DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Sunday, March 24, 2013

KENAPA DENGAN ISMA?



1. Ada beberapa orang teman mempersoalkan mengapa ISMA kelihatan condong kepada Umno. Mereka juga hairan mengapa sebuah jemaah Islam (sebagaimana didakwa) terlalu mengagung-agungkan nilai ‘kaum’ dalam perjuangan mereka.


2. Slogan ‘Melayu sepakat, Islam berdaulat’ seakan-akan meyempitkan Islam hanya untuk kaum Melayu semata-mata sedangkan Islam adalah rahmat untuk sekalian alam (rahmatan lil a’lamin).

3. Mereka juga hairan apabila kenyataan beberapa pemimpin utama ISMA mutakhir ini lebih ‘Umno’ daripada Umno.

4. Pimpinan ISMA bersetuju bahawa asobiyah bermaksud ‘membantu kaum sendiri dalam melakukan kezaliman’. Tidakkan menyokong sebuah parti zalim juga boleh dikategorikan sebagai perbuatan asobiah?

5. Bukankah menggunakan ISA sebuah tahanan tanpa bicara suatu yang zalim? Bukankan menyekat royalti minyak 5% kapada dua buah kerajaan negeri bagi negeri majoriti Islam/Melayu suatu yang zalim? Bukankah membunuh ulama’ dan para pengikutnya dalam peristiwa Memali suatu yang zalim? Bukankah mengutamakan kroni dalam agihan kontrak awam juga suatu yang zalim? Bukankah mempertikaikan hukum Hudud juga suatu yang zalim?

6. Ataupun ISMA ada hujah tersendiri bahawa Umno bukan parti yang zalim?

7. Apabila ISMA mempertahankan Umno saat parti itu kelemasan dan jika selepas ini Umno terus memerintah dan menyambung kezaliman yang telah dilakukan, maka bukankah ISMA juga sebuah pertubuhan asobiyah?

8. Saya berpendapat pendirian ISMA kini mungkin akibat kekeliruan yang belum mampu dirungkaikan. Kita maklum bahawa ISMA bergiat aktif dalam membantu rakyat Palestin melalui NGO tajaan mereka Aman Palestin. Sudah pasti isu Palestin begitu dekat dengan hati mereka.

9. ISMA tidak mampu membezakan antara situasi di Palestin dengan situasi di Malaysia. ISMA tidak dapat membezakan antara kafirnya kaum Yahudi di Palestin dan tanah haram Israel dengan kafirnya orang-orang bukan Islam di Malaysia terutamanya Cina dan India. ISMA juga gagal membezakan antara Fatah/Hamas di Palestin serta Umno/PAS di Malaysia.
10. Memang antara kelemahan segelintir kaum Melayu adalah tidak mampu mengasingkan masalah yang berbeza. Penyelesaian yang sama untuk masalah yang berbeza adalah satu lagi masalah.

11. Saya berdoa mudah-mudahan ISMA kembali duduk berbincang dan menetapkan pendirian yang lebih baik sebelum terlambat.

SUMBER : MHM

1 comment:

Anonymous said...

ISMA ialahsebuah NGO cari makan mana ada peluang percuma untuk ahli nak bergiat jika tidak dibantu,biasalah otak orang Melayu bila dapat bantuan mesti dibalas dengan sokongan walaupun apa yang disokong itu menyanggah perjuangan,oleh itu kita lupakan saja pertubuhan yang nak melingkupkan ini, lebih baik tumpukan hasrat dan tujuan asal perjuangan untuk menuju ke PETRAJAYA agar rakyat dapat merasa perubahan.