KUALA
LANGAT: Bekas Presiden MIC, Datuk Seri S
Samy Vellu individu yang bertanggungjawab meluluskan Kondominium Batu Caves
sekaligus menepis kontroversi Umno BN mengatakan kononnya pembinaan projek itu
diluluskan Kerajaan Selangor sekarang.
Mendedahkannya
pada ceramah Merdeka Rakyat di sini malam tadi, Ketua Umum KEADILAN, Datuk Seri
Anwar Ibrahim berkata, pembinaan dua blok kondominium 29 tingkat berhampiran
Kuil Sri Subramaniar Swamy itu mendapat kelulusan MIC dan Umno pada 2007.
Beliau
menempelak pemimpin MIC kerana menipu rakyat India, malah meletak kesalahan ke
atas Kerajaan Selangor.
Ia
ekoran tindakan Samy berdemonstrasi bersama masyarakat India pada 26 Oktober
lalu kononnya membantah pembinaan kondominium tersebut.
“Samy
Vellu buat tunjuk perasaan, padahal dia yang luluskan projek pada 2007, ingat
Tuhan dia tidak tahu? Sudahlah tipu rakyat, Tuhan pun dia nak tipu,” kata Ketua
Pembangkang.
“Lepas
itu mereka cabar Menteri Besar hentikan pembinaan, saya beritahu Khalid
(Ibrahim), kita jangan ikut kata mereka dulu, kita siasat, cari siapa yang
luluskan dan kita dakwa orang yang bertanggungjawab,” tegasnya disambut tepukan
gemuruh lebih 5,000 penduduk Kuala Langat.
Sebelum
ini, Exco Selangor, Dr Xavier Jayakumar menjelaskan, kelulusan pembinaan
kondominium itu dikeluarkan oleh pihak majlis pada 31 Mei 2008 manakala ahli
majlis baru di bawah Pakatan mengangkat sumpah pada 5 Julai 2008.
“MIC
dah dapat duit hasil penjualan tanah kuil dan luluskan projek yang menyalahi peraturan
alam sekitar dengan ketinggian 29 tingkat, sekarang nak lepaskan diri tuduh
kita pula, nak suruh kita bayar. Kepada rakyat India, usahlah sokong lagi
pemimpin penipu seperti ini,” kata Anwar.
Semalam
di Parlimen, Khalid mengumumkan penubuhan pasukan petugas bebas untuk menyiasat
isu berkaitan pembinaan kondominium tersebut.
“Kami
mahu tunjukkan kepada rakyat bahawa kami telus membuat keputusan, jadi kami
akan menubuhkan jawatankuasa bertindak khas yang akan diketuai seorang bekas
hakim,” katanya.
Sumber
: Harakahdaily
No comments:
Post a Comment