Bagaikan
dikejar bayang-bayang sendiri, UMNO dan sekutunya dalam BN semakin hilang arah
apabila mereka sendiri terperangkap dengan permainan isu agama dan politik
apabila terus menerus menuduh DAP sebagai golongan kafir harbi.
Sedangkan,
DAP secara jelas dan tegas menjunjung Perlembagaan Persekutuan yang mengangkat
Islam sebagai agama rasmi negara. Persoalannya, adakah perjuangan mengangkat
Perlembagaan Persekutuan itu “kafir harbi”?
Tindakan
jahat dan keji melabel DAP sebagai “kafir harbi” oleh lidah propaganda UMNO,
Utusan Malaysia memnang disengajakan sedangkan Majlis Fatwa Kebangsaan tidak
pernah mengeluarkan fatwa menggelarkan orang bukan Islam sebagai “kafir harbi”.
Dalam
satu kenyataannya, Setiausaha Agung DAP, Lim Guan Eng berkata, DAP tidak pernah
pun melancarkan perang terhadap Islam sebaliknya kerajaan BN sendiri
bertanggungjawab ke atas pembunuhan orang Islam dalam tragedi berdarah Memali,
Kedah pada 1985.
“Sepertimana
DAP, PAS juga tidak pernah membunuh walaupun seorang bukan Islam atau bukan
Melayu, tetapi masih lagi dijadikan momok yang mengancam keselamatan bukan
Melayu,
“Sebaliknya,
DAP telah kehilangan ahli seperti Teoh Beng Hock yang ditemui mati di
perkarangan Suruhanjaya Pencegah Rasuah Malaysia (SPRM) sementara ahli PAS
telah dibunuh dalam insiden Kampung Memali 1985,” ujar Guan Eng.-Roketkini.com
No comments:
Post a Comment