SHAH
ALAM, 9 MAC : Pengakuan bapa Saiful Bukhari bahawa Ketua Umum PKR, Datuk Seri
Anwar Ibrahim tidak bersalah atas tuduhan liwat dan menjadi mangsa fitnah
merupakan suatu tindakan yang wajib dilakukan beliau.
Ini
kerana seseorang Islam hendaklah insaf dengan tidak meneruskan kebatilan untuk
kembali kepada kebenaran apabila menyedari kesilapan mereka.
Demikian
menurut Timbalan Mursyidul Am PAS, Datuk Dr Haron Din dalam sidang media di
Masjid Shah Alam di sini.
“Dia
(Azlan Mohd Lazim) melaksanakan kewajipannya sebagai seorang Islam.
“Merujuk
kepada kebenaran adalah lebih baik dari meneruskan kebatilan,” kata beliau
selepas bertindak sebagai panelis dalam forum bertajuk ‘Mengangkat Martabat
Ummah: Tanggung Jawab Siapa?’ malam tadi.
Semalam,
bapa Saiful, Azlan Mohd Lazim memohon maaf kepada Anwar dengan mendakwa bahawa
anaknya dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak bertanggungjawab, yang
didakwanya termasuk seorang pegawai perdana menteri untuk memfitnah Anwar dalam
kes Liwat II.
Pada
9 Januari tahun lalu, Anwar dibebaskan oleh Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur
daripada tuduhan meliwat Saiful, yang merupakan pembantunya pada 26 Jun 2008 di
sebuah kondominium di Kuala Lumpur.
Sementara
itu, ketika mengulas isu sumpah laknat oleh Saiful, sambil merujuk kepada
sebuah kejadian di zaman Nabi Muhammad SAW, Dr Haron berkata sumpah laknat
hanya wajar dilakukan apabila berhadapan kes yang tidak boleh diselesaikan di
mahkamah.
“Kaum
Nasrani dakwa Allah ada anak dan oleh kerana ianya tidak dapat dibuktikan, Nabi
Muhammad mengarahkan mereka bersumpah laknat untuk selesaikan perbalahan itu.
“Mengapa
kita pula hendak mengundang laknat Allah sedangkan kes ini boleh diselesaikan
di mahkamah,” ujar Dr Haron.
Dalam
perkembangan isu calon Perdana Menteri dari Pakatan Rakyat, Dr Haron menegaskan
PAS ketika ini lebih fokus kepada agenda menumbangkan Kerajaan Umno-BN dan
hanya mengumumkan calon Perdana Menteri apabila misi tersebut berjaya.
No comments:
Post a Comment