Betulkah
Teuku Adnan Teuku Mansor hendak letak jawatan?
Semasa
di lapangan terbang Subang kelmarin dulu saya berjumpa dengan seorang ahli Umno
peringkat bahagian. Kalau tidak salah inilah pertama kali saya berjumpa
dengannya dan bercakap lama dengan beliau. Kelewatan kapal terbang yang hendak
kami naiki memberi peluang saya mendengar ceritanya.
Dia
mengenali saya sebagai seorang penulis dan wartawan. Jadi saya kira apa yang
dia ceritakan adalah jujur dan bukan mengada-ngadakan cerita. Banyak yang
dicerita dalam masa lebih dua jam itu. Kapal kami lewat. Semua cerita
menggambarkan Umno dalam keadaan tenat untuk mengekalkan kuasa hari ini.
Dalam banyak-banyak cerita negatif mengenai Umno itu timbullah soal Setiausaha Agung Umno Teuku Adnan Mansor yang kononnya sakit dan akan melepaskan jawatan. "You tahukan Teuku Adnan sakit," tanya dia kepada saya. Saya menggeleng kepala.
"Dia sakit dan hendak letak jawatan." katanya. Surat perletakan jawatan sudah pun diserahkan kepada Presiden, Najib Razak. Tetapi Najib tahan dulu tunggu sampai selesai perhimpunan agung Umno dua minggu lagi.
Saya mengasak ahli itu apakah sebab musababnya, masakan soal sakit, biasanya orang politik bagaimana sakit sekali pun dia tidak mudah untuk berundur. jawatan dan kuasa adalah ubat bagi orang politik.
Dia mulanya tidak mahu mencerita keadaan Teuku Adnan lebih lanjut, tetapi selepas diasak dia menjawab; "Teuku Adnan juga sudah menghidu yang Umno akan kalah," katanya, menyebabkan saya terperagah.
Sekali lagi berkebetulan semasa balik semalam saya terjumpa pula dengan seorang bakal calon Umno di Kelantan. Sekali lagi kapal terbang yang hendak dinaiki lewat dan memberi kesempatan kami berbual fasal Umno. Di celah-celah perbualan itu saya menyebut fasal Teuku Adnan ingin merisik khabar sejauh mana kebenaran apa yang diceritakan oleh ahli jawatankuasa bahagian itu.
"Betulkah setiausaha agung Umno hendak letak jawatan"? tanya saya.

"Dengarnya begitulah," jawabannya ringkas. Saya tidak mahu memanjangkan persoalan dan mendiamkan diri saja. Bagi saya jawaban yang diberi menerusi bahasa badan itu sudah cukup untuk dijadikan maklumat mengorek perkara ini lebih lanjut.
Sementara itu dari sumber lain pula memberi tahu, katanya Teuku Adnan juga tidak akan mempertahankan kerusi Putrajaya dalam pilihan raya akan datang? Alasan bukan sakit tetapi katanya dia sudah dapat mengesan pegawai kerajaan akan membuat kejutan dalam pilihan raya kali ini. Cerita mengenai Teuku Adnan ini menarik dan perlu diselidiki.
Sumber: http://msomelayu.blogspot.com/
Siapa Tengku Adnan Ini?
"Adnan
dilahirkan di negeri Melaka (asalnya dari Pahang) pada 20.12.1950 pada jam 6.10
pagi dengan surat pendaftaran lahirnya bernombor 100502. Ketika beliau
dilahirkan, namanya ialah Adnan bin Mansor. Pada 20.12.1962, ketika beliau
berusia 12 tahun, Adnan mulai memiliki kad pengenalan bernombor 4079409 atas
nama Adnan bin Mansor juga seperti yang terdapat dalam surat beranak. Sekali
lagi beliau menukar kad pengenalan bagi memenuhi kehendak undang-undang pada
3.3.1969 ketika beliau berusia 18 tahun, namanya masih lagi kekal dengan nama
Adnan bin Mansor.
Tetapi, pada 3.10.1972, Adnan telah mengubah namanya menjadi Tengku Adnan bin Tengku Mansor. Beliau juga telah mengubah nama bapanya dari nama asal Mansor bin Haji Baba kepada Tengku Mansor bin Tengku Haji Baba. Dengan akuan bersumpahnya, beliau membuat perakuan bahawa beliau berasal dari Keluarga DiRaja Melaka. Keluarga beliau menurut katanya berasal dari keluarga beraja.Keluarganya adalah keturunan ke 3 daripada golongan Kerabat DiRaja Melaka.
Pada hari yang sama (3.10.1972), Adnan mendapat kad pengenalan yang baru di mana di atas kad pengenalan baru itu tertara nama ‘Tengku Adnan bin Tengku Mansor’. Lebih kurang 2 tahun kemudian, 2.4.1974, bapanya juga mendapat kad pengenalan baru dengan nama baru Tengku Mohammed Mansor bin Tengku Haji Baba dengan identiti kad pengenalan baru bernombor 3983336
Begitulah dengan mudahnya Adnan menukar identitinya dari orang biasa berpindah ke identiti baru-seorang berketurunan kesultanan Melaka yang hilang telah takhta akibat kezaliman terhadap rakyat. Adnan Tengku celup. Bukan Tengku asal dan tulin. Sesiapa sahaja di Malasia ini boleh menukar identiti dengan mudah termasuk untuk mendapatkan kad pengenalan seperti yang diperolehi rakyat asing dengan satu syarat memberi undi kepada UMNO/BN.
Kesultanan Melaka amat hebat di abad ke 15, Melaka menjadi tumpuan seluruh dunia yang mahu menjalinkan hubungan diplomatik dengannya. Disebabkan Raja-rajanya yang memerintah secara zalim mengikut hawa nafsu, maka Allah s.w.t t telah menghantarkan bala tentera dari luar (Portugal dan Inggeris) meruntuhkan kesultanan Melaka sehingga ke hari ini, Melaka tidak beraja. Jadi, tidak hairanlah sesiapa sahaja yang mengikuti perjalanan hidup Adnan ini penuh dengan misteri.."

No comments:
Post a Comment