KUALA LUMPUR- Siasatan polis setakat ini menunjukkan tiada unsur pecah amanah dalam projek ternakan lembu kontroversial Pusat Fidlot Kebangsaan (NFC) yang dikaitkan dengan keluarga Datuk Seri Shahrizat Abdul Jalil.
Timbalan Ketua Polis Negara Datuk Seri Khalid Abu Bakar berkata pihak polis telah pun menyoal siasat 74 orang berhubung aduan berkenaan projek itu termasuk anggota keluarga Menteri Pembangunan Wanita, Keluarga dan Masyarakat.
“Bagaimanapun kami meneruskan siasatan berkenaan isu ini dan akan memanggil menteri (Sharizat) untuk merakamkan kenyataan beliau jika diperlukan,” kata beliau kepada pemberita di Sungai Buloh, dipetik Star Online hari ini.
Polis memulakan siasatan selepas aduan berkenaan dipindahkan kepada mereka oleh Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia dua minggu lalu.
Sumber : TheMalaysianInsider
Ulasan :
Tiada seorang pun rakyat Malaysia yang merasa terkejut dengan kenyataan yang dikeluarkan oleh TKPN itu.
Semua orang sudah menjangkakannya. Saya sudah banyak kali membuat ulasan ( baca : DI SINI, DI SINI , DI SINI dan DI SINI ) bahawa Shahrizat dan suaminya akan selamat dan bebas bukan berasaskan (siasatan polis) ada atau tidak unsur-unsur penyelewengan, tetapi lebih kepada usaha untuk memadamkan kes penyelewengan ini (kerana Shahrizat dan suami = Najib dan Rosmah) yang terbesar pada tahun 2011 ini.
Rasa hendak tergelak pun ada kerana begitu banyak bukti-bukti yang diberi pihak polis kata nahi..nahi…tarak ada tahi (shit) oii (rakyat tahu kerana mereka sebenarnya takut pada Najib dan Muhyiddin yang awal-awal lagi menafikan ada penyelewengan dalam kes NFC ini, jadi pihak polis takut untuk memutarkan balik jarum jam itu, walau pun ada sedikit sebanyak ada unsur-unsur penyeleweng membaham RM250 juta diut rakyat, terpaksalah menyembah UMNO, kalau tidak, tidaklah boleh tolong kempen bermati-matian untuk UMNO)
Saya suka bayangkan sekiranya ia berlaku kepada Khalid Ibrahim, MB Selangor dan EXCO-EXCOnya (juga para pemimpin di negeri-negeri PR yang memerintah) saya berani bersumpah dengan nama Allah swt, kenyataan TKPN tentu bunyinya lain daripada kenyataan yang dikeluarkan itu. Sama-sama fahamlah siapa pasukan polis kita sebenarnya.
Rakyat Malaysia akan bertambah susah dan tertekan teramat sangat apabila perlaksanaan dan penguatkuasaan UU Perhimpunan Aman (yang sebenarnya tidak aman). Kita akan dapat saksikan betapa hebatnya keangguhan pasukan polis demi mempertahankan kuasa politik regim UMNO perasuah besar.
Walau bagaimana pun, marilah kita sama-sama berdoa kepada Allah swt memberi jalan terbaik kepada kita dan membuka peluang baru pula bagi menentang UMNO sehingga ia tersungkur di bumi bertuah ini.
No comments:
Post a Comment