Rafizi
Terus Bongkar Skandal RM40 Juta Umno Sabah
PUTRAJAYA
5 OKT: Walau berdepan dengan kemungkinan disaman,Pengarah Stretegi PKR, Rafizi
Ramli bersedia untuk terus membongkar skandal RM40 juta yang didakwa Datuk Seri
Nazri Aziz, Datuk Seri Musa Aman dan Michael Chia.
Rafizi
berkata, beliau akan terus mencari bukti bagi mengaitkan penglibatan
ketiga-tiga individu ini walaupun laporan mengenainya sudah diserahkan kepada
Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia(SPRM).
“Saya
sedar bahawa SPRM akan menuntut saya supaya berhenti membuat sebarang kenyataan
sementara siasatan sedang dilakukan namun jika saya menemui beberapa bukti baru
saya akan terus mendedahkannya.
“Saya
bersedia berdepan sebarang kemungkinan walaupun laporan sudah dibuat kepada
SPRM saya fikir jika kedua-dua pihak bekerjasama adalah lebih baik,” katanya.
Beliau
berkata demikian ketika ditemui pemberita sebelum menyerahkan laporan mengenai
ketiga-tiga individu terbabit di hadapan bangunan SPRM di Putrajaya hari ini.
Dalam
pada itu, kandungan laporan itu meminta SPRM supaya membuka fail siasatan di
bawah Akta SPRM 2009, Bahagian IV (Kesalahan dan Penalti)Seksyen 16(a) iaitu
perlakuan rasuah dikira berlaku walaupun suapan itu diterima oleh orang lain
dan manfaatnya dinikmati orang lain.
Terdahulu,
Nazri yang juga Menteri di Jabatan Perdana Menteri yang bertanggungjawab
terhadap SPRM, Parlimen dan undang-undang membuat kenyataan bahawa tiada
sebarang unsur rasuah bagi mengaitkan wang RM40 juta melibatkan jutawan balak
Michael Chia kepada Umno Sabah.
Nazri
dikaitkan memiliki hubungan rapat dengan Michael Chia kerana anaknya Nedim Nazri
menggunakan sebuah kereta mewah jenis Hummer yang didakwa dimiliki oleh jutawan
balak itu.
Menurut
Rafizi, kenyataan Nazri menimbulkan tanda tanya kerana bersungguh-sungguh
mempertahankan Musa Aman yang juga Ketua Menteri Sabah dan membersihkan nama
Michael Chia daripada sebarang dakwaan.
Selain
itu, Rafizi akan mencari bukti-bukti berkaitan skandal itu dengan menemui
beberapa pihak berkaitan di Hongkong termasuk mengadakan perjumpaan bersama
Independent Commission Against Corruption Hong Kong (ICAC) pada minggu hadapan.
“Saya
tidak mahu hanya membuat laporan kepada SPRM dan berharap kita dapat menemui
beberapa fakta berkaitan apabila perbincangan lanjut diadakan kelak,” katanya
lagi.
Pada
2008, Michael Chia pernah ditahan di Lapangan Antarabangsa Hongkong oleh ICAC
kerana membawa wang tunai berjumlah RM40 juta yang didakwa hendak diberikan
kepada Musa Aman.
No comments:
Post a Comment