DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Friday, July 6, 2012

RAFIZI DISIASAT,.. NAJIB LINDUNGI



Beberapa hari lalu Rafizi Ramli telah mendedahkan penyelewengan dalam skandal LRT Ampang yang melibatkan Perdana Menteri, malangnya Pengarah Strategi PKR itu telah disiasat di bawah Akta Rahsia Rasmi (OSA).


Ini jelas menunjukkan bahawa siasatan pihak polis terhadap Rafizi adalah bertujuan untuk melindungi pihak bekuasa khas Perdana Menteri daripada disabitkan. Dalam masa yang sama  ia juga bertujuan untuk menakut-nakutkan Rafizi dan Pakatan Rakyat! 

Itulah sikap dan pendirian PDRM sejak dulu.  Mereka dilihat lebih berminat mempertahankan OSA, (satu undang-undang zalim melindungi sang penguasa) daripada menyelongkar penyelewengan dipihak berkuasa yang melibatkan pemimpin Umno. Sikap tidak profersional mereka ini tidak akan berubah selagi negara diperintah oleh rejim UmnoBn.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah,  Bakri Zinin dalam satu kenyataan,  mengumumkan bahawa Rafizi Ramli sedang disiasat di bawah  Akta Rahsia Rasmi (OSA) kerana mendedahkan dokumen sulit kerajaan. Betul, memang  sebelum ini Rafizi mendedahkan tender projek LRT tersebut telah diberikan kepada pembida yang tidak berkelayakan iaitu George Kent yang juga melibatkan Perdana Menteri Najib Tun Razak.

Satu bentuk kesalahan atau penyelewengan telah dilakukan pemimpin Umno, kenapa si pengadu pula yang ditahan dan disoal siasat?  Polis sepatutnya menyiasat peranan Najib sebagai suspek dalam kontrak pembinaan tambahan LRT laluan Ampang itu!  bukan cuba melindunginya !   

1 comment:

Amuraria said...

INILAH KERJA HARAM JADAH ! ABU AJA JAWAPANNYA!