DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Monday, September 21, 2009

PENGKIANAT SISTEM PENTADBIRAN NEGARA

Oleh : Tun Telanai

Assalamu’alaikum wm.wrt,

Dalam dekad ini, manusia yang paling berani, berwibawa, berkarisma dan berupaya mempengaruhi publik ialah manusia yang bernama ANWAR IBRAHIM. Beliau tanpa gentar dan takut terus bangun menentang pemerintahan UMNO yang zalim yang merompak harta rakyat sesuka hati demi memperkayakan diri sendiri. Rakyat dipinggirkan, melarat papa kedana, tetapi pemimpin kaya raya. Walaupun beliau pernah dipukul, disepak, diterajang, dibogelkan, disumbatkan ke dalam penjara dan menerima berbagai ancaman dan ugutan, namun beliau terus mara ke hadapan untuk membantu rakyat berbilang bangsa dan agama yang hidup di dalam negara ini secara aman, bebas dan adil agar nasib mereka dibela daripada penjajahan mental dan fizikal oleh kepimpinan UMNO yang kurop.


Tidak keterlaluan kalau saya katakan beliau setanding dengan tokoh-tokoh penentang penjajahan British dahulu seperti Pak Sako, Tok Janggut, Datuk Bahaman, Mat Kilau, Ahmad Boestamam dan ramai lagi pejuang-pejuang dikalangan ulama dan cendiakawan Melayu yang bangkit menentang kuasa penjajah. Tidak seperti tokoh-tokoh UMNO yang bersekongkol dengan penjajah British menerima kemerdekaan dalam dulang emas memelok kuasa sehingga kini.


Sebenarnya, beliau boleh mengambil pendekatan ‘menyepikan diri’ daripada arus politik perdana khususnya menentang kepimpinan UMNO yang menyeleweng dan menyalahgunaan kedudukan dan kuasa dan saya percaya beliau boleh meneruskan kehidupan dengan mencari kesenangan dunia semahu-mahunya selepas beliau dipecat oleh Mahathir Mohamad pada 2 September 1998. Beliau boleh menjadi terkenal dan terkaya lebih daripada tokoh-tokoh UMNO yang terpinggir akibat masalah disiplin dan sebagainya seperti Musa Hitam, Isa Samad, Gasidah Gadam dan ramai lagi bekas pemimpin UMNO yang sebaris dengan nama-nama yang saya sebutkan itu, tetapi Anwar bangkit mengambil pendekatan melawan arus yang menyusahkan dirinya sendiri demi rakyat dan negara.


Tidak sesiapa pun yang boleh menafikan hakikat ini. Pengaruh Anwar telah dibuktikan dalam PRU ke-12 tahun lalu dan meleret sampai ke beberapa siri pilihan raya kecil yang diadakan tetap memihak kepada Pakatan Rakyat pimpinan beliau. Beliau berupaya menyatukan PAS dan DAP yang mempunyai ideologi yang berbeza, tetapi dapat berkerjasama dengan satu tujuan untuk memusnahkan UMNO yang sudah pun berkuasa 52 tahun yang kini sedang yang sakit tenat dihinggapi berbagai penyakit menanti malaikat maut menyambar nyawa kembali ke tempat asalnya.


Menyedari hakikat inilah, Mahathir bertindak cepat dan pantas untuk menyekat kemaraan Anwar dengan MELACURKAN seluruh institusi negara dan kita semua telah mengetahui apa yang telah berlaku ke atas batang tubuh Anwar dan sejarah telah pun merakamnya untuk tatapan generasi akan datang. Buku tulisan saudara Pawancheek Marican, salah seorang peguam Anwar dalam kes fasa pertama dulu yang berjudul ‘Anwar On Trial-In The Face Of Injustice’ menceritakan tindakan rakus Mahathir MELACURKAN sistem kehakiman@keadilan di Malaysia amat mengaibkan,


Suka saya mengimbas kembali isu tape Lingam. Klip video 14 minit yang didakwa memaparkan seorang peguam VK Lingam sedang bercakap menerusi telefon dengan seorang yang didakwa hakim kanan, kononnya bagi mengatur pelantikan hakim. Maka, sebuah Suruhanjaya Diraja telah ditubuhkan bagi menyiasat kesahihan klip video tersebut. Suruhanjaya itu dianggotai bekas Hakim Besar Malaya Tan Sri Haidar Mohamed Noor sebagai pengerusi, bekas Hakim Mahkamah Rayuan Datuk Mahadev Shankar, bekas Hakim Besar Sabah dan Sarawak Tan Sri Steve Shim Lip Kiong, bekas Peguam Cara Negara Puan Sri Zaitun Zawiyah Puteh dan ahli sejarah profesor emeritus Datuk Dr Khoo Kay Kim.


Suruhanjaya Diraja yang menyiasat skandal klip video Lingam itu mendapati klip video itu adalah TULIN dan mengesyorkan supaya Mahathir Mohamad dan lima orang lagi perlu disiasat berhubung peranan mereka dalam pelantikan hakim-hakim. Lima tokoh tersebut - dua bekas ketua hakim negara, Ahmad Fairuz Sheikh Abdul Halim dan Eusoff Chin, peguam kanan VK Lingam, bekas menteri pelancongan Tengku Adnan Tengku Mansor yang juga setiausaha agung UMNO ketika itu serta tokoh perniagaan Vincent Tan.


Suruhanjaya itu juga mengesyorkan supaya mereka disiasat bawah Akta Hasutan, Akta Rahsia Rasmi (OSA), Kanun Keseksaan dan kerana menghalang proses keadilan. Menteri di JPM ketika itu, Zaid Ibrahim berkata menjelaskan bahawa kabinet [pengerusinya ketika itu ialah Abdullah Ahmad Badawi yang juga PM] telah mengarahkan Pejabat Peguam Negara [Abdul Ghani Patail] untuk memulakan siasatan secepat mungkin terhadap keenam-enam mereka, tetapi sehingga kini dajal ini tidak bertindak, apatah lagi Abdullah telah disinggirkan secara paksa dan diganti oleh Najib Tun Razak yang dikenali lebih rapat dengan Mahathir. Maka isu tape tersebut tamat riwayatnya.


Penubuhan inkues dan Suruhanjaya Diraja bagi menyiasat kematian Teoh Beng Hock akan menempuhi jalan yang sama. Apabila laporan sudah lengkap untuk diambil tindakan dan sampai di tangan Peguam Negara [Abdul Ghani Patail], Peguam Negara ada kuasa budibicara sama ada untuk membawa kes itu kemuka pengadilan atau tidak ada dalam tangannya. Sekiranya ia memberi kemudaratan yang amat besar terhadap UMNO, maka laporan itu [tidak kira sama ada laporan Diraja atau tidak] akan dibakulsampahkan. Tamatlah riwayatnya.


Masakan kita [rakyat] tidak faham-faham lagi, dajal-dajal yang berada di SPRM itu berani bertindak lebih ganas daripada pasukan keselamatan Israel itu kerana ada kuasa penyelamat dibelakangnya yang mengarahkan mereka melakukan kerja-kerja samseng dan rakus seperti itu. Tetapi dajal-dajal ini menikus apabila laporan dibuat ke atas Mahyuddin Yassin kerana melakukan menyalahgunaan kuasa secara terang-terangan di mesyuarat UMNO [mengguna helikopter milik kerajaan, bukan urusan rasmi kerajaan] di Sabah dan ketika berkempen PRK Manik Urai, Kelantan.
Dayus.


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”
“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian. Wallahu'alam dan terima kasih.

No comments: