Wanita Pakatan Rakyat akan melancarkan Kempen Anti Pecah Amanah seluruh negara dengan membuat laporan polis, esok.
Tindakan itu sebagai respons kepada tindakan PDRM dan SPRM yang berdiam diri dan tidak mengambil sebarang tindakan berhubung pendedahan Parti Keadilan Rakyat mengenai skandal penyelewengan RM250 juta dan pembelian kondominium kondominium mewah, One Menerung bernilai RM9 juta yang menggunakan wang milikan dana awam telah memaksa kami untuk membuat tindakan susulan secara drastik dan menyeluruh.
“Maka kami mewakili suara seluruh pimpinan Wanita Pakatan Rakyat khasnya dan seluruh wanita Malaysia amnya mengambil usaha tindakan bersepadu bersama seluruh pimpinan Wanita Keadilan Negeri untuk melancarkan Kempen Anti Pecah Amanah agar perkara ini disiasat dengan segera,” ujar Ketua Wanita Keadilan Malaysia, Zuraida Kamaruddin, Ketua Dewan Muslimat PAS Pusat, Siti Zailah Mohd Yusof dan Ketua Wanita DAP Kebangsaan, Chong Eng dalam satu kenyataan bersama.
Menurut mereka, Wanita Pakatan Rakyat akan membuat laporan polis pada 23 November, jam 10.00 pagi di IPD terpilih serentak seluruh negara termasuk Sabah dan Sarawak sebagai tindakan gesaan awalan.
“Kami juga meminta agar rakyat yang berkeprihatinan untuk turut serta bersama-sama kami dalam usaha ini,” ujar mereka.
Berikut ialah senarai Ibu Pejabat Daerah (IPD) untuk rujukan media, aktivis dan penyokong iaitu Perlis (IPD Kangar), Kedah (IPD Kota Setar), Perak (IPD Teluk Intan), Pulau Pinang (IPD Permatang Pauh), Selangor (IPD Shah Alam), Wilayah Persekutuan (IPD Dang Wangi), Negeri Sembilan (IPD Seremban), Melaka (IPD Melaka Tengah), Johor (IPD Johor Bahru Selatan), Terengganu (IPD Dungun), Kelantan (IPD Kota Bahru), Sabah (IPD Kota Kinabalu) dan Sarawak (IPD Kuching).
Sumber : Harakahdaily
Ulasan :
Tahniah kepada Wanita Pakatan yang berani mengerakkan massa untuk membuat laporan polis ke seluruh negeri dari Perlis hingga ke Sabah bagi mendesak pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan yang sepatutnya (pihak polis sudah pun menyiasat kes ini). Strategi inilah yang digunakan oleh UMNO seperti kes Mat Sabu yang membuat laporan ke seluruh Negara dan akhirnya Mat Sabu ditahan, disiasat dan didakwa.
Setakat ini, kita belum dengar lagi Dr Ismail Salleh, suami Sharizat Jalil yang juga pengerusi NFC dipanggil untuk disiasat, mungkin disiasat secara berhemah-senyap-senyap supaya semut pun tidak dengar. Begitulah pasukan polis kita berkerja kalau sesuatu kes itu berkaitan kepentingan UMNO.
Rakyat tentu faham kenapa kes ini jadi macam itu-sangat lembab perkembangannya kerana ia tidak melibatkan pembangkang (Pakatan Rakyat khususnya Anwar Ibrahim). Modus operendi pasukan polis begitulah dari dulu lagi dan kita tunggu jawapan dari pihak polis.
Sudah tentu rakyat dapat menjangkakannya. Rakyat bukan bodoh jadi macam lembUMNO. Kata otang tua-tua ‘sekilas ikan di air, sudah tahu jantan-betinanya’.
No comments:
Post a Comment