DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Wednesday, October 31, 2012

MBPJ BAWA KES TUKAR DATUK BANDAR KE MAHKAMAH



Majlis Bandaraya Petaling Jaya (MBPJ) telah memutuskan untuk membawa kes pertukaran kontroversi Datuk Bandar, Datuk Mohamad Roslan Sakiman, ke mahkamah untuk semakan kehakiman.

Keputusan sebulat suara itu dicapai dalam satu mesyuarat khas semalam, yang dihadiri oleh semua 24 ahli majlis tersebut.

Menurut akhbar Sinar Harian, mesyuarat itu bersetuju menubuhkan jawatankuasa khas yang diketuai ahli Majlis Khairul Anwar Ahmad Zainnuddin untuk membawa perkara itu ke mahkamah.


Ahli Majlis, Derek Fernandez memberitahu akhbar tersebut bahawa MBPJ juga akan menulis kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) bagi mendapatkan penjelasan berhubung pertukaran Roslan (kiri) walaupun kerajaan negeri Selangor baru sahaja melanjutkan kontrak perkhidmatannya sebagai Datuk Bandar.


Akhbar itu memetik Derek sebagai berkata, jika JPA gagal memberikan jawapan yang kukuh, maka perkara itu akan dibawa ke mahkamah.

Menurutnya, permohonan itu akan difailkan secepat mungkin untuk mendapatkan perisytiharan mahkamah bahawa Datuk Bandar adalah pegawai lantikan kerajaan negeri dan oleh itu, tidak boleh dipindahkan tanpa persetujuan negeri.


No comments: