DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Wednesday, October 31, 2012

MP HULU SELANGOR TIMBANG SAMAN EXCO SELANGOR



KUALA LUMPUR - Ahli Parlimen Hulu Selangor P. Kamalanathan dari MIC tidak akan teragak-agak untuk mengambil tindakan perundangan ke atas Exco Selangor, Ronnie Liu sekiranya beliau enggan membuat permohonan maaf dalam masa terdekat berhubung isu projek kondominium di Batu Caves.

"Saya pun ada tahap kesabaran saya. Kalau saya tidak dengar apa-apa permohonan maaf daripada beliau, saya akan mulakan tindakan perundangan," katanya kepada Sinar Harian Online.

Liu ketika dihubungi pagi tadi berkata, "isu minta maaf tidak berbangkit".

Bahkan katanya, beliau langsung tidak menyebut nama Kamalanathan berhubung isu projek pembinaan kondominium 29 tingkat itu.
"Saya tidak sebut nama dia, kalau orang lain sebut, suruh orang itu yang minta maaf. Saya hanya sebut orang MIC. Saya pun tidak tahu siapa orang MIC yang jadi anggota Majlis Perbandaran Selayang (MPS)," ujar Liu.

Ketika ditanya penafian Liu itu, Kamalanathan menunjukkan laporan sebuah portal bertarikh 23 Oktober lalu.

Dalam laporan itu, Liu pada satu sidang media selepas melawat tapak projek berkenaan dilaporkan memberitahu wartawan, Kamalanathan dan Pengerusi Gerakan Selangor A.Kohilan Pillay - yang ketika itu antara Ahli Majlis MPS telah meluluskan cadangan projek berkenaan pada 2007.
"Bagus, mudah kerja saya (kalau dia kata tak sebut nama). Apa nak dibuktikan lagi. Dia fitnah saya, dia menipu," tegas Kamalanathan.

"Awak tanya dia betul atau tidak YB pada satu sidang media pada 23 Oktober 2012 ada menyebut nama saya, kalau dia tetap kata tidak ada, mudah kerja saya," katanya lagi.

Satu laporan polis sudah dibuat ke atas Liu oleh pegawai beliau di Balai Polis Brickfields, sehari selepas Liu didakwa berkata demikian supaya siasatan dapat dilakukan.

Sementara itu, Liu yang dihubungi Sinar Harian Online sekali lagi menegaskan bahawa beliau langsung tidak menyebut nama Kamalanathan pada sidang media yang dimaksudkan.

"Saya memang tidak sebut nama dia," katanya lagi sambil menambah, kemungkinan portal berkenaan telah salah memetik beliau.

Liu bagaimanapun memberi amaran berikut, "permohonan projek itu bila?"

"Permohonan tahun 2006. Dia jangan pandai-pandai sangat, dia kena jaga-jaga. Saya sedang cari dokumen bila permohonan projek itu dibuat," jawab Liu lagi.

Kamalanathan menjadi anggota MPS pada 2004 hingga 2006.

Sumber : Sinar Harian

No comments: