KUALA LUMPUR: Rakyat mengucapkan syukur dan menarik nafas lega apabila
mendapat khabar gembira bahawa Azlan Mohd Lazim, bapa Saiful Bukhari tampil
memohon maaf kepada Ketua Umum PKR, Datuk Seri Anwar Ibrahim semalam dengan
mendakwa anaknya telah dipergunakan oleh pihak-pihak yang tidak
bertanggungjawab untuk memfitnah Anwar dengan kes Liwat II.
“Lebih menarik lagi pendedahan beliau
mengaitkan seorang pegawai Perdana Menteri sebagai perancang utama konsiprasi
tersebut,” kata Ketua Penerangan Dewan Pemuda PAS Malaysia, Riduan Mohd Nor.
Katanya,
perkembangan itu pastinya tambah memeningkan kepala Perdana Menteri dan hampir
pastinya Pilihanraya Umum ke-13 akan tertangguh lagi buat kesekian kalinya.
Pendedahan
Azlan Mohd Lazim adalah suatu kemenangan moral buat seluruh pemimpin dan
penyokong Pakatan Rakyat, ujarnya lagi.
Menurutnya,
dengan kemunculan Deepak Jaikishan serta pendedahan menggemparkan negara
mengenai misteri pembunuhan Altantuya, serta kepulangan Balasubramaniam bagi meneruskan
momentum skandal pembunuhan model Mongolia tersebut, pengakuan Azlan Mohd Lazim
adalah pelengkap kepada kejayaan rakyat.
“Pengakuan Azlan membuktikan bahawa kejadian
liwat II adalah suatu konspirasi jahat oleh pihak tertentu yang bertujuan mahu
mengaibkan pemimpin dan gabungan PR umumnya,” katanya kepada Harakahdaily.
Baginya,
politik fitnah melalui pelakuan lucah dan mengaibkan digunakan bagi
menghalalkan segala tindakan mereka.
Kini,
kata beliaukebenaran telah terserlah membuktikan bahawa segala yang berlaku
adalah mainan politik kotor pihak yang tidak bertanggungjawab.
Justeru,
ujarnya rakyat ternanti-nanti siapakah pegawai khas Perdana Menteri yang
dikatakan merancang semua kejahatan itu.
“Perdana Menteri perlu tampil memberi penjelasan
mengenai dakwaan pegawainya terlibat dan bertanggungjawab terhadap kesemua
tindakan pegawainya itu dan bagi membersihkan namanya, beliau mesti mengambil
tindakan tegas terhadap pegawainya yang terlibat,” katanya lagi.
Menurutnya,
imej Najib kebelakangan ini semakin merudum dengan penglibatan pegawai-pegawai
kanan beliau dalam pelbagai skandal.
Riduan
berkata, dua orang pengawal peribadinya terlibat dalam pembunuhan model
Altantuya manakala bekas penasihat politik beliau, Abdul Razak Baginda juga
pernah dikaitkan dengan kes yang sama meskipun dibebaskan oleh mahkamah
kemudiannya.
Kini,
ujarnya seorang lagi pegawai kanan beliau didakwa terlibat merancang konspirasi
Liwat II.
Bagi
beliau, Perdana Menteri dilihat sebagai gagal menunjukkan contoh kepada rakyat
dengan peribadi yang mulia.
“Malah, beliau dianggap gagal mendidik
pegawai-pegawai kanannya untuk menunjukkan tauladan yang murni kepada
masyarakat sehingga mereka terjerumus dengan pelbagai kesalahan jenayah,”
ujarnya.
Justeru,
kata beliau rakyat perlu bertanya kembali, apakah pemimpin seperti itu layak
dinobatkan sebagai pemimpin utama negara dan layakkah mandat terus diberi
kepada pemimpin seperti itu.
No comments:
Post a Comment