DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Saturday, April 20, 2013

PAKATAN, BN PERTARUH 'AYAM SABUNG' DI KEDAH



Kedua-dua pihak - BN dan Pakatan Rakyat - telah membuat penamaan calon mereka dan pemerhati politik meramalkan pertembungan sengit hampir di semua 15 kerusi parlimen dan beberapa kerusi DUN di negeri Kedah dalam pilihan raya umum pada 5 Mei. Dalam usaha Pakatan untuk mengekalkan kuasa dan bagi BN pula untuk merampas semula negeri itu, kedua-dua pihak mempertaruhkan tokoh masing-masing bagi mencapai kemenangan.


Pemerhati politik berpendapat pertembungan tokoh lawan tokoh ddi negeri jelapang padi itu, telah menarik tumpuan  pelbagai pihak. Setiap parti mempertaruhkan 'ayam sabung' mereka masing-masing.

Di Jerlun, Timbalan Pesuruhjaya PAS 2, Kedah Datuk Dr Ismail Saleh bakal berentap dengan Setiausaha Umno negeri, Datuk Othman Aziz. Manakala di Pendang, Timbalan Presiden PAS Mohamad Sabu akan menentang 'orang lama'  Datuk Othman Abdul.

Datuk Mahfuz Omar bakal ditentang setiausaha politik kepada perdana menteri Datuk Sahlan Ismail. Saudara lelaki Sahlan - Saifuddin pula yang mewakili PKR, akan berentap di Kulim-Bandar Baharu menentang Ketua Umno bahagian itu Datuk Abdul Aziz Sheikh Fadzir.

Di Jerai Menteri di Jabatan Perdana Menteri Datuk Seri Jamil Khir Baharom bakal menentang penyandangnya Mohd Firdaus Jaafar. Jamil Khir juga adalah ketua penerangan Umno Kedah.

Sementara bekas menteri besar Kedah Datuk Seri Mahdzir Khalid akan ditentang agamawan muda PAS, Nasir Zakaria di parlimen Padang Terap. Nasir adalah penyandang kerusi itu.

Manakala dua pemimpin dan peguam PKR - Gooi Hsiao Leung dan N Surendran - masing-masing akan menentang pemimpin kanan MCA yang berkhidmat dalam kabinet.

Gooi akan menentang Menteri Perumahan dan Kerajaan Tempatan Datuk Seri Chor Chee Heung di parlimen Alor Setar, manakala Surendran akan berdepan Timbalan Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat Datuk Heng Seai Kie di Padang Serai.

Calon bagi enam lagi Parlimen di Kedah ialah:

Kubang Pasu: Ir Mohamad Jamal Nasir lwn Datuk Mohd Johari Baharom

Sik: Che Uda Che Nik lwn Dr Mansor Abdul Rahman

Baling: Brig Jen (B) Dato Najmi Ahmad lwn Datuk Abdul Azeez Abdul Rahim

Kuala Kedah: Dr Azman Ismail lwn Dr Zaki Zamani Abdul Rashid

Merbok: Nurin Aina Abdullah lwn Prof Ismail Daud

Sungai Petani: Johari Abdul lwn Dr Shamsul Anwar

Manakala calon di peringkat DUN pula adalah:

Ayer Hangat: Zubir Ahmad lwn Mohd Rawi Abdul Hamid

Kuah: Ahmad Kassim lwn Nor Saidi Nayan

Kota Siputeh: Haji Ismail Wan Teh lwn Datuk Abu Hasan Sharif

Ayer Hitam: Abd Ghani Ahmad lwn Datuk Mukhriz Mahathir

Bukit Kayu Hitam: Nasrol lwn Ahmad Zaini Japar

Jitra: Dr Rohani Abd Muttalib lwn Aminuddin Omar

Kuala Nerang: Syed Ibrahim Syed Omar lwn Badrul Hisham Hashim

Pedu: Zamri Yusof lwn Nooriah Ibrahim

Bukit Lada: Ahmad ‘Izzat Mohd Shauki lwn Datuk Ahmad Lebai Sudin

Bukit Pinang: Wan Romani Wan Salim lwn Mokhtar Md Nor

Bakar Bata: Eekmal Ahmad lwn Datuk Ahmad Bashah Md Hanipah

Alor Mengkudu: Ahmad  Yahaya lwn Sharifah Maznah Syed Kassim Barakbah

Anak Bukit: Datuk Ir Amiruddin Hamzah lwn Datuk Hashim Jahaya

Kubang Rotan: Mohd Nasir Mustafa lwn Datuk Latt Shariman

Pengkalan Kundor: Datuk Ir Phahrolrazi  Mohd Zawawi lwn Norhasnita Md Isa

Tokai: Datuk Mohamed Taulan Bin Mat Rasul lwn Najmuddin Darus

Sungai Tiang: Fadzil Baharom lwn Datuk Suraya Yaacob

Sungai Limau: Datuk Seri Azizan Abdul Razak lwn Mohd Fadzilah Mohd Ali

Guar Chempedak: Musoddak Ahmad lwn Datuk Dr Ku Abd Rahman Ku Ismail

Gurun: Salma Ismail lawan Dr Leong Yong Kong

Belantek: Abu Bakar Bakilani Abu Hassan lwn Datuk Mohd Tajudin Abdullah

Jeneri: Ahmad Tarmizi Bin Sulaiman lwn Mahadzir Abdul Hamid

Bukit Selambau: Dr Krishnamoorty lwn M Maran

Tanjung Dawai: Ahmad Fakrudin Fakrurazi lwn Datuk Tajul Urus Mat Zain

Pantai Merdeka: Abdullah Jusoh lwn Datuk Ali Yahaya

Bakar Arang: Simon Ooi lwn Dr Lee Yean Wang

Sidam: Dr Robert lwn Bee Shiong Heng

Bayu:
Mahmud Yaakob lwn Datuk Azmi Che Husain

Kupang: Johari Abdullah lwn Harun Abdul Aziz

Kuala Ketil: Md Zuki Yusof lwn Mohd Khairul Azhar Abdullah

Merbau Pulas: Datuk Aishah Ghazali lwn Datuk Marlia Abdul Latif

Lunas: Azman Nasrudin lwn S Ananthan

Kulim: Chu Mau Lian vs Chua Thiong Ghee

Bandar Baharu: Mohd Khairi Mohd Salleh lwn Nor Sabrina Mohd Noor

Sementara itu, calon dua kerusi - Derga dan Kota Darulaman - yang diperuntukkan kepada DAP, masih belum diumumkan. Calon tersebut masing-masing akan berdepan Dr Cheah Soon Hai dan Lim Gim Hooi.

No comments: