Gambar Amir Syed Bin Abdullah Dah
Dapat Kad Pengenalan (IC). Daftar Pemilih Bila Pula?
Tahniah..syabas
kepada Sabah & juga Malaysia. Bertambah sudah etnik di Sabah. Warganegara
Malaysia sendiri pun punyalah susah nak dapatkan kad pengenalan yang
sememangnya mereka patut perolehi tanpa sebarang kerumitan dan lebih mudah.
Tetapi apa yang berlaku adalah sebaliknya….
Amir
Syed Bin Abdullah pun dah dapat kad pengenalan. Persoalan yang bermain di
minda kami selama ini, di
mana lokasi yang sesuai untuk diletakkan saudara baru kita ini,
Amir Syed Bin Abdullah mengundi bersama-sama rakyat Sabah pada Pilihanraya Umum
ke 13 kelak?
Tiada
yang mustahil, sejarah yang pernah kami muatkan laporan berita mengenai SPR
selama ini di Berita Semasa pelbagai berita “pelik” dan “tidak masuk akal”
melibatkan daftar pemilih di Malaysia pernah berlaku. Antara laporan berita
yang kami maksudkan adalah seperti :
- Kampung Baru pun boleh mengundi
- Dikesan 1538 orang yang berumur lebih 100 masih lagi layak untuk mengundi
- Ada kes yang menunjukkan orang yang sama tetapi kelebihan memiliki 2 nombor kad pengenalan yang berbeza
- Ada 2 pengundi ini boleh memiliki kad pengenalan lama yang sama dan juga alamat lama yang sama tetapi kad pengenalan yang berbeza
- Rupa-rupanya Malaysia memiliki seoarang rakyat Malaysia yang merupakan manusia tertua di dunia pada umur 158. Wong Kwan Moy namanya. Dan paling pentingnya beliau layak untuk mengundi. Tahniah kami ucapkan…
Jikalau
disemak nombor kad pengenalan Amir Syed Bin Abdullah ini. Beliau lahir pada
tahun 94 bersamaan 18 tahun. Apa rahsia beliau kelihatan tua dan berumur pada
usia semuda 18 tahun ini?
Walauapapun,
yang penting Amir Syed Bin Abdullah sudah pun bergelar warganegara
Malaysia menyertai 28 juta rakyat Malaysia yang lain termasuklah anda, anda dan
anda di sini….
“The
MyKad clearly shows the name of the individual as ‘Amir Syed Bin Abdullah’ with
the number 941025-12-7089 and his face is clearly shows he is of Pakistani
descent and not from among KadazandusunMurut (KDM) community,” he said.
Hasipin,
who is a villager of Kg.Paganatan Laut, said he and others went to the National
Registration Department (NRD) office here to verify the validity of the MyKad
and were informed that the MyKad was genuine.
Kalau Amir
Syed Bin Abdullah dah ada anak kelak, anaknya layak menikmati pelbagai
kemudahan yang dinikmati warganegara Malaysia sekarang ini :
- Anaknya akan semua buku teks secara percuma
- Susu 1Malaysia percuma
- Bantuan murid 1Malaysia pun percuma
- Apa lagi?
- Dan……tidak lupa juga layak menerima duit bantuan pelajar miskin @ asnaf. Macam-macam boleh dapat. Kasut sekolah percuma, beg sekolah percuma dan macam-macam lagi…..
Tahniah Amir Syed Bin Abdullah. Semoga
“terus berbakti” & “membalas budi” kepada negara. Jadilah warganegara
Malaysia yang patriotik, insyaallah “anda akan selamat”.
Semak 6 Lagi Berita Yang Berkaitan DI Sini:
- Noridah Binti Dawi (Permastautin Sementara) Berada Dalam…
- Semak Daftar Pemilih : Antara Mansor Bin Jali VS Tamil…
- Suruhanjaya Pilihan Raya SPR. Mahkamah Sahkan Mereka Dapat…
- Daftar Pemilih di Suruhanjaya Pilihan Raya Malaysia (SPR)…
- Kampung Baru Pun Boleh Mengundi-Apa Cerita SPR?
PETIKAN DARI : BERITA
SEMASA
No comments:
Post a Comment