rasulullah s.a.w tidak menafikan bahawa nyanyian adalah suara syaitan seperti yang disebut oleh Abu Bakr, cuma membiarkan khusus untuk hari tersebut kerana ia hari raya. Pendapat ini agak ganjil. Apakah jika hari raya maka suara syaitan dibenarkan? Atau apakah hari raya nyanyian tidak menjadi suara syaitan, tetapi apabila tamat hari raya ia kembali menjadi suara syaitan kembali? Cukuplah dengan teguran Nabi s.a.w itu sebagai satu bantahan umum atas kenyataan Abu Bakr.


Bahkan hadis ini diriwayatkan al-Bukhari bersama riwayat berikut untuk menunjukkan keluasan Islam; kata ‘Aishah juga:


“Pada hari raya orang Sudan membuat pertunjukan permainan perisai dan lembing. Aku tidak pasti sama ada aku yang meminta, atau baginda yang berkata: “Apakah engkau ingin menontonnya?” Jawabku: “Ya”. Lalu baginda menjadikan aku berada belakangnya, pipiku menyentuh pipinya sambil baginda berkata: “Teruskan wahai Bani Arfidah (orang-orang Sudan)”. Sehinggalah aku jemu. Kemudian baginda berkata kepadaku: “Sudah cukupkah (jemukah)?”.


Jawabku: “Ya”. Kata baginda: “Kalau begitu, pergilah”. (Riwayat al-Bukhari).


Pertunjukan yang disebut dalam hadis ini sebenarnya berlangsung dalam masjid Nabi s.a.w seperti mana yang disebut oleh hadis lain yang juga diriwayatkan oleh al-Bukhari dan Muslim. Maka pandangan yang agak ketat dan ‘tidak luas’ yang menghadkan menikmati hiburan seperti yang disebut dalam hadis-hadis di atas untuk hari raya sahaja sebenarnya telah menyempitkan urusan muamalat dan kehidupan yang diluaskan oleh Islam.


Soal hiburan bukan seperti ibadah khusus yang memang tidak boleh ditokoh tambah. Hiburan adalah sesuatu yang bermula dari titik tolak ‘harus’ atau keizinan umum syarak yang tidak boleh diharamkan melainkan dengan dalil yang jelas. Hiburan bukan seperti ibadah yang tidak boleh direka tambah.


Hiburan adalah hak inovasi dan kreativiti insan yang diizinkan secara luas selagi tidak menyanggahi prinsip dan hukum yang Islam tetapkan.


Apatah lagi baginda Nabi s.a.w apabila mengizinkan hal-hal ini semua menyebut pada hari berkenaan:


“Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah” (Riwayat Ahmad, dinilai sahih oleh al-Albani).


Pada hari ini ramai yang rasa Islam itu sempit dan menyongkong. Demikian Barat dan Yahudi menuduh Islam hal yang sama. Nabi s.a.w membuka ruang kegembiraan dan hiburan, agar Islam tidak difitnah dan dituduh demikian rupa.


Apa yang hendak disampaikan adalah hari raya dalam Islam adalah hari gembira, bukan hari sedih dan duka seperti yang selalu ditonjolkan oleh drama dan lagu melayu menjelang hari raya. Apa sahaja aktiviti yang merangsang suasana gembiara dan tidak menyanggahi syarak, adalah digalakkan pada hari raya. Ini termasuklah kuih-muih, ziarah-menziarahi, duit dan hadiah raya, juga nyanyian dan hiburan. Islam adalah agama lurus tapi mudah dan praktikal untuk kehidupan insan.


Malang masyarakat kita, jika di sebahagian tempat, hari sedih seperti hari kematian dijadikan hari kegembiraan dengan dibuat ‘kenduri atau jamuan kematian’, ‘wang angpau untuk sembahyang jenazah’ dan berbagai perkara lain bagaikan berpesta dengan kematian. Itu semua bukan ajaran Islam.


Namun apabila tiba saat yang disuruh gembira iaitu hari raya, didendangkan irama dan drama sedih, menangis di kubur dan berbagai lagi. Kita terbalikkan suasana. Hari raya hari gembira bukan hari sedih. Bak kata sabda Nabi s.a.w: “Agar Yahudi mengetahui bahawa dalam agama kita ada keluasan. Sesungguhnya aku diutuskan dengan agama yang lurus lagi mudah”


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”


Monday, September 14, 2009

TOLAK UMNO: RAKYAT DAN NEGARA SEJAHTERA

Berjuang menentang UMNO adalah jihad kerana selama UMNO memerintah Malaysia selama 52 tahun banyak kerosakan yang telah berlaku ke atas umat khususnya kepada bangsa Melayu dan Islam.

Melayu telah hilang identitinya, manakala Islam yang dianuti oleh bangsa Melayu dengan senang dihina dan keji oleh orang bukan Islam, malah orang Islam memperlecehkan Islam dan undang-uindangnya.

Orang Melayu banyak terlibat dalam gejala negatif. Pemimpin Melayu melakukan amalan rasuah dan meyalahgunaan kuasa untuk merompak harta rakyat. Mereka melakukan perbuatan maksiat dan mendurhakai Allah swt.

Oleh itu, UMNO wajib ditolak dalam sistem pemerintahan di negara ini. Sesiapa yang menyokong UMNO adalah pengkianat negara, bangsa dan agama.

Lihatlah budaya kehidupan pemimpin UMNO yang rakus macam syaitan dengan memperhambakan rakyat yang menyokong. Marilah kita bersama-sama berdoa ke hadraat Allah dalam bulan yang mulia ini agar UMNO akan dihancurkan oleh Allah swt sebagaimana Allah menghancurkan tentera-tentera bergajah Abrahah yang menyerang Mekah ketika kelahiran Nabi Mohammad saw.



















“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”

Saturday, September 12, 2009

SEKITAR MAJLIS PENYAMPAIAN SUMBANGAN AIDIL FITRI 2009

Oleh: Tun Telanai

Assalamu’alaikum wm.wrt,

Pada 12 Ogos 2009 bersamaan 22 Ramadhan 1430, Hari Sabtu bertempat di rumah seorang pimpinan marhaen cawangan sebuah parti dalam Pakatan Rakyat telah mengadakan Majlis Sumbangan Aidil Fitri di rumahnya sempena menyambut Aidil Fitri. Majlis ini dianjurkan semata-mata untuk menunjukkan keprihatinan pimpinan bawahan kepada insan-insan yang kurang berkemampuan, disamping dapat mengeratkan lagi silaturahim dan kemesraan di antara sesama penduduk dalam konsep ‘kita perlu membantu diri kita sendiri’ tanpa mengharap bantuan orang lain khususnya kepimpinan yang tidak prihatin terhadap kemaslahan rakyat bawahan.


Majlis merupakan salah satu aktiviti tahunan Setiausaha Cawangan, merangkap Setiausaha Majlis Ketua Kampung dan Setiausaha Badan Kebajikan Penduduk Kampung Bendang Raja [PESAKA}, isteri dan beberapa orang kawan rapat beliau dalam usahanya sebagai tanda keprihatinan kepada anak-anak yatim, OKU, ibu tunggal dan fakir-miskin agar keseronokan dan kegembiraan dapat mereka rasai.bagi menyambut hari raya nanti. Seramai lebih 60 orang telah berjaya diberi sumbangan mengikut ala kadar.


Amat malang bagi penduduk di kawasan ini kerana YDP [yang kalah kerusi DUN] dan Ahli Parlimen kawasan serta seorang Senator tidak sudi hadir untuk menyampaikan sumbangan tersebut, walaupun tidak satu sen pun wang yang keluar dari poket mereka. Mereka dijemput sekadar untuk mempromosi diri mereka sendiri dihadapan rakyat yang memberi undi kepada mereka. Jadi, majlis berjalan dengan menjemput seorang Ustaz kampung untuk memberi tazkirah dan seterusnya menyampaikan sumbangan.


Saksikanlah suasana penyampaian sumbangan Aidil Fitri 2009 :




















“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.
"SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”