Panduan
Himpunan Aman di Wisma Darul Aman
ALOR
SETAR – Sekretariat Ahli-Ahli Majlis PBT Kedah (KLCS) selaku penganjur program
himpunan aman desak, duduk dan riadah di perkarangan letak kereta Wisma Darul
Aman pada 1 November depan meminta supaya peserta yang hadir mematuhi arahan-arahan
yang dikeluarkan.
Program
tersebut diadakan untuk mendesak Datuk Paduka Rasli Bin Basir, Setiausaha
Kerajaan Negeri Kedah meletakkan jawatannya.
Menurut
Nordin Ahmad, jurucakap KLCS, penyelaras lokasi perhimpunan aman tersebut, para
peserta himpunan aman di minta mematuhi peraturan-peraturan yang dikeluarkan
oleh penganjur bagi mengelakkan berlakunya kesulitan serta gangguan perjalanan
himpunan yang diadakan.
Ini
kerana, konsep himpunan aman kali ini ialah para peserta akan duduk dan riadah
di kawasan lapang menjalankan aktiviti dotetapkan penganjur dan sebahagian pula
berdiri memegang sepanduk mendesak Datuk Rasli Bin Basir meletakkan jawatan di
pinggir jalan berhadapan Wisma Darul Aman.
Sehubungan
itu, Nordin berkata, para peserta di minta datang lebih awal di lokasi himpunan
diadakan serta meletakkan kenderaan di tempat yang dibenarkan sahaja supaya
tidak menganggu laluan trafik. Dicadangkan juga peserta himpunan datang secara
berkongsi kenderaan supaya ia dapat mengurangkan jumlah kenderaan di tempat
himpunan diadakan.
Di
samping, pihak penganjur juga meminta peserta himpunan membawa sepanduk
masing-masing yang bertulis ayat-ayat yang menjurus kepada desakan Datuk Paduka
Rasli meletak jawatan. Bagi peserta di kalangan ahli-ahli majlis, mereka diminta
berpakaian rasmi lengkap dan peserta kalangan MKK dan NGO mereka disyorkan
memakai pakaian kerja ataupun batik pada hari berkenaan.
Bagi
memastikan para peserta selesa, pihak penganjur ingin menyarankan mereka
membawa sama tikar atau alas tempat duduk, makanan dan minuman kerana himpunan
ini berjalan secara duduk selama 2 jam bermula tepat jam 10 pagi.
Sehubungan
itu, pihak penganjur telah merangka beberapa aktiviti yang akan dijalankan di
dalam himpunan aman tersebut seperti bacaan yasin (peserta beragama Islam),
ceramah dalam kelompok dan lain-lain.
Nordin
berkata, pihak penganjur menganggarkan jumlah peserta yang hadir di perhimpunan
aman tersebut sekitar 1000-1500 orang. Walau bagaimanapun, sekiranya jumlah
kehadiran melebihi jangkaan, ia tidak menjadi masalah kerana kawasan lapang
depan Wisma Darul Aman masih luas dan sesuai untuk peserta himpunan duduk.
Sehubungan
itu, pihak penganjur amat mengharapkan para peserta memberi perhatian dan
kerjasama yang baik tentang peraturan yang ditetapkan serta mengutamakan
keselamatan orang lain ketika himpunan aman dijalankan. Di samping, kita (pihak
penganjur) juga mengharapkan akan dapat kerjasama yang baik dari pihak polis
bagi melancarkan perjalanan lalulintas dan keselamatan orang lain, seperti
himpunan yang telah diadakan sebelum ini kata Nordin.
No comments:
Post a Comment