Mahasiswa
protes Najib di Pekan sedikit kecoh
KUALA
LUMPUR: Sempena
dengan kehadiran Perdana Menteri di Kuala Pahang, Pekan bagi melancarkan Pusat
Transformasi Luar Bandar (RTC), semalam seramai 60 orang aktivis mahasiswa
daripada Gabungan Mahasiswa Islam Se-Malaysia (Gamis) Negeri Pahang berkumpul
untuk menyatakan protes terhadap kepimpinan Datuk Seri Najib Razak yang telah
terbukti gagal mengurus tadbir negara dengan baik dan menjadi keperluan
mendesak bagi menolak Barisan Nasional (BN) dalam Pilihan Raya Umum ke-13
(PRU13).
Pengerusi
Gamis Pahang, Ahmad Fatihi Makhtar berkata, dalam protes tersebut, mahasiswa
mendesak supaya Najib mengambil perhatian serius terhadap masalah bekalan air
bersih di Negeri Pahang khususnya di sekitar parlimen beliau sendiri iaitu
Pekan yang tidak berkesudahan sehingga sekarang.
Katanya,
reaksi penduduk sekitar Kuala Pahang terhadap Protes Aman Mahasiswa
menggambarkan Parlimen Pekan bukannya kubu kuat Datuk Seri Najib Razak.
Menurutnya,
dalam sejarah PRU ke-10 pada 1999, Najib Razak yang ditentang oleh Ustaz Ramli
Mohamed daripada PAS, Najib hanya menang tipis dengan majoriti 241 undi.
“Terbukti
bahawa sepanjang protes aman berlangsung, ramai penduduk sekitar menunjukkan
sokongan terhadap protes ini,” ujarnya dalam satu kenyataan kepada
Harakahdaily.
\
Menurutnya
lagi, mahasiswa turut menyatakan hasrat agar PRU akan datang dijalankan dengan
adil, telus dan demokratik serta menuntut agar pihak kerajaan menghentikan
budaya politik rasuah, politik perkauman, politik janji, politik samseng,
politik ugut dan politik fitnah yang semakin subur di negara kita pada hari ini.
\
Selain
daripada itu, ujarnya mahasiswa turut menuntut capaian media yang adil, telus
& saksama semasa tempoh berkempen dijalankan.
\
“Menariknya,
protes aman itu turut mendapat respons positif daripada pegawai-pegawai
kerajaan yang melalui jalan tersebut,” ujarnya.
Tambahnya,
terbukti mereka yang hadir hanya kerana arahan dan kerahan tetapi mereka sedar
akan kepincangan negara yang berlaku di bawah pemerintahan Najib.
Walau
bagaimanapun, jelasnya kekecohan dan ketegangan protes aman berlaku apabila
sekumpulan ‘ahli Umno tegar’ hadir dan cuba menghalau aktivis mahasiswa yang
sedang berhimpun.
Menurutnya,
mereka terus menerus mengatakan bahawa anak muda pada hari ini tidak bersyukur
dan tidak berterima kasih pada kerajaan yang memberi banyak kemudahan kepada
pelajar.
“Apabila
ditanya tentang masalah air di sekitar Pekan yang telah berlaku sekian lama,
mereka mengakui dan mereka mengatakan masalah tersebut perlu berbincang dengan
penghulu kampung,” katanya.
Katanya
lagi, kekecohan selamat 10 minit ditenteramkan oleh beberapa anggota polis.
Selepas
rundingan dibuat dengan pihak polis, ujar beliau mahasiswa bersetuju untuk
menghentikan protes aman dengan mengambil pertimbangan faktor keselamatan yang
tidak selamat walaupun di kawasan parlimen Perdana Menteri sendiri.
Baginya,
PRU13 adalah landasan terbaik untuk seluruh rakyat Malaysia bersama-sama
menghentikan kezaliman Kerajaan BN yang tercatat secara fakta dan sejarah,
selama 56 tahun BN memerintah Malaysia, terlalu banyak kes-kes penipuan pimpinan
tertinggi negara, kronisme, nepotisme, menyekat hak royalti, menggadai hak
orang melayu, meruntuhkan insitusi sultan dan sebagainya.
“Gamis
akan menggerakkan seluruh jentera di seluruh negara untuk memastikan hasrat dan
impian untuk menamatkan pemerintahan BN dalam PRU13 tercapai,” ujarnya.
No comments:
Post a Comment