Oleh : Aspan
Alias
Terlalu
banyak spekulasi tentang pilihanraya umum yang telah tertangguh sebegitu lama..
Najib akhirnya merupakan satu-satunya PM dalam sejarah negara yang tidak
memanggil pilihanraya untuk mendapatkan mandat dan ‘endorsement’ tentang
kepimpinannya. Sekali gus Najib merupakan seorang PM yang paling lemah dalam
sejarah negara merdeka kita.
Selemah-lemah
Pak Lah, beliau berani memanggil pilihanraya dalam tempoh lima bulan untuk
mendapatkan ‘endorsement’ rakyat dan beliau telah mendapat meraih 90% sokongan
dalam Dewan Legislatif semasa pilihanraya yang ke11 yang lalu. Peratusan itu
hampir sama dengan pilihanraya 1955 dalam mana Perikatan hanya kalah satu
kerusi di Pulau Pinang yang ditandingi oleh Sulaiman Palestin.
Mandat yang
ada pada hari ini merupakan mandat Pak Lah. Baik buruknya Pak Lah mempunyai
kredibiliti yang lebih baik dari Najib sekarang ini. Pak Lah seorang yang
berani memanggil pilihanraya walau pun beliau dalam ‘tidur’. Setidak-tidaknya
Pak Lah dapat mempertahankan kuasa BN walaupun kehilangan kemenangan tradisi
2/3 di Dewan Parlimen.
Sesungguhnya
tindakan Najib menangguhkan pilihanraya merupakan tindakan yang betul. Kenapa
betul? Jika dipanggil sekarang pun UMNO/BN akan tewas, jika dipanggil setelah
penggal ini tamat pun UMNO/BN akan kalah. Beliau tahu itu. UMNO/BN sememangnya
tidak lagi mempunyai formula baik untuk mempertahankan kuasanya kerana persepsi
rakyat yang UMNO/BN itu parti yang sudah luntur sudah menjadi stigma dan
melekat dalam pemikiran rakyat khususnya dari yang muda-muda.
UMNO Baru
tidak mungkin boleh bertahan kerana untuk memperkuatkan kubu pertahanan UMNO,
ia berkehendakan pengorbanan semua barisan kepimpinan yang adalah dalam Majlis
Tertinggi parti dan kerajaan. Caranya ialah dengan Najib, Muhyiddin serta semua
pimpinan pusat berhenti dan mencari seorang pemimpin lain untuk membawa UMNO
untuk perubahan. Walaupun ia boleh dilakukan sekarang tetapi pimpinan pada hari
ini mempunyai ‘lubang-lubang’ yang besar yang sulit untuk ditutupi oleh
sesiapa.
Saya selalu
memberikan kritikan ini semasa bergiat dalam parti itu tiga puluh tahun dahulu.
Kita telah memohon kepada kepimpinan semasa itu Dr Mahathir Mohamad supaya
mengenepikan pemimpin-pemimpin yang tidak elok kerana semasa itu belum seramai
ini pemimpin yang tidak berkelakuan baik. UMNO lalai dan tidak mahu melakukan
pembersihan awal, kerana Dr Mahathir lebih mementingkan untuk berkuasa
lama-lama. Asalkan mereka memberikan sokongan kepada beliau, mereka (pemimpin-pemimpin
tidak berguna) masih kekal dalam barisan pimpinan beliau (Mahathir)
Kalau
Mahathir jujur dengan negara dan parti, pertamanya kita tidak akan mendapat
pemimpin seperti Pak Lah untuk memimpin kita dan juga Najib untuk menggantikan
Pak Lah. Sekarang berani kah kita memberikan mandat kepada Muhyiddin jika Najib
berhenti dan bersara? Tanyalah orang ramai yang jujur memberikan
pandangan. Kita akan mendapat jawapan
yang jika Muhyiddin mengambil alih keadaan akan lebih teruk lagi.
Mahathir
telah menukar ‘mould’ kepimpinan negara. Sesiapa sahaja yang datang dari
‘mould’ yang sama tidak akan mampu membawa perubahan. Jika UMNO Baru berani
bertindak parti itu mesti berani untuk mencari seorang pemimpin lain dari UMNO
Baru yang tidak dibentuk oleh ‘mould’ yang dibina oleh Mahathir. Tetapi jika
kita memberikan pandangan seperti itu penyokong UMNO akan marah kerana mereka
juga adalah dari ‘mould’ yang sama.
Justeru itu,
UMNO Baru tidak mungkin berjaya mempertahankan kerusi yang sedia ada, jauh
sekali untuk menambah dan merampas kembali dari yang dimenangi oleh pembangkang
sebelum ini. Rakyat sudah merasa jelak dengan UMNO Baru dan perangainya. Itulah
sebabnya yang muda-muda memilih untuk menyertai Pakatan Rakyat kerana mereka
tahu nasib mereka lebih baik dari berada dalam UMNO/BN,
Orang ramai
tahu tidak ada parti yang ‘perfect’ tetapi UMNO dan BN terlalu lemah dan tidak
berkualiti lagi. Itu sebabnya saya selalu sangat berkata. ‘the worst of Pakatan
Rakyat is lot better than the best of BN’.
BN
sepatutnya memahami kehendak rakyat tetapi pimpinan mereka tidak dapat langsung
mengawal diri mereka untuk mengelak dari melakukan perkara-perkara yang dibenci
rakyat. Pimpinan BN sudah begitu ketagih dengan salahguna kuasa dan mengambil
semua kesempatan untuk mengelirukan rakyat bagi kepentingan peribadi mereka.
Pimpinan
UMNO/BN terlalu ketinggalan zaman kerana mereka tidak menyedari yang rakyat
sedang memerhatikan setiap gelagat mereka dan mereka telah jauh kehadapan dalam
pemikiran mereka. Pimpinan UMNO/BN masih lagi menyanyikan lagu-lagu lama yang
berlirikkan ungkitan dan mengenang jasa, isu yang sudah basi dan tidak dapat
diterima oleh rakyat lagi. Masakan rakyat mahu menyokong orang yang berjasa
semasa dahulu jika orang itu bertindak merogol dan memunah ranahkan kita.
Bagi rakyat,
sudah nampak jelas yang mereka telah mengambil keputusan. UMNO/BN perlu duduk
dibelakang buat lima tahun ini. Perbaiki parti dan kembali berjuang selepas
segala yang buruk itu sudah tiada lagi dalam UMNO/BN.
Tetapi pula,
saya pernah berkata yang UMNO/BN diibaratkan seperti ayam daging. Apabila
keluar sahaja dari reban ia tidak dapat menempuh kehidupan lagi. Ayam-ayam itu
akan mati kerana selalunya mereka disuapkan makanan tidak berhenti-henti. PAS
dan DAP pula di ibaratkan sebagai ayam kampung, sudah biasa untuk mencari
makanan sendiri.
Bagi
UMNO/BN, satu-satunya peluang untuk menjadi parti yang relevan, ia perlu
mencari kepimpinan baru yang tidak terbentuk dalam ‘mould’ yang dibina oleh Dr
Mahathir. Selagi pimpinan dari ‘mould’ yang ada pada hari ini seperti Najib,
Muhyiddin dan lain-lain UMNO/BN akan menjadi sejarah yang sangat enak dibaca
oleh generasi yang akan datang.
Kita mesti
ingat, yang dialami oleh UMNO sekarang ialah krisis keyakinan yang terlalu buruk
dan tidak mungkin barisan yang mengalami krisis ini akan berjaya membawa
apa-apa perubahan dan transforsi.
Ingat
kata-kata saya ini; ‘If you want to break anything give the job to UMNO. If you
want to make it worst, get UMNO to fix it back”
No comments:
Post a Comment