Oleh : Aspan
Alias
Tok Guru Nik Aziz (TGNA) berkata di
Kelantan semalam yang beliau tidak akan meletakkan jawatan dan berundur kerana
desakan dari pihak-pihak yang tidak kena mengena dengan PAS. Beliau akan
berundur jika desakan itu datangnya dari PAS. TGNA mengulas desakan Ibrahim
Ali, Presiden Perkasa, yang meminta TGNA berundur kerana kesihatan beliau tidak
membolehkan beliau mentadbir negeri Kelantan.
TGNA berkata beliau akan hanya
mempertimbangkan untuk berundur jika PAS mendesak beliau untuk meletakkan
jawatan dan jawapan TGNA ini kepada saya adalah jawapan yang tepat dan benar.
Di Kelantan yang menentukan siapa yang menjadi MB itu adalah PAS kerana rakyat
Kelantan telah memandatkan PAS untuk mentadbir negeri Kelantan sejak tahun 1990
dahulu dan parti-parti serta pihak-pihak yang lain tidak ada hak untuk menuntut
beliau meletakkan jawatan itu.
TGNA adalah seorang MB dan Ketua
yang diberikan tugas untuk memantau kerja-kerja dan tanggungjawab pelaksana,
iaitu pegawai-pegawai kerajaan negeri dilaksanakan dengan baik dan telus. Bagi
saya TGNA adalah benar-benar seorang MB yang difahami dalam erti kata yang
sebenarnya. Beliau tidak masuk campur di dalam pelaksanaan tanggungjawab
kerajaan tetapi ‘accountable’ terhadap apa yang dilakukan oleh pihak pelaksana
iaitu pegawai-pegawai dan penjawat awam di negeri itu.
Beliau tidak bersekongkol dengan
pelaksana yang rasuah seperti yang dilakukan oleh MB-MB di negeri-negeri
tadbiran UMNO. Banyak negeri-negeri tadbiran UMNO pelaksana dan penggubal dasar
termasuk Menteri-Menteri Besar nya mengarah dan masuk campur dalam melaksanakan
tugas dan tanggungjawab dan ia telah membawa kepada kegiatan korupsi yang
meluas.
Jika penggubal dasar terutamanya MB
hanya mengambil tugas sebagai pemantau kepada perlaksanaan dasar-dasar yang
telah di gubal dengan baik, maka budaya
rasuah tidak akan berlaku dengan mudah. Rasuah berlaku di
Kementerian-Kementerian Persekutuan di sebabkan penggubal dasar yang di ketuai
oleh Menteri-Menteri dalam kementerian-kementerian itu tidak melaksanakan tugas
dengan betul, iaitu untuk memantau segala tugas perlaksanaan kementerian itu
dilaksanakan mengikut apa yang telah di gubal.
Sebaliknya menteri-menteri
menyalahgunakan kedudukan mereka dengan bersekongkol untuk melakukan kerja yang
bertentangan dengan tugas yang diamanahkan kepada mereka iaitu untuk
mempastikan pelaksana tidak melakukan rasuah dan sebagainya. Jika
menteri-menteri melaksanakan tugas yang sepatutnya dilakukan tidak mungkin
rasuah berlaku dalam kadar yang sangat membimbangkan sehinggakan rakyat sudah
hilang kepercayaan mereka kepada
penggubal dasar yang diberi mandat oleh mereka.
Bagi TGNA beliau telah memberikan
jawapan dengan betul. Yang penting ialah kesihatan pemikiran bukan setakat
sihat tubuh badan. Jika pemikiran seorang MB seperti TGNA itu masih sihat, tidak ada apa masalah untuk terus menjadi MB
dan pihak UMNO, Perkasa atau pihak-pihak
lain tidak berhak untuk membuat tuntutan untuk beliau berundur.
Ramai pemimpin di dalam UMNO itu
masih sihat tubuh badan mereka tetapi pemikiran mereka telah uzur. Jika mereka
masih mempunyai pemikiran yang tidak uzur, segala rasuah dan salah guna kuasa
tidak akan berlaku. Pemimpin yang rasuah itu melambangkan pemikiran yang tidak
sihat. Jika pemikiran mereka sihat mereka akan tahu yang rasuah itu salah dan
pemikiran yang sihat akan memberitahu mereka yang rasuah itu amat bersalahan
dengan syariat agama dan satu dosa yang amat besar di sisi Tuhan. Itu sebabnya saya berulangkali mengingatkan
semua yang pemakan rasuah itu sama lah seperti orang yang memakan daging
saudaranya sendiri.
Bagi saya TGNA adalah seorang
pemimpin yang paling sihat kerana beliau masih mempunyai pemikiran yang kuat
untuk memberitahu beliau dan kepimpinan beliau itu yang rasuah itu adalah
kesalahan besar. Sesungguhnya pemimpin-pemimpin UMNO lah yang sudah uzur kerana
tidak dapat menahan dari melakukan rasuah besar-besaran.
Pemikiran TGNA masih terlalu sihat
kerana beliau tidak mahu tunduk kepada desakan untuk membuat kekayaan dan duduk
di rumah-rumah yang besar dan berglamor. TGNA masih sihat pemiran beliau kerana
beliau tidak membelikan isteri beliau cincin yang puluhan juta harganya.
TGNA tidak menggunakan wang rakyat
untuk membayar bil kenduri perkahwinan anak beliau dan tidak berbelanjakan wang
rakyat untuk mengadakan majlis sambutan hari jadi beliau. TGNA tidak terlibat
dalam isu ber‘dating’ dengan teman wanita dengan membayar wang sejumlah ratusan
ribu ringgit setiap kali ber’dating’ seperti yang dilakukan oleh seorang
Menteri Persekutuan. Setakat yang kita semua tahu TGNA tidak ada teman wanita
di luar rumah.
Pemikiran TGNA masih sihat kerana
beliau tidak pergi berpeleseran di pusat-pusat karaoke dan membayar GRO-GRO
dengan menggunakan wang rakyat dan beliau tidak pernah pun pergi bersukaria di
pusat-pusat hiburan tempatan atau antarabangsa.
TGNA tidak seperti seorang MB yang
kurang sihat pemikirannya yang terlibat dengan jenayah menghantar wang sebanyak
RM10 juta ke-London melalui sebuah pengurup wang yang begitu ‘dubious’
kedudukannya.
Jika kita timbang-timbang dengan
secebis tulisan saya ini kita boleh membuat andaian yang ‘conclusive’ yang TGNA
adalah seorang pemimpin yang paling sihat dan belum uzur lagi. Disebaliknya
pimpinan BN dan UMNO lah kumpulan pemimpin yang telah uzur kerana mereka tidak
dapat menggunakan pemikiran mereka untuk menentukan yang mana satu yang tidak
baik dan yang mana satu yang baik untuk dilakukan atau untuk tidak dilakukan.
Oleh kerana keuzuran pemikiran
pimpinan BN dan UMNO inilah yang menyebabkan kerajaan pada hari ini menjadi
persoalan besar oleh rakyat jelata.
Bagi saya, secara peribadi TGNA
perlu terus bertanding dalam PRU ini kerana tidak ramai lagi pemimpin yang
masih sihat seperti TGNA dan Tok Guru Hadi Awang dan beberapa orang pimpinan
besar dalam DAP dan parti-parti yang lain. Mereka ini masih sihat kerana tahu
yang mana baik dan yang mana buruk.
Pendeknya kalau kita hendak tahu
mana satu pemimpin yang masih sihat ialah mereka yang belum terlibat dengan
banyak dosa dan noda yang memercukan syariat agama dengan sesungguhnya.
Sesiapa yang tidak memercukan
syariat yang diperintah Tuhan itu adalah mereka yang tidak sihat dan perlu
direhatkan untuk membina kembali kesihatan mereka mengikut sudut agama dan
syariat agama yang kita anuti.
Salah satu dari sebab PAS mendapat
sokongan ramai hari ini ialah kerana kesihatan kepimpinan dan pemikiran
pemimpin mereka. Kerana kesihatan pemikiran mereka itulah rakyat sedang
berlumba-lumba untuk menyokong pemimpin-pemimpin yang sihat sekarang ini.
Baca juga artikel di bawah
:
No comments:
Post a Comment