Sejumlah kira-kira RM70 juta akan diperuntukkan oleh kerajaan Barisan Nasional untuk melaksanakan sebuah projek yang diberi nama Pusara Negara. Projek ini bertujuan untuk menyediakan Lubang Kubur khas untuk para pembesar VIP Muslim dan bukan Muslim.
Untuk umat Islam, 500 lubang kubur akan disediakan. Manakala untuk bukan Islam, 250 lubang kubur akan disediakan. Anwar Ibrahim yang mendedahkan perkara ini mendakwa, projek ini bakal dilaksanakan bersebelahan Tugu Negara."Dia (pemimpin UMNO) hidup pun dia ambil wang rakyat, dia mati pun dia hendak ambil wang kita lagi," jelas Anwar Ibrahim.
Beliau mendedahkan maklumat tersebut ketika berucap dalam Ceramah Perdana Sempena 20 Tahun Pentadbiran Membangun Bersama Islam bertempat di Masjid Tengku Faiz Petra, Gua Musang.Tambah Anwar, sebanyak kira-kira RM140,000 akan diperuntukkan kepada setiap VIP yang akan mati itu. Ini bermakna, kira-kira 500 VIP bakal mendapat lubang kubur tersebut.
Pada ceramah yang sama, Anwar Ibrahim turut mempersoalkan jumlah kos yang terlalu tinggi untuk membaik pulih kediaman PM di Putrajaya. Menurutnya, ketika zaman Abdullah Ahmad Badawi menjadi PM, RM17 juta diperuntukkan untuk membaik pulih kediaman PM. Pada zaman Najib pula, jumlahnya meningkat menjadi RM65 juta.Jumlah membaik pulih itu jauh lebih tinggi berbanding jumlah peruntukkan untuk membangunkan masjid dan surau di seluruh negara iaitu RM14.3 juta.
UMNO SUDAH GILA. NAK UNDI LAGI?
No comments:
Post a Comment