DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Sunday, November 20, 2011

MOHD RAFIZI RAMLI : SKANDAL NFC: SOAL PERTANGGUNGJAWABAN DAN AMANAH ADALAH ISU POKOK

WAJAH HERO RAKYAT MARHAEN

Saya mengucapkan terima kasih kepada pengurusan NFC yang akhirnya tampil memberi penerangan setelah KEADILAN membuat pendedahan mengenai penyelewengan dan kegagalan Projek Fidlot Kebangsaan. Saya kira akhirnya pengurusan NFC akur dengan saranan yang dibuat oleh mantan Perdana Menteri, Abdullah Badawi dan Timbalan Perdana Menteri, Muhyiddin Yassin kerana skandal ini benar-benar menggoncang keyakinan rakyat kepada pimpinan politik kerajaan.



Saya juga ingin menegaskan di sini bahawa kesemua kenyataan yang dibuat oleh Dr.Mohamad Salleh Ismail, Pengerusi Eksekutif NFC dan suami Shahrizat Jalil di media perdana semalam tidak sekali-kali menafikan pendedahan-pendedahan yang dibuat KEADILAN, seperti berikut:

1. Dana RM250 juta telah dimasukkan ke dalam akaun NFC
2. Kos seekor lembu yang diternak NFC dalam tahun 2009 berjumlah RM4,481 setiap ekor
3. Diskaun berjumlah RM2.9 juta diberikan dalam tahun 2009 termasuk kepada Restoran Meatworks milik keluarga Shahrizat Jalil
4. NFC mencatat kerugian sejumlah RM7 juta (2008) dan RM11 juta (2009)
5. Dana dari NFC disalurkan kepada NMLC dan RFC yang dimiliki sepenuhnya oleh keluarga Shahrizat Jalil
6. Penyalahgunaan wang dari dana untuk membeli unit-unit kondominium di One Menerung, Bangsar
7. NFC mendapat pinjaman mudah sejumlah RM250 juta
8. NFC membelanjakan sejumlah RM827,579 bagi lawatan-lawatan ke luar negara dan elaun keraian
9. Projek Pusat Fidlot Kebangsaan mendapat bantahan dari pegawai-pegawai kementerian

Kenyataan NFC semalam hanya memberi alasan kenapa penyelewengan-penyelewengan seperti yang didedahkan KEADILAN berlaku.

Malah, tiga pengakuan Dr Mohamad Salleh Ismail mengesahkan keresahan rakyat bahawa anugerah projek ini kepada sebuah syarikat milik keluarga menteri kanan mempunyai unsur-unsur penyelewengan.

Beliau mengakui<1> bahawa NFC tiada kepakaran dan pengalaman untuk mengendalikan projek ini sehingga menyebabkan syarikat menghadapi masalah operasi dan kewangan. Perbandingan rekod operasi NFC seperti di bawah jelas menunjukkan bahawa NFC bukanlah syarikat yang berkelayakan untuk mengendalikan projek berimpak tinggi dan mendapat pembiayaan RM250 juta:


2008 (tahun pertama)

2009

Jumlah lembu dibeli dari Australia dan dibawa masuk

4,141 ekor

-

Diberikan kepada Jabatan Perkhidmatan Veterinar

245 ekor

-

Lembu mati atas kapal sebelum sampai ke Malaysia

8 ekor

-

Lembu mati dalam perjalanan ke Pusat Fidlot

15 ekor

-

Lembu yang terpaksa disembelih akibat bermasalah

45 ekor

56 ekor

Lembu yang mati di Pusat Fidlot

42 ekor

78 ekor

Lembu yang dihadiahkan kepada pihak lain

11 ekor

3 ekor

Lembu yang disembelih untuk dijual

113 ekor

1,562 ekor

Jumlah lembu yang mati/rugi berbanding lembu yang dijual

121 ekor
(nisbah 1:1)

137 ekor (nisbah 1:11)

Anggaran kerugian akibat lembu mati/dicuri

RM542,201

RM613,897

Dalam temuramah dengan Berita Harian<2> pula, beliau mengakui bahawa perjanjian pinjaman RM250 juta "tidak menyatakan jadual pembayaran balik". Ini mengesahkan pendedahan KEADILAN sebelum ini bahawa walaupun dana RM250 juta disebut sebagai pinjaman, ia lebih berupa geran kerana NFC tidak dikenakan sebarang jadual pembayaran atau caj faedah seperti pinjaman biasa.

Saya juga kesal dengan kenyataan Dr.Mohamad Salleh Ismail yang bukan sahaja tidak menyangkal pendedahan KEADILAN mengenai pembelian kondominium mewah menggunakan dana rakyat, malah mengesahkan bahawa dana yang diselewengkan adalah lebih tinggi dari yang didedahkan minggu lepas. Pembelian dua unit kondominium mewah di unit B1-1 dan B1-2 di Tingkat 1, Blok B One Merenung sebenarnya membabitkan perbelanjaan RM13.8 juta.

Ketiga-tiga pengakuan NFC ini mengingatkan rakyat bahawa isu pokoknya adalah soal kebertanggungjawaban menteri dan kerajaan menjaga wang rakyat. Ketiga-tiga pengakuan tersebut mendedahkan:

1. Bagaimana projek negara diberikan kepada keluarga menteri yang langsung tidak mempunyai latar belakang dan kepakaran di dalam bidang penternakan komersil;
2. Dana RM250 juta diberikan begitu sahaja tanpa ada syarat-syarat ketat dan pemantauan walaupun ia dipanggil pinjaman; dan
3. Sejumlah RM13.8 juta diselewengkan sewenang-wenangnya untuk membeli hartanah yang akhirnya menjadi milik keluarga menteri kerana NMLC milik keluarga Shahrizat Jalil sepenuhnya.

Oleh itu, KEADILAN menggesa supaya Perdana Menteri bertindak segera menjawab sama ada berlaku penyelewengan semasa penganugerahan projek ini kepada NFC dan menerangkan penglibatan Shahrizat Jalil dalam proses membuat keputusan kerajaan bersabit projek ini.

Kesemua keterangan lain yang dibuat NFC semalam akan dihuraikan dalam satu sidang media khas di lobi Parlimen hari Isnin ini jam 1130 pagi melibatkan Saifuddin Nasution Ismail, Zuraida Kamaruddin dan saya sendiri, untuk membolehkan kami meneliti semua maklumat dan dokumen yang kami ada setakat ini.

Sumber : MerdekaReview

No comments: