1. Helang adalah haiwan yang hidup
sehingga 70 tahun, menyamai usia purata kebanyakan manusia. Tetapi untuk
mencapai umur itu, helang perlu melalui proses TRANSFORMASI pada usianya 40
tahun.
2. Pada usia 40 tahun, paruhnya telah
panjang mencecah dada, kukunya sudah tumpul dan bulu-bulu pada sayapnya semakin
tebal dan berat hingga menyukarkannya terbang. Pada ketika ini helang perlu
memilih antara MATI atau BERUBAH.
3. Helang perlu terbang ke satu tempat
yg tinggi yang ada jurang dan duduk di situ selama 150 hari. Dalam tempoh itu,
helang perlu mematuk batu bata sehingga paruhnya patah dan tumbuh paruh yang
baru, kemudian dia perlu mencabut kukunya satu persatu hingga tumbuh kuku yang
baru dan apabila tumbuh kukunya, dia perlu mencabut bulu sayap dan tunggu bulu
baru tumbuh.
4. Proses ini terlalu menyakitkan.
Tetapi ia adalah harga bagi sebuah pilihan untuk terus hidup selama 30 tahun
lagi. Ia muncul sebagai seekor helang yang lebih hebat, unggul dan penuh
kebanggaan.
5. Pasca PRU13, kerajaan dan Umno
pimpinan Najib Tun Razak telah mengumumkan Transformasi sebagai janji untuk
mengembalikan sokongan rakyat. Pelbagai pengumuman yang indah-indah dibuat.
6. Transformasi dalam kerajaan
dipakejkan dalam 1 Malaysia. Manakala transformasi dalaman parti tidak
menampakkan sebarang petanda.
7. Sehingga saat ini, rakyat masih
belum nampak hasil sebenar tranformasi beliau.
8. Najib perlu belajar daripada
helang.
9. Ada paruh yang perlu dipatahkan. Ada
kuku yang perlu dicabut dan ada bulu sayap yang perlu ditanggalkan.
No comments:
Post a Comment