Hasrat
mahasiswa untuk menyaksikan debat antara Datuk Seri Anwar Ibrahim dan Datuk
Seri Najib Razak wajar dihormati dan dipenuhi, kata Ketua Penerangan KEADILAN,
Dr Muhammad Nur Manuty.
Katanya,
debat adalah sebaik-baik tradisi dalam negara demokrasi kerana pemimpin boleh
bertukar pandangan dalam usaha menyuburkan sistem itu.
“Mahasiswa
merupakan golongan yang telah dididik dengan pelbagai kemahiran dan cara
berfikir yang lebih tinggi, justeru mereka memilih medan intelektual untuk
berlawan, bukan dengan politik ganas,” jelas Pengerusi KEADILAN Perak itu
ketika dihubungi.
Kajian
yang dibuat oleh Universiti Malaya (UM) menunjukkan 72% mahasiswa mahu debat
antara Ketua Pembangkang dan Perdana Menteri diadakan, Manakala hanya 17% tidak
bersetuju dan 11% tidak pasti.
Selain
itu, populariti Najib juga menurun dari 61% pada Mac lalu kepada 58% pada
September 2012.
Hasil
kajian turut menunjukkan sokongan ke atas Pakatan Rakyat meningkat sekarang
berbanding kajian yang dibuat pada awal tahun ini.
Pada
17 Oktober lalu, Anwar mencabar Najib berdebat secara terbuka mengenai
kedudukan ekonomi dan Belanjawan 2012 ekoran kritikan Najib terhadap Belanjawan
Pakatan Rakyat kononnya tidak memahami kehendak rakyat.
Anwar
berkata, debat itu harus diadakan segera dan secara terbuka kerana perbahasan
belanjawan di Parlimen tidak mendapat liputan meluas.
Namun,
hingga kini, Najib terus mengelak.
“Golongan
muda mahu pemimpin mereka berdebat, tetapi pemimpin pula menolak dengan
pelbagai alasan dangkal dan remeh, malulah…,” kata Muhammad Nur sinis.
No comments:
Post a Comment