Sultan
Muhammad V kunjungi TG Nik Aziz
KOTA
BHARU: Sultan Kelantan, Sultan Muhammad
Ke-V petang tadi mengunjungi Menteri Besar, Tuan Guru Datuk Nik Abdul Aziz Nik
Mat di Pulau Melaka.
Sultan
Kelantan yang julung kali mengunjungi Tuan Guru tiba di Pulau Melaka tepat
waktu Asar dan baginda berkesempatan menunaikan solat itu di Masjid Pulau
Melaka.
Pada
kesempatan itu juga, Tuanku bersalaman dengan orang ramai yang turut menunaikan
solat Asar.
Keberangkatan
baginda ke masjid itu, merupakan kali kedua selepas 15 tahun dahulu ketika
menjadi Tengku Mahkota Kelantan.
Sejurus
kemudian baginda berangkat ke kediaman Tuan Guru untuk bertanya khabar tentang
kesihatan Tuan Guru memandangkan baginda tidak berkesempatan menziarahinya
sewaktu berehat di Hospital Sains Kubang Kerian minggu lalu.
Turut
berangkat Tengku Mahkota Kelantan, Tengku Muhammad Fa-iz Petra.
Hadir
sama Ketua Istiadat Istana, Datuk Abdul Halim Hamad.
Isteri
Tuan Guru, Datin Tuan Sabariah Tuan Ishak, turut beramah mesra dengan Tuanku
berdua.
Tuan
Guru ketika ditemui menjunjung kasih di atas keberangkatan baginda berdua ke
kediaman peribadinya untuk bertanya khabar.
Menurutnya,
semoga dengan keprihatinan Tuanku akan memakmurkan lagi negeri dan rakyat
sejahtera di bawah penerintahan baginda.
“Saya
sendiri membaca doa khas untuk tuanku dan usrah diraja semua agar sentiasa
sejahtera serta dilindungi Allah. Saya harap rakyat juga mendoakan
kesejahteraan baginda.
“Saya
sayang nak baiki rumah ni, sebab tuanku dah sampai rumah saya ni,” ujarnya
ceria.
Tuanku
sebelum berangkat pulang kira-kira jam 5.25 petang, sempat bergambar kenangan
bersama sebahagian cucu Tuan Guru dan isteri di pekarangan kediamannya.
No comments:
Post a Comment