DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, November 6, 2012

OH…OH..OII POLIS….DUNIA SUDAH NAK KIAMAT-KELAKAR BETUL KAU POLIS



Sepatutnya pihak IPTA kenalah turun padang buat kajian secara terperinci kenapa semangat cintakan institusi raja-raja Melayu semakin luntur hari demi hari dikalangan rakyat berbangsa Melayu generasi muda, lebih-lebih lagi dikalangan generasi muda bukan Melayu. Isu sebegini kerap timbul dari masa ke semasa. Di mana silapnya?
-----------------------------------------------------------------------------------------------------------

Polis Johor buat laporan terhadap M'kini, Insider


Polis Johor membuat dua laporan polis terhadap portal berita Malaysiakini dan The Malaysian Insider berhubung laporan mengenai lelaki yang didakwa menghina Sultan Johor dalam laman sosial Facebook.

Timbalan Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Johor Nor Azizan Anan

berkata lelaki berusia 27 tahun yang bekerja sebagai juruukur bahan itu, ditahan di Wangsa Maju, Kuala Lumpur pada 7.30 malam, Jumaat lalu bagi membantu siasatan.

"... The Malaysian Insider dan Malaysiakini menyiarkan artikel berkaitan penyiasatan dan penahanan berkenaan pada Sabtu dan Ahad lalu," Nor Azizan dipetik sebagai berkata dalam satu kenyataan yang dilapor dalam akhbar Berita Harian.

"... Polis Johor membuat dua laporan polis berhubung artikel berkenaan dan siasatan dijalankan mengikut Seksyen 500 [sic] Kanun Keseksaan."

Seksyen 500 adalah peruntukan denda bagi fitnah yang berunsur jenayah yang mana ia boleh ditafsirkan dalam Seksyen 499 (penulisan), 501 (percetakan) dan 502 (penjualan) sesuatu yang berunsurkan fitnah.

Nor Azizan berkata penulis artikel dan saksi yang dinyatakan dalam artikel berkenaan akan dipanggil untuk memberi keterangan. Bagaimanapun tidak dinyatakan bagaimana kedua-dua portal berita itu mungkin melanggar undang-undang.

Malaysiakini melaporkan pada 3 November lalu bahawa Ahmad Abdul Jalil (kiri) telah ditahan polis di bawah Akta Hasutan.

Satu lagi laporan memetik peguamnya sebagai berkata polis sedang mencari beberapa orang lagi berkaitan dengan pos dalam Facebook tersebut.

Mahkamah majistret Johor Bahru mengarahkan Ahmad dibebaskan daripada tahanan reman semalam tetapi beliau telah ditangkap semula di bawah tuduhan yang berbeza, demikian menurut peguamnya. 

Sumber : Malaysiakini