Semua rakyat yang hidup di bumi Malaysia ini tanpa mengira bangsa dan agama mahukan sebuah pemerintahan yang adil dan saksama. Pemimpin yang diberi amanah hendaklah menguruskan negara ini dengan eluk. Pemimpin hendaklah menjauhi segala perbuatan yang boleh mensengsarakan rakyat.
Dalam Islam, pemimpin adalah hamba rakyat, bukan tuan kepada rakyat. Rakyatlah sebenarnya yang menjadi tuan. Islam juga mengajar para pemimpin patuh kepada ajaran Islam. Pemimpin pasti akan ditanya di hari akhirat, apa yang ia diperbuat terhadap kuasa yang dianugerahkan kepadanya. Pemimpin merupakan golongan yang paling akhir dihisab diakhirat kerana banyak soal-jawabnya.

Yang perlu diingat oleh Najib, sesebuah kerajaan dimusnahkan oleh Allah bukan disebabkan oleh kemiskinan dan kemalaratan kehidupan rakyat dan negaranya, tetapi anugerah Allah kekayaan yang melimpah ruah dan kuasa, tetapi ia tidak bersyukur kepada Allah.
Ingat kerajaan yang zalim sangat cepat Allah akan membalasnya berbagai cara. Satu daripadanya Allah menimbulkan keadaan negara yang tidak aman, kucar-kacir, masalah sosoial yang datang bertimpa-timpa dan kehidupan masyarakat menjadi songsang.Yang baik dikatakan jahat dan yang dikenalpasti ianya jahat, dikatakan baik. Bohong sana-bohong sini, fitnah sana-fitnah sini mainan harian. Disebarluas oleh media yang tidak kenal hukum.
Lihatlah keadaan di Mesir dan di Tunissia sebagai pedoman dan teladan.
1 comment:
HAMBA ALLAH YANG DIZALIMI AKAN CEPAT DIKOTAKAN PERMINTAAN & DOANYA !
Post a Comment