1. Ada beberapa orang teman mempersoalkan mengapa ISMA
kelihatan condong kepada Umno. Mereka juga hairan mengapa sebuah jemaah Islam
(sebagaimana didakwa) terlalu mengagung-agungkan nilai ‘kaum’ dalam perjuangan
mereka.
2. Slogan ‘Melayu sepakat, Islam berdaulat’ seakan-akan
meyempitkan Islam hanya untuk kaum Melayu semata-mata sedangkan Islam adalah
rahmat untuk sekalian alam (rahmatan lil a’lamin).
3. Mereka juga hairan apabila kenyataan beberapa pemimpin
utama ISMA mutakhir ini lebih ‘Umno’ daripada Umno.
4. Pimpinan ISMA bersetuju bahawa asobiyah bermaksud ‘membantu
kaum sendiri dalam melakukan kezaliman’. Tidakkan menyokong sebuah parti zalim
juga boleh dikategorikan sebagai perbuatan asobiah?
5. Bukankah menggunakan ISA sebuah tahanan tanpa bicara suatu
yang zalim? Bukankan menyekat royalti minyak 5% kapada dua buah kerajaan negeri
bagi negeri majoriti Islam/Melayu suatu yang zalim? Bukankah membunuh ulama’
dan para pengikutnya dalam peristiwa Memali suatu yang zalim? Bukankah
mengutamakan kroni dalam agihan kontrak awam juga suatu yang zalim? Bukankah
mempertikaikan hukum Hudud juga suatu yang zalim?
6. Ataupun ISMA ada hujah tersendiri bahawa Umno bukan parti
yang zalim?
7. Apabila ISMA mempertahankan Umno saat parti itu kelemasan
dan jika selepas ini Umno terus memerintah dan menyambung kezaliman yang telah
dilakukan, maka bukankah ISMA juga sebuah pertubuhan asobiyah?
8. Saya berpendapat pendirian ISMA kini mungkin akibat
kekeliruan yang belum mampu dirungkaikan. Kita maklum bahawa ISMA bergiat aktif
dalam membantu rakyat Palestin melalui NGO tajaan mereka Aman Palestin. Sudah
pasti isu Palestin begitu dekat dengan hati mereka.
9. ISMA tidak mampu membezakan antara situasi di Palestin
dengan situasi di Malaysia. ISMA tidak dapat membezakan antara kafirnya kaum
Yahudi di Palestin dan tanah haram Israel dengan kafirnya orang-orang bukan
Islam di Malaysia terutamanya Cina dan India. ISMA juga gagal membezakan antara
Fatah/Hamas di Palestin serta Umno/PAS di Malaysia.
10. Memang antara kelemahan segelintir kaum Melayu adalah tidak
mampu mengasingkan masalah yang berbeza. Penyelesaian yang sama untuk masalah
yang berbeza adalah satu lagi masalah.
11. Saya berdoa mudah-mudahan ISMA kembali duduk berbincang dan
menetapkan pendirian yang lebih baik sebelum terlambat.
SUMBER
: MHM
1 comment:
ISMA ialahsebuah NGO cari makan mana ada peluang percuma untuk ahli nak bergiat jika tidak dibantu,biasalah otak orang Melayu bila dapat bantuan mesti dibalas dengan sokongan walaupun apa yang disokong itu menyanggah perjuangan,oleh itu kita lupakan saja pertubuhan yang nak melingkupkan ini, lebih baik tumpukan hasrat dan tujuan asal perjuangan untuk menuju ke PETRAJAYA agar rakyat dapat merasa perubahan.
Post a Comment