Pada 30 hb nanti pengundi-pengundi di DUN Tenang yang mempunyai seramai 14,735 pemilih berdaftar termasuk 18 pemilih pos akan membuat pemilihan parti mana yang menjadi pilihan rakyat kawasan ini sama ada PAS atau UMNO. Daripada jumlah itu, pengundi Melayu terdiri daripada 7,014 orang (47.54 peratus), Cina 5,766 (39.08 peratus), India 1,780 (12.07 peratus), Bumiputera Sabah enam (0.04 peratus), Bumiputera Sarawak lima (0.03 peratus) dan Orang Asli 171 (1.16 peratus). Mengikut pecahan umur, seramai 3,271 pengundi berusia antara 30 hingga 39 tahun, 3,602 (40-49 tahun), 2,788 (50-59 tahun), 1,897 (60-69 tahun), 1,188 (70-79 tahun), 268 (80-89 tahun) dan lebih 90 tahun pula 70 orang.
Berdasarkan peratusan pengundi tersebut, kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat tidaklah terlalu merisaukan kerana peratusan pengundi bukan Melayu adalah lebih besar iaitu mencapai tahap 51.15 peratus atau kira 7,546 orang dan tidak termasuk pengundi-pengundi yang lebih kecil peratusannya (tidak boleh ambil mudah oleh Pakatan terhadap golongan ini). Berdasarkan kajian semasa menunjukkan bahawa kaum Cina masih lagi kriktikal untuk menyokong UMNO buat masa ini. Walau bagaimana pun Pakatan perlu berkerja lebih kuat lagi dan bertawakal kepada Allah swt.
Berdasarkan peratusan pengundi tersebut, kedudukan PAS dalam Pakatan Rakyat tidaklah terlalu merisaukan kerana peratusan pengundi bukan Melayu adalah lebih besar iaitu mencapai tahap 51.15 peratus atau kira 7,546 orang dan tidak termasuk pengundi-pengundi yang lebih kecil peratusannya (tidak boleh ambil mudah oleh Pakatan terhadap golongan ini). Berdasarkan kajian semasa menunjukkan bahawa kaum Cina masih lagi kriktikal untuk menyokong UMNO buat masa ini. Walau bagaimana pun Pakatan perlu berkerja lebih kuat lagi dan bertawakal kepada Allah swt.
Sudah sekian lama UMNO dan BN bertakhta di puncak kuasa di Malaysia, hari ini hampir 54 tahun sejak Negara merdeka. Rakyat Malaysia semakin faham bahawa UMNO dan BN tak mampu lagi membendung kebangkitan rakyat. Islam mulai mengambil alih sisi gelap yang selama ini dihitamkan oleh UMNO dan BN. Iklim politik yang berubah landskapnya pada tsunami politik pada 2008 lalu menyebabkan UMNO sudah kehabisan tenaga dan idea untuk menghalang kebangkitan Islam.
Cahaya Islam cuba dibunuh oleh UMNO tetap menampakkan sinarnya. Sinar Islam yang sentiasa bersinar menerangi umat manusia cuba dipudarkan warna terang kian terasa bahawa UMNO dan BN suda tidak mampu lagi membendung kebangkitan Islam yang pernah gemilang di Malaysia. Cahaya indah diufuk timur mula menyinsingkan fajarnya.
Kaum bukan Melayu khususnya kaum Cina sudah faham tentang Islam. Sudah ada pemimpin Cina yang bukan beragama Islam telah mula mengunakan tafsiran al-Quran untuk berhujah ketika berceramah. Ada wakil rakyat bukan Islam sudah pandai dan berjinak-jinak menggunakan kemudahan masjid dan surau menjadikan tempat untuk mendengar keluhan rasa rakyat dan membantu mereka yang susah angkara UMNO yang menjalankan dasar membelakangkan kehendak rakyat, mengutamakan bini.
Apatah lagi dengan Lim Guan Eng, Ketua Menteri Pulau Pinang cuba menerapkan prinsip-prinsip keadilan yang dilaksanakan oleh Khalifah Umar Abdul Aziz ke dalam system pentadibiran negerinya mendapat tentangan maha hebat dari UMNO kerana lupa, selama mereka memerintah, mereka lupa Islam dan lupa terhadap tokoh-tokoh sejarahwan Islam yang memerintah secara adil dan saksama. Mereka asyik berebut-rebut untuk membuncitkan perut masing-masing.
Semuanya ini amat menakutkan UMNO dan BN. Telah menjadi budaya sebahagian besar para pemimpin UMNO menjadikan restoran, rest-hause, lobi dan cofe-hause hotel sebagai tempat menghiburkan hati, sambil minum-minum sampai pening-pening lalat, raba punggung wanita, kadang-kadang sampai sanggup berzina, sembang-sembang bab politik dan perniagaan, lupakan masjid dan surau. Bagi mereka, masjid dan surau ada hari-hari tertentu mereka perlu datang untuk meraih keuntungan politik sambil berlakon menunjukan muka mereka alim lebih daripada golongan lain.
Rakyat bukan Islam yang sering ditakutkan dengan hukum hudud, ditakutkan dengan Negara Islam dan pelbagai kisah ngeri tentang agama Islam semakin dilupakan oleh rakyat. Gambaran betapa ganasnya hukum hudud dan betapa tidak adilnya hukum Islam kepada rakyat bukan Islam telah gagal diterjemahkan oleh UMNO. Apabila UMNO dengan secara tidak sengaja menampakkan bahawa UMNO yang tidak mahu kepada hukuman Islam. UMNO menyebarkan isu-isu orang bukan Islam dan pemimpin DAP masuk masjid dan surau menyebabkan rakyat terfikir kenapakah UMNO yang nampak menjuarai isu yang sepatutnya digalakkan oleh ajaran Islam, tetapi ditolak oleh UMNO.
Pemimpin DAP yang sering ditakutkan dengan Islam telah memecahkan tembok ini. Dalam bulan Ramadhan lalu, mereka menghadirkan diri untuk cuba menyesuaikan diri bersama-sama umat Islam berbuka puasa, manakala para pemimpin UMNO menghilangkan diri. Pemimpin DAP tidak lagi takut dengan umat Islam dan umat Islam tidak merasakan bahawa DAP sebuah parti yang menentang ajaran Islam. Umat Islam cuba memberikan kefahaman kepada DAP bahawa Islam itu adil untuk semua penganut. Boleh bertolenrasi antara satu sama lain.
UMNO melihat ini satu bahaya besar di hadapan jika pemimpin DAP tidak lagi takut kepada Islam. Ia akan menjadi ancaman besar kepada kekuasaan mereka. Dimainkan isu dengan menggunakan pelbagai medium dan penulis blog UMNO yang makan upah semakin bodoh dan bangang dalam menulis untuk menghangatkan isu-isu ini. Semakin penulis blog upahan UMNO menulis, secara tidak langsung menampakkan betapa jahilnya mereka dalam agama Islam. Sirah Nabi pun tidak tahu. Hanya belajar sejarah UMNO yang menjelekkan.
Oleh sebab itulah permulaan kempen UMNO di Tenang ia menyerang PAS dan Islam yang dibawanya. Di hadapan pengundi-pengundi Cina, UMNO menakut-menakutkan kaum Cina dengan mengatakan PAS akan menubuhkan Negara Islam jika PAS menang. Di hadapan pengundi-pengundi Melayu pula, UMNO kata PAS tolak Islam kerana berkawan dengan DAP dan PKR. Begitulah celakanya UMNO ini. Sanggup berbohong dan manipulasikan fakta yang sebenar, demi sebuah kuasa.
Mereka lebih pentingkan kuasa dan kemewahan dunia dan sanggup menggadai maruah Islam.Sebab itulah UMNO sokong segala tindak tanduk pelakon video lucah terkenal, Chua Soi Lek menghina Islam sampai isu berjabat tangan pun menjadi polimik. Hukum bersalam-salaman dengan bukan mahram pun boleh dipermain-mainkan oleh UMNO. Begitulah jahilnya UMNO dan para pemimpinnya. Bagi mereka semuanya boleh, asalkan membawa keuntungan, tidak kira adakah ia haram atau halal, dibaham sama sahaja.
Adakah pemimpin macam ini hendak membela Islam. Di mana kedudukan Islam setelah 54 tahun UMNO memerintah. Adakah Islam semakin didekati atau dijauhi oleh umat Islam sendiri? Kerabatnya sendiri dalam BN (yang bukan Islam) semakin jahil tentang Islam.
Oleh itu, pengundi-pengundi di DUN Tenang wajib menolak UMNO. Ganyang UMNO cukup-cukup di Tenang (selepasa ini di DUN Merlimau, Melaka pula).Nyahkan UMNO dari bumi Malaysia tercinta ini.
“NYAHKAN UMNO, PASTI RAKYAT SEJAHTERA”
“NYAHKAN UMNO, PASTI RAKYAT SEJAHTERA”
No comments:
Post a Comment