Blog
pengarah strategi PKR, Rafizi Ramli yang beralamat www.rafiziramli.com disedari
digodam oleh pemiliknya bermula pukul 11 pagi tadi.
Rafizi meningkat naik dalam PKR dan Pakatan Rakyat (PR) berikutan dengan pendedahan skandal NFC sehingga menyebabkan, menteri pembangunan wanita, keluarga dan masyarakat, Datuk Seri Shahrizat Jalil terpaksa meletak jawatan.
Pengarah strategi PKR itu percaya, blognya digodam akibat daripada dokumen-dokumen sulit - dimuat naik ke blognya termasuk membabitkan minit mesyuarat yang ditandatangani oleh perdana menteri, Datuk Seri Najib Razak dan dokumen-dokumen kementerian kewangan.
“Saya
percaya serangan terhadap blog saya akibat daripada dokumen-dokumen yang dimuat
naik berkaitan dengan kerja-kerja pembinaan tambahan LRT laluan Ampang.
“Saya sudah hubungi syarikat teknikal yang menguruskan server dan mereka sahkan blog digodam dan sedang mencuba untuk menyelamatkan data-data blog hasil kerja keras selama dua tahun,” kata Rafizi Ramli yang bakal menjadi calon PKR di kerusi parlimen Pandan.
Percubaan The Malaysian Insider untuk melayari blog Rafizi membuktikan laman tersebut digodam dan “Amaran: Melawat laman web ini boleh memusnahkan komputer anda” turut keluar.

No comments:
Post a Comment