ALOR
SETAR – Ahli-ahli majlis PBT Kedah (lantikan politik) akan membuat laporan
polis yang kedua pada minggu ini berhubung isu permohonan tanah oleh syarikat
Tirai Sutera (M) Sdn.Bhd. di kawasan Bandar Kuah, Langkawi.
Menurut
Ir Mohd Jamal Nasir, Ahli Jawatankuasa Sekretariat Ahli-Ahli Majlis PBT Kedah
(KLCS), pihak akan membuat laporan polis kedua ke atas Datuk Rasli pada Khamis
ini.
Katanya,
kali ini pihaknya akan membuat laporan berhubung isu permohonan sebidang tanah
oleh syarikat Tirai Sutera (M) Sdn.Bhd. di Lot PT. 1501, Sekyen 6 di kawasan
Bandar Kuah, Langkawai Kedah Darul Aman, dimana syarikat berkenaan didakwa
mempunyai hubungan keluarga rapat dengan Datuk Rasli sendiri.
Sumber
dari Pejabat Tanah Langkawi, anggaran keluasan tanah tersebut ialah 1817 meter
persegi (19,558 kaki persegi), dianggarkan bernilai hampir RM 1 juta. Tanah
berkenaan adalah tanah bandar, Luar Simpanan Melayu berada di kawasan
perkhidmatan Majlis Perbandaran Langkawi, ia terletak bertumpu dengan lot-lot
hakmilik bersebelahan dengan Hotel Grand Continental, Langkawi.
Mohd
Jamal berkata, tujuan laporan ini untuk membolehkan pihak polis membuat
siasatan sejauh mana penglibatan dan penyalahgunaan kuasa oleh Datuk Rasli
sebagai Setiausaha Kerajaan dan pihak-pihak lain di dalam isu ini. Ini kerana,
kami mendapati terdapat kecurigaan dan manipulasi kuasa oleh pihak berkenaan
tentang proses permohonan tanah tersebut.
Katanya,
dakwaan kami berasaskan beberapa dokumen berkaitan permohonan tersebut, akan
diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan selanjutnya. Berdasarkan kefahaman
kami bahawa ia menjurus kepada penyalahgunaan kuasa dan manipulasi di atas
kedudukannya sebagai Setiausaha Kerajaan”.
“Difahamkan
Bahagian Pembangunan dan Penguatkuasaan, Tanah dan Galian Negeri Kedah terlibat
menyediakan kertas kerja tujuan untuk pertimbangan kelulusan Majlis Mesyuarat
Kerajaan (MKK), katanya.
Maksud
kertas kerja ialah mendapatkan kelulusan exco ke atas permohonan tanah tersebut
untuk tujuan tapak kediaman kakitangan syarikat Tirai Sutera (M) Sdn.Bhd.
Namun,
terserahlah kepada pihak polis untuk mengklasifikasi laporan kami di bawah
kesalahan jenis apa… tanggungjawab kami membuat laporan supaya boleh dibuat
siasatan, katanya lagi.
Katanya
lagi, sekiranya Datuk Rasli melakukan penyalahgunaan kuasa dan perlanggaran
mana-mana undang-undang berkaitan kedudukannya, maka tindakan undang-undang
hendaklah di ambil ke atasnya bersesuian dengan undang-undang yang berjalan di
Malaysia, sekali gus ia akan menjadi pengajaran kepada pihak lain supaya
menjalankan tugas dengan amanah, telus dan beretika.
Sebelum
ini, seramai 11 orang ahli-ahli majlis PBT Kedah telah membuat laporan polis
berhubung isu Pulau Bumbun Besar, Langkawi yang didakwa berlaku penyalahgunaan
kuasa oleh Datuk Rasli.Walau bagaimanapun, Menteri Besar Kedah (kelmarin) telah
menyangkal dakwaan tersebut kerana fakta tidak tepat.
No comments:
Post a Comment