

Perlu diingat DUN Tenang, mempunyai tiga Felda, Felda Chempelak, Felda Chempelak Barat dan Felda Tenang yang didiami pengundi Melayu yang merupakan fix deposit untuk UMNO setakat ini. Felda Chempelak mempunyai 1,432 pengundi, Felda Chempelak Barat mempunyai 1,217 pengundi makala di Felda Tenang pula seramai 1,469. Kalau diambil kira pada PRU lalu, sokongan kepada UMNO di kawasan Felda kira-kira 98.5 peratus. Di Chemplak Barat PAS mendapat sokongan 18.6 peratus, manakala 18.7 peratus di Chemplak dan pengundi Melayu mewakili 90 peratus di Kampung Rendong, Pekan Ayer Panas dan Sawah Baru yang memberi undi kepada PAS kurang dari 32 peratus, hanya di Ladang Bukit Dato’ dan Ladang Labis Utara, kekuatan

Sekiranya UMNO memenangi kerusi ini, saya tidak hairan langsung kerana kemenangan UMNO bukan kemenangan hakiki. UMNO tidak berupaya membawa kebenaran dan keadilan kepada seluruh rakyat. Kemenangan UMNO seperti kata Tuan Guru Haji Nik Abdul Aziz Nik Mat, masih ada lagi manusia berfikiran ‘JAHILLIAH’ sepertimana yang berlaku di zaman Rasullullah di Mekah dulu. Bukan main hebat seruan dakwah Nabi bagi menentang pemikiran yang dipasakkan oleh Abu Jahal dan sekutunya ke dalam fikiran dan kehidupan masyarakat Mekah ketika itu. Kehebatan Baginda sebagai rasul pun tidak berupaya

Kejayaan dan kegagalan, kemenangan dan kekalahan adalah lumrah kehidupan yang pasti ditempuh setiap manusia apatah organisasi parti seperti parti PAS dan lain-lainnya. Namun, tidak semua orang dapat menerima berita kejayaan mahu pun hakikat kegagalan dengan hati terbuka. Begitulah cermin kehidupan yang dapat kita gambarkan melalui pengalaman

Al-Quran memberikan isyarat jelas mengenai sunnah kehidupan yang mewarnai kehidupan ini di bawah ketentuan dan ketetapan Allah. Dalam surah Ali ‘Imran, Allah merakamkan peristiwa kekalahan yang memeritkan dialami tentera muslimin apabila mereka kalah teruk kepada tentera Quraisy dalam peperangan Uhud walaupun sebelum itu mereka merintis kejayaan penuh gemilang pada peperangan Badar al-Kubra.
Firman Allah yang bermaksud: “Jika kamu (dalam peperangan Uhud) mendapat luka (tercedera), maka sesungguhnya kaum (musyrik yang mencerobohi kamu) itu (tercedera juga dan) mendapat luka yang sama (dalam peperangan Badar). Dan demikian itulah keadaan hari-hari (dunia ini dengan peristiwa kemenangan dan kekalahan), kami gilirkan dia antara sesama manusia (supaya menjadi pengajaran) dan supaya nyata apa yang diketahui Allah mengenai orang yang tetap beriman (dan sebaliknya), dan juga supaya Allah menjadikan sebahagian di antara kamu orang yang mati syahid. Dan (ingatlah) Allah tidak suka kepada orang zalim. Dan juga supaya Allah membersihkan orang yang beriman (darip

Meminjam kata Syed Qutub dalam kitab tafsirnya Fi Zilalil Quran (Di bawah bayangan al-Quran) ketika menafsirkan ayat itu, beliau menjelaskan bahawa kekalahan itu ada tersurat dan tersirat hikmahnya yang tersendiri.Antara hikmah itu ialah setiap Muslim sewajarnya menginsafi dan menyedari bahawa kemenangan sebenarnya adalah hasil atau natijah yang bertitik tolak daripada daya usaha serta perjuangan manusia sendiri. Justeru, mereka tidak boleh berpeluk tubuh dan mengharapkan kemenangan dengan hanya menanti faktor bantuan mukjizat Ilahi.
Selain itu, peristiwa berkenaan mengungkapkan satu pengajaran bahawa kejayaan dan kemenangan sebenarnya tidak boleh datang dengan sendirinya, sebaliknya ia banyak dipengaruhi pelbagai faktor dan sebab yang memudahkan peluang ke arah meraih sesuatu kejayaan diimpikan seperti kekuatan ekonomi, keutuhan sosial, kemantapan akidah, keadilan politik dan juga keluhuran budi pekerti.
Malaysia di bawah tadbiran Najib, selepas PRU ke-12 lalu, sepatutnya kita akan menyaksikan 20 pilihan raya kecil. 6 parlimen dan 14 DUN, tetapi hanya 9 kerusi DUN sahaja dipertandingkan. DUN Changkat Jering, Behrang, Jelapang (Perak), Kota Seputeh (Kedah) dan Pelabuhan Klang (kemungkinan besar) tidak dipertandingkan kerana SPR adalah alat UMNO. Dari 6 kerusi parlimen yang dipertandingkan, Pakatan Rakyat menang 4 kerusi (Permatang Pauh, Kuala Terangganu, Bukit Gantang dan Sibu) dan UMNO/BN menang 2 kerusi (Hulu Selangor dan Batu Sapi).
Manakala kerusi DUN pula, dari 9 kerusi, Pakatan menang 4 kerusi (Bukit Selambau, Penanti, Manik Urai dan Permatang Pasir) dan UMNO/BN menangi 3 kerusi (Batang Ai, Bagan Pinang dan Galas), manakala kerusi DUN Tenang dan Merlimau belum tahu lagi milik siapa lagi. Apa pun (jika Tenang dan Merlimau dimenangi oleh UMNO) ia bukan petunjuk sebenar yang menunjukkan UMNO kembali disokong oleh rakyat. UMNO menang, bukan kemenangan hakiki kerana ia disokong oleh orang-orang berfikiran ‘JAHILLIAH’ masih ramai yang mahukan system pentadbiran diuruskan secara songsang. Masih ramai mahukan rakyat terus berada dalam kemiskinan, asalkan pemimpin terus kekal kaya-raya, boros dan membazir menggunakan duit/harta rakyat dan bebas melakukan amalan rasuah semahu-mahunya supaya Negara cepat bangkrap.
Perkara ini dapat dibuktikan pada PRU ke-12 lalu, UMNO/BN mengalami kekalahan paling memalukan dan paling buruk dalam sejarah sejak merdeka. Kuasa 2/3 UMNO di parlimen dapat dihapuskan dan UMNO hilang 5 negeri (termasuk Wilayah Persekutuan KL) jatuh ke tangan Pakatan Rakyat. Sungguh pun, sebelum itu selepas PRU ke-11 tahun 2004 (pilihan raya kecil turut diadakan), 6 pilihan raya kecil DUN (kerusi parlimen tiada yang kosong) terpaksa diadakan iaitu di DUN Kuala Berang, Ba’Kelalan, Pengkalan Pasir, Batu Talam, Machap dan Ijok. Dari 6 kerusi, Pakatan (ketika itu dikenali sebagai Barisan Alternatif) tidak memenangi sebarang kerusi, semuanya disapu bersih oleh UMNO/BN. Tetapi apa terjadi pada PRU ke-12, 8 Mac 2008. Stunami politik berlaku menyebabkan ia meruntuhkan kekuasan politik Abdullah Ahmad Badawi.
"NYAHKAN UMNO, RAKYAT AKAN SEJAHTERA"
"NYAHKAN UMNO, RAKYAT AKAN SEJAHTERA"
1 comment:
SIMPAN UMNO@APCO RAKYAT AKAN SENSARA !
Post a Comment