DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Saturday, January 29, 2011

MENANG-KALAH BUKAN MATLAMAT SEBENAR KITA

Boleh dikatakan semua orang bercakap UMNO akan menang besar di Tenang esuk. Sebuah badan penyelidikan bebas ILHAM Centre menyebut UMNO dijangka memperolehi sekitar enam ribu hingga tujuh ribu undi manakala PAS pula dikatakan akan hanya mengutip dalam lingkungan empat ribu undi. Berdasarkan hasil dapatan silang kaum dengan soalan parti mana dijangka menang, BN dijangka memperolehi 73.1 peratus undi Melayu, Cina (48.6 peratus), India (50 peratus) dan kaum lain (75 peratus).


Kita tidak kisah UMNO menang. Itu kubu kuatnya. Sebab, pertamanya, sepatutnya dari segi logic akal PAS yang mewakili Pakatan Rakyat tidak sepatutnya menyertai pilihan raya tersebut kerana dari awal lagi PAS dan rakannya PKR dan DAP merasakan bukan mudah untuk merampas kerusi DUN Terang sejak turun menurun menjadi milik UMNO. Kedua, ia membazir masa, keringat dan wang-ringgit kerana sesiapa yang dipilih menjadi wakil rakyat DUN Tenang, title YB yang disandangnya dalam tempoh paling singkat kerana PRU ke-13 pasti akan dalam tahun ini. Oleh itu lebih baik Pakatan menumpukan perhatian menyebarluaskan program 100 harinya kepada rakyat dari menanggung malu yang dimalukan oleh UMNO dan media yang dikawalnya nanti.


Tetapi, dari segi pendekatan politik, PAS bersama-sama rakannya dalam Pakatan membuat keputusan yang betul dan tepat. Semua pakar-pakar strategis Pakatan tidak merasakan kalah-menang menjadi matlamat utamanya, tetapi lebih penting daripada itu ialah mesej dari Pakatan telah berjaya disampaikan kepada rakyat seluruh Negara khususnya di Tenang dn di Johor amnya. Bukan senang untuk berhimpun dalam Negara separuh masak dan bertaraf ‘jakun’ untuk memberi pandangan ke dua kepada rakyat kerana banyak kekangan dan halangannya.


Jadi, dengan adanya PRK DUN Tenang, maka dengan mudah pihak Pakatan dapat menyalurkan maklumat yang disembunyikan oleh UMNO dapat didedahkan kepda umum dalam bentuk kempen. Itu merupakan satu bentuk kejayaan yang amat besar dan paling berharga. Selepas ini kita akan bertemu lagi di Merlimau, Melaka. Proses menyebarluaskan maklumat, melondehkan kejahatan dan kezaliman UMNO di Negara ini dapat diteruskan sehingga ke PRU ke-13 nanti.Mudah-mudahan dengan kerjasama erat rakan-rakan dalam pakatan dan pendedahan demi pendedahan yang dibuat dapat menyedarkan rakyat akan keburukan kepimpinan UMNO. Diharapkan rakyat dapat membuat penilaian yang tepat pada PRU ke-13 nanti. Insyaallah.


Sebagaimana yang saya tulis di blog ini sebelum ini, sebelum PRU ke-12 berlangsung, 6 pilihan raya kecil DUN juga diadakan dimana ke enam-enam kerusi tersebut dimenangi oleh UMNO ( DUN Kuala Berang, Ba’Kelalan, Pengkalan Pasir, Batu Talam, Machap dan Ijok), tetapi apabila tiba PRU ke-12, rakyat menunjukkan kemarahannya dengan menolak UMNO/BN sehingga Pak Lah dipaksa meletakkan jawatan dan member kesan terhadap masa depan politik Khairy Jamaluddin dan orang-orangnya.


Orang-orang dalam Pakatan jangan gundah-gulana, terus susun strategi. Ingat tidak ada parti di dunia ini yang boleh bertahan selama-lamanya. Segagah-gagah Suharto, Marcos, Shah Iran dan Saddam Hussein dapat dimusnakan (dan kini Hosni Mubarak di Mesir), apatah lagi UMNO yang menumpang kekuatan orang lain untuk berkuasa. UMNO tidak berupaya berdiri di atas kaki sendiri. UMNO perlu tongkat untuk terus berkuasa.


Senarai pengkhianatan UMNO terhadap orang-orang Melayu memang panjang. Ia tidak habis untuk ditulis dalam sehari. Apa yang penting, ia sudah terakam dalam sejarah. Kalaulah Umno hidup ribuan tahun yang lalu, mungkin epik Yunani Homer, Illiad and Oddysey atau pun Hikayat 1001 Malam tidak akan mendapat tempat di sisi penglipur lara, penulis buku, pemikir sastera-sejarah, pemikir sosiologi mahu pun pembuat filem. Demikian banyaknya yang dikisah dalam hikayat dari Parsi itu, mengikut lagenda, sesiapa yang membaca seluruh koleksi cerita ini akan menjadi gila. Kalau membaca hikayat sepanjang ini menjadi gila, siapa pula yang mampu mengingati ratusan pengkhianatan UMNO terhadap Melayu. Besar kemungkinan anda akan jadi 'mereng'.


Oleh itu, tepatlah apa yang diperkatakan oleh Tok Guru Nik Abdul Aziz Nik Mat bahawa orang-orang Melayu yang menyokong UMNO, mereka masih lagi berfikiran ‘JAHILLIAH’, bodoh dan berotak mereng. Orang yang rasional dan berfiiran waras tidak akan memilih UMNO untuk dijadikan jambatan membina agama, bangsa dan Negara. Terlalu banyak pengkianatan yang UMNO lakukan terhadap agama, bangsa dan Negara.


Kita tidak memiliki kekuatan, apatah lagi wang ringgit untuk ditaburkan, tetapi kita ada iman dan Allah. Kita serahkan kepada Allah menentukannya, selepas kita kerja kuat. Marilah kita sama-sama
mengangkat kedua-dua belah tangan menadah ke langit memohon pertolonganNya sepertimana Rasullullah lakukan di medan perang Badar sehinggakan Abu Jahal dan pengikutnya yang amat keras menentang Baginda dihapuskan di muka bumi ini. Semoga Allah wst makbulkan segala doa kita dan memberkati usaha kita untuk memusnahkan UMNO dalam PRU ke-13. InsyaAllah. Amin.


“NYAHKAN UMNO,RAKYAT PASTI SEJAHTERA”

1 comment:

Amuraria said...

MOGA ALLAH SWT MEMBERI KEMENANGAN PADA PARTI ISLAM DALAM MEMPERJUANGKAN AGAMA ALLAH DEMI MENENTANG REJIM MUNGKAR YANG PENUH KEBEJATAN,KELENTONGAN,PENYELEWENGAN DAN SALAH GUNA KUASA !
AMIN AMIN YA RABBAL ALAMEEN !
ALLAHU AKHBAR !