Oleh : Tun Telanai
Assalamualaikum wm wbt
SIAPA ZAINUDDIN MAIDIN?
Zainuddin Maidin dilahirkan di Kota Kuala Muda, Kedah. Beliau bukan dari keturunan Melayu jati, tetapi berdarah campuran keling/mamak dengan Melayu. Amat menghairankan apabila UMNO menganugerahkan beliau dengan gelaran Tokoh Melayu Terbilang UMNO 2010. Apa jasanya terhadap bangsa Melayu dan Islam. Saya belek buku sejarah tokoh-tokoh pejuang tanah air, namanya tiada pun tercatat di situ. Saya juga semak senarai nama orang-orang yang telah membuat jasa terhadap agama, bangsa dan negara (termasuk bukan Melayu) pasca kemerdekaan, namanya juga tidak tercatat. Tidak ada satu pun jasanya kepada bangsa dan agama yang boleh dikenang oleh genarasi akan datang Jasanya pada pandangan saya ialah beliau pandai melakukan pembohongan demi pembohongan untuk menyelamatkan UMNO (sila baca pembohongan beliau selepas ini). Beliau hanya mampu berkokok menghentam PAS dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. PAS menjadi musuh tradisinya dari dulu, kini dan selama-lama.
Zainuddin Maidin memulakan kariernya di Utusan Melayu pada tahun 1960 sebagai stringer di Alor Setar. Beliau meningkat naik di dalam Utusan kerana sokongan politik bukan kepada kepandaiannya. Beliau menulis artikel-artikel mengampu dan memuji-muji orang politik. Sebahagian besar hayatnya dihabiskan dalam bidang kewartawanan. Kerjaya wartawannya adalah proksi UMNO (Utusan adalah suara UMNO, bukan suara rakyat Melayu) bagi mempertahan dan memperjuangkan survival UMNO melalui media. Ia menulis tanpa mengambil kira perjuangan UMNO itu selari atau tidak dengan matlamat asal penubuhan UMNO pada tahun 1946 bagi meningkatkan martabat Melayu dan Islam dalam negara ini.
Assalamualaikum wm wbt
SIAPA ZAINUDDIN MAIDIN?
Zainuddin Maidin dilahirkan di Kota Kuala Muda, Kedah. Beliau bukan dari keturunan Melayu jati, tetapi berdarah campuran keling/mamak dengan Melayu. Amat menghairankan apabila UMNO menganugerahkan beliau dengan gelaran Tokoh Melayu Terbilang UMNO 2010. Apa jasanya terhadap bangsa Melayu dan Islam. Saya belek buku sejarah tokoh-tokoh pejuang tanah air, namanya tiada pun tercatat di situ. Saya juga semak senarai nama orang-orang yang telah membuat jasa terhadap agama, bangsa dan negara (termasuk bukan Melayu) pasca kemerdekaan, namanya juga tidak tercatat. Tidak ada satu pun jasanya kepada bangsa dan agama yang boleh dikenang oleh genarasi akan datang Jasanya pada pandangan saya ialah beliau pandai melakukan pembohongan demi pembohongan untuk menyelamatkan UMNO (sila baca pembohongan beliau selepas ini). Beliau hanya mampu berkokok menghentam PAS dan rakan-rakan dalam Pakatan Rakyat. PAS menjadi musuh tradisinya dari dulu, kini dan selama-lama.
Zainuddin Maidin memulakan kariernya di Utusan Melayu pada tahun 1960 sebagai stringer di Alor Setar. Beliau meningkat naik di dalam Utusan kerana sokongan politik bukan kepada kepandaiannya. Beliau menulis artikel-artikel mengampu dan memuji-muji orang politik. Sebahagian besar hayatnya dihabiskan dalam bidang kewartawanan. Kerjaya wartawannya adalah proksi UMNO (Utusan adalah suara UMNO, bukan suara rakyat Melayu) bagi mempertahan dan memperjuangkan survival UMNO melalui media. Ia menulis tanpa mengambil kira perjuangan UMNO itu selari atau tidak dengan matlamat asal penubuhan UMNO pada tahun 1946 bagi meningkatkan martabat Melayu dan Islam dalam negara ini.
Beliau menceburi politik secara langsung apabila dilantik sebagai senator pada tahun 1998 oleh Dr Mahathir Mohamad dan menjadi Ahli Parlimen Merbok pada PRU ke-11 tahun 2004 dan dilantik menjadi Menteri Penerangan mulai 14 Februari 2006 hingga 8 Mac 2008, sebalum itu sebagai Setiausaha dan Timbalan Menteri di Kementerian yang sama. PRU ke-12, beliau dikalahkan oleh Johari Abdul dari PKR dengan majoriti besar yang amat memalukannya sebagai menteri yang tidak bernilai di mata rakyat.
Semasa beliau memegang jawatan dalam kerajaan, Zainuddin gagal untuk mengubah kedudukan Melayu yang masih lagi lemah dan ketinggalan dalam berbagai sektor berbanding dengan kemajuan yang dicapai oleh bangsa bukan Melayu. Apa sebab Melayu lemah dan ketinggalan? Jawapannya : UMNO sebagai tunggak kerajaan yang memerintah sudah 53 tahun, tetapi UMNO masih lagi belum baligh dalam berpolitik. UMNO melakukan berbagai tindakan penindasan dan kezaliman terhadap bangsa dan seagama dengannya hanya sekadar perbezaan fahaman politik.
Melayu bukan UMNO (termasuk kerajaan negeri yang diperintah oleh Melayu bukan UMNO) diasak kiri-kanan, ditekan atas-bawah, disekat dari menerima berbagai sumbangan, bantuan, pinjaman perniagaan, lot-lot kedai yang dibina oleh agensi kerajaan di pekan dan di bandar diagih-agihkan hanya kepada golongan elit berkuasa dalam UMNO dan kroni-kroninya sahaja. Melayu bukan UMNO juga dinafikan haq untuk mendapatkan projek, tender, lesen, permit dan sebagainya. Zainuddin Maidin mendiamkan diri kerana jiwa dan raganya dipenuhi dengan hasad dengki dan kianat terhadap bangsa sendiri, tidak seperti pemainan politik bukan Melayu. Mereka bersatu tanpa mengira fahaman politik bagi memenuhi matkamat perjuangan bangsanya.
Siapakah yang mendapatkan habuan semuanya ini? Zainuddin Maidin tahu jawapannya.Tentunyalah golongan UMNO yang berkuasa dan kroni-kroninya. Tidak sesiapa pun boleh menafikan hakikat ini. Melayu lain terlopong. Lebih malang lagi, apabila golongan UMNO yang tidak ada kemahiran berniaga dan tidak ada kepakaran dalam sektor pembinaan diberi peluang dan dianugerah berbagai projek, lesen, permit atau sebagainya hanya semata-mata berdasarkan hubungan politik, maka penerima anugerah tersebut menjual projek dan mengambil keuntungan di atas angin dengan meng’alibaba’kan anugerah-anugerah tersebut. Faktor itulah mengakibat Melayu masih mundur dan terbelakang dari bukan Melayu. Sekarang kenapa kita hendak memusuhi bukan Melayu yang lebih berjaya dari Melayu kerana kesilapan UMNO sendiri mencipta dasar songsang.
Lebih teruk dari itu, UMNO sanggup merampas tanah-tanah milik Melayu dengan pembayaran pampasan yang paling rendah nilainya atas alasan untuk pembangunan (bukan untuk kepentiang awam), kemudian dijual semula selepas ditukar syarat kepada taukeh-taukeh besar dengan nilaian yang berlipat kali ganda. Contohnya urusniaga tanah di Zon Bebas Pelabuhan klang (PKFZ) oleh orang UMNO, rampasan tanah sawah di Kerpan Kedah di era Osman Arof memerintah dan di era Mahazir Khalid memerintah pula, hampir-hampir beribu ekar tanah sawah subur milik Melayu di daerah Yan Kedah nyaris-nyaris tergadai ke tangan bangsa asing bagi mendirikan projek petrokimia. Takdir Allah membantu menyelamatkan harta Melayu itu dengan memberi kemenangan kepada PAS dan rakan Pakatannya memerintah Kedah sekarang.
Sungguh celakanya para pemimpin UMNO menjadi kaya-raya di atas keringat dan air mata rakyat Melayu. UMNO tidak berani menyentuh langsung haq dan harta kepunyaan bukan Melayu. UMNO pengecut. UMNO hanya berani bertindak sebagai jaguh ketika menentang bangsa seagama. UMNO sanggup melakukan apa sahaja terhadap bangsa sendiri sehingga sanggup membunuh (contoh: Othman Talib, di Lubuk Merbau, Kedah dan Samad Gol di Kelantan). UMNO juga pernah melakukan pembunuhan beramai-ramai dalam peristewa Memali pada November 1985 dan sampai sekarang kes tersebut belum dapat diselesaikan tergantung tanpa tali di mahkamah begitu juga kes penggambilan balik tanah di Kerpan juga tersangkut di mahkamah.
Sebab apa? Sebab kedua-dua kes ini menjejaskan kepentingan politik UMNO. Selagi UMNO masih berkuasa, dua kes ini tidak akan diselesaikan. Semakin lama kes-kes ini ditangguh, maka semakin rumit untuk diselesaikan kerana ia melibatkan saksi-saksi yang banyak telah meninggal dunia. Jadi, kedua-dua kes ini akan ditangguhkan sampai dunia kiamat, sepert yang saya kata tadi ia menjejaskan kepentingan UMNO.
Kita juga sewajarnya patut mengambil tahu siapa yang menjadi ketua hakim di Malaysia sekarang ini? Saya sedikit pun tidak mempercayai ketulusan dan keadilan sistem kehakiman di negara ini sekiranya ia melibatkan kepentingan UMNO dan para pemimpin besarnya kerana situ adanya Mohd Zaki Tun Azmi. Zaki menghabiskan sepanjang kerjaya sebagai peguam adalah berbakti dan menjaga kepentingan UMNO. Darah yang mengalir di tubuh Zaki adalah biru pekat. Di samping itu, moral Zaki boleh dipersoalkan kerana beliau terlibat dalam kes mahkamah shariah di Perlis dan isu rasuah seperti yang dilaporkan oleh Karpal Singh.
Begitulah betapa BANGSATNYA amalan politik yang diamalkan oleh UMNO selama ini. Politik menghancurkan bangsa dan agama. Politik mengkayakan elit berkuasa dalam UMNO dan kroni-kroninya. Politik memiskin dan mempapakedanakan sebahagian besar Melayu bukan UMNO sebagai satu hukuman yang ingkar untuk memberi taat setia tanpa berbelah bagi kepada UMNO tanpa mengira jenis pemimpin yang dipilih untuk memimpin. Politik mengtuhankan UMNO, wang dan kuasa. Politik menghasut, mengadu-domba, mengancam dan mengugut rakyat dengan dasar penjajah Inggeris ‘pecah-perintah’ menggugat keharmonian rakyat berbagai kaum dan agama dengan metosnya tanpa UMNO negara akan hancur dan rakyat menderita. Politik membodohkan rakyat-UMNO itu kerajaan, kerajaan itu UMNO, duit kerajaan dikatanya duit UMNO. Zainuddin Maidin tidak mampu membetulkan keadaan yang songsang dan sesat ini kerana beliau berada dalam tong najis yang sama.
Zainuddin Maidin senantiasa menghentam pembangkang dengan memberi gambaran yang buruk dan negatif kepada rakyat. Dalam masa yang sama beliau tidak pernah menegur keburukan dan kelemahan UMNO yang terlibat dalam berbagai skandal, rasuah dan sebagainya yang rakyat dapat menghidu kebusukan dari batang tubuh UMNO sendiri. Serentak itu beliau berperanan menegakkan benang besah mempertahankan UMNO, walaupun beliau sendiri tahu bahawa UMNO itu diselubungi dengan najis yang amat busuk.
Sasaran utamanya ialah parti PAS. RTM dijadikan bilik gerakan UMNO apabila beliau dilantik sebagai Setiausaha Parlimen kepada Kementerian Penerangan oleh Mahathir. Sejak itu siaran-siaran propaganda UMNO disiarkan tanpa segan dan malu-malu lagi. Bermacam-macam strategi dirancang untuk memburukkan PAS. Percubaan beliau untuk mengaitkan nama PAS dengan keganasan melalui dokumentari-dokumentari merapu mengenai Taliban yang cuba dikaitkan dengan PAS menemui kegagalan kerana PAS membuat serangan balas melalui perbahasan di parlimen, di internet, akhbar-akhbar alternatif, akhbar-akhbar milik parti, majlis-majlis penerangan, ceramah-ceramah di markas(di tempat awam diharamkan, di markas pun kadang dikepung oleh pasukan polis) dan sebagainya.
Zainudin Maidin mencuba lagi melalui RTM menayangkan klip video di dalam isu Memali untuk mengambarkan kepada rakyat bahawa perjuangan PAS itu ganas. PAS melalui Presidennya, Almarhum Ustaz Fadzil Noor mengetuai kempen menyerang balas isu Memali yang diputarbelitkan oleh mamak ini. Ustaz Fadzil membawa isu ini ke parlimen dan dibahaskan bagi membetulkan kenyataan yang dibuat oleh Zainuddin melalui RTM.
Serentak itu, para pemimpin PAS lainnya turun dan bergerak ke seluruh negara bertemu rakyat menjelaskan kepada rakyat isu Memali yang sebenar. Walau pun ada para pemimpin PAS yang kena tangkap, didakwa, dibelasah, dikepung, disembur dengan gas pemedih mata serta dicurah dengan air asid kimia ketika menjelaskan isu itu kepada rakyat oleh pasukan polis yang tidak pernah jemu-jemu merelakan pasukan yang dihormati menjadi perkakas dan kuda tunggangan UMNO sampai kini.
Serangan balas yang hebat dilakukan oleh PAS memaksa UMNO menghentikan serta merta tayangan klip video ini dengan mendapat malu besar kerana dituduh memainkan isu sensitif yang boleh menggugat keamanan negara. Angkara yang dilakukan oleh Zainuddin menyebabkan UMNO tersepit. Maka sekali lagi Majlis Fatwa Kebangsaan diseret dalam kancah mainan politik UMNO untuk mengelakkan UMNO dari terus dimalukan oleh PAS.
Zainuddin Maidin tidak terhenti di situ, beliau mengulangi kepakaran mencipta fitnah sewaktu menjadi Ketua Pengarang Utusan Melayu dengan memetik dan meng’edit’ ucapan-ucapan pemimpin pembangkang, mengutip gambar-gambar, menselang-seli gambar-gambar penyokong Barisan Alternatif dengan gambar-gambar keganasan, memutarbelit sejarah dan sebagainya.
Sifat hipokrit (munafik) dan opportunist Zainuddin Maidin lebih terserlah dalam isu penggunaan Bahasa Inggeris bagi mata pelajaran sains dan matematik yang dicetuskan oleh idea Mahathir untuk memperkenalkan semula Sekolah Aliran Inggeris. Hairan, beliau boleh menyokong dasar Pengajaran dan Pembelajaran Sains dan Matematik dalam Bahasa Inggeris (PPSMI) yang dilaksanakan pada tahun 2003 oleh Mahathir, sedangkan beliau dikenali umum sebagai pejuang mendaulatkan Bahasa Melayu.
Kita tahu beliau menyokong PPSMI bukan terbit dari hati nuraninya, tetapi kerana beliau terhutang budi pada Mahathir yang mengutip beliau balik dan diberi kedudukan dalam kerajaan. Beliau dilantik sebagai senator yang kemudiannya dilantik pula sebagai Setiausaha Parlimen Kementerian Penerangan, sedangkan pada satu ketika beliau pernah mengkritik Mahathir menggunakan Bahasa Inggeris ketika diwawancara di Indonesia walaupun wartawan Indonesia menggunakan Bahasa Melayu. Amat memalukan bila Utusan Malaysia beberapa hari selepas itu terpaksa menyiarkan permohonan maaf di muka hadapan kepada Perdana Menteri (Mahathir) serentak dengan perletakan jawatan Zainuddin Maidin. Tempat beliau sebagai Ketua Pengarang Utusan Melayu lalu diganti oleh Johan Jaafar.
Kita juga tahu bahawa ketika itu, Zainuddin Maidin hendak menonjolkan diri yang beliau sebagai jaguh memperjuangkan kedaulatan Bahasa Melayu. Kesan ia menegur Mahathir, ia ditentang keluar dari Utusan Melayu. Ketika ia terpinggir itulah beliau pergi ke London untuk menulis buku bertajuk Mahathir Di Sebalik Tabir. Tujuannya adalah untuk mengampu Mahathir supaya Mahathir dapat memaafkan ketelanjurannya itu dan mengutip beliau balik. Harapannya tidak sia-sia, Mahathir mengutipnya balik dan memberi kedudukan yang selesa.
Banyak kajian yang dijalankan oleh pengkaji di beberapa universiti tempatan menunjukan dasar PPSMI banyak mendatangkan kerugian kepada anak-anak Melayu di luar bandar (miskin), berbanding dalam bandar banyak kemudahan, keluarga yang berpendidikan tinggi dan yang berada banyak tinggal di bandar-bandar. Oleh sebab itu golongan sasterawan, budayawan dan cendekiawan bangkit menentang perlaksanaan PPSMI. Mereka ialah Prof.Diraja Ungku Aziz, Sastrawan Negara A.Samad Said, Prof. Muhammad Hj Salleh, Anwar Ridhwan dan ramai lagi tokoh-tokoh bahasa, cendiakawan, sastrawan dan budayawan tulin bersama-sama dengan Pakatan Rakyat berjuang menuntut kerajan memansuhkan dasar PPSMI ini dan akhirnya Menteri Pelajaran yang juga TPM mengumumkan pada 8 Julai 2009 bahawa dasar ini akan dimansuhkan sepenuhnya pada tahun 2012.
Di manakah engkau pada waktu itu wahai Zainuddin Maidin? Adakah rakyat Malaysia yang berilmu boleh mempercayai apa yang didakwa oleh manusia munafik ini terhadap PAS?. Tepuk dada tanya iman masing-masing.
Zainuddin Maidin seorang manusia yang suka dipuji dan suka masuk bakul angkat sendiri. Contoh : Selepas ia ditendang keluar dari UM, beliau diberi peluang menulis sebagai penulis tamu di UM. Bagi memadamkan memori memalukan itu (ditendang kerana mengkritik Mahathir), beliau cuba menaikkan semula harga dirinya di mata masyarakat melalui tulisan-tulisannya di Utusan. Dalam artikel ‘Sebuah catatan jati diri Utusan’ (Utusan Malaysia 5 April 2001) beliau cuba mengangkat dirinya sebagai wartawan sejati yang penuh dengan profesionalisme dan tidak bias. Dalam artikel tersebut beliau menulis: “Mungkin saya sekarang berada dalam keadaan yang sama, yang sekalipun telah dilihat sebagai seorang ahli politik tetapi masih merasakan diri sebagai seorang wartawan bebas dengan perwatakan dan nilai profesionalisme yang melampaui fahaman dan ikatan politik.”
Apa penilaian pembaca blog ini terhadap diri Zainuddin Maidin berdasarkan petikan kata-kata terebut.
Setelah gagal memainkan isu Taliban dan Memali untuk memburukkan PAS, Zainuddin Maidin meneruskan dengan projek barunya bertajuk ‘Rahsia Besar Taib Azamuddin’. Rahsia besar itu ialah mengenai pengakuan bervideo seorang pensyarah UiTM di hadapan YB Mohd Taib Azamuddin bekas Imam Besar Masjid Negera, kini Ahli Parlmen Baling mengenai kononnya 'hubungan' pensyarah itu dengan Anwar Ibrahim. Beberapa keratan rakaman video itu disiarkan secara meluas di setiap ceramah UMNO di seluruh negara.
Namun, beliau gagal lagi untuk menipu rakyat. Kesudahan projek ‘Rahsia Besar Taib Azamuddin’ adalah amat tragis kepada Zainuddin Maidin dan beberapa orang pemimpin UMNO. Bodohnya mereka kerana menyangka sepanjang Taib Azzamuddin menjadi Imam Besar Masjid Negara hanya isu itulah sahaja yang dirujuk kepadanya. Akibatnya mereka ini menyorok malu. Justeru kes yang dirujuk kebanyakannya adalah mengenai kisah-kisah skandal seks yang melibatkan ramai pemimpin UMNO.
Namun, Taib Azzamuddin harus dipuji kerana tidak mendedahkan nama sebenar mereka yang terlibat bagi menghindarkan keaiban yang berpanjangan. Cukuplah sekadar untuk menutup mulut mamak seekor ini sahaja. Projek Zainuddin Maidin gagal lagi lalu dinamakan sebagai ‘projek Makan Tuan’ atau ‘projek Menjolok Sarang Tebuan’ atau meminjam ungkapan mendiang MGG Pillai sebagai ‘Throwing Stones from The Glass Houses’. Projek ini jugalah menyebabkan si penyangak ini diketawakan oleh musuh-musuhnya di luar UMNO dan juga di dalam UMNO.
Zainuddin Maidin tidak berputus asa, beliau terus berusaha bagi membuktikan bahawa beliau boleh menghancurkan PAS. Beliau memperkenalkan pula slot-slot ‘Kelantan dalam Gerhana’ bagi merosakkan pentadbiran kerajaan negeri Kelantan yang diperintah oleh PAS. Beliau sangka dapat menipu pemikiran rakyat. Tindakan beliau ini dianggap lebih kepada menghina pemikiran orang ramai dan protes terhadap beliau begitu banyak disuarakan di dalam media-media alternatif lebih-lebih lagi di parlimen.
Selepas kalah dalam pilihan raya lalu, beliau mengakui bahawa sudah sampai masanya untuk UMNO insaf, bahawa masa dan wang yang telah banyak dicurahkan sebagai usaha untuk mengambil alih Kelantan itu sebagai suatu usaha yang sia-sia. "Wang" yang begitu banyak dilonggokkan di Kelantan selama ini kononnya di bawah agenda untuk merampas kembali Kelantan telah mnejadi racun dan duri hingga menimbulkan perbalahan di kalangan pemimpin UMNO di negeri itu. Komen beliau yang disiarkan oleh Bernama.
Semua tindakannya itu lebih mendatangkan kebencian rakyat Kelantan terhadap media kerajaan lebih-lebih lagi bila mereka mendapat maklumat bahawa nasib Melayu Pulau Pinang telah tergadai di bawah kepimpinan UMNO Pulau Pinang. Bahkan nasib orang Melayu Pulau Pinang disamakan dengan nasib bangsa Palestine oleh Profesor ekonomi USM, Dr. Amir Hussin Baharuddin. Dr Amir menyatakan dalam wawancaranya dengan Mingguan Utusan bahawa orang Melayu beransur-ansur meninggalkan pulau itu hinggakan Perkampungan Melayu Sungai Nibong Kecil telah lenyap dari muka bumi Pulau Pinang. Katanya lagi UMNO Pulau Pinang akan turut lenyap sebaik sahaja baki 28% orang Melayu yang masih tinggal di pulau itu pupus terus.
Ramalan Dr. Amir menjadi kenyataan apabila PRU ke-12 lalu menyaksikan Pulau Pinang jatuh ke tangan Pakatan Rakyat dan Lim Guan Eng, Setiausaha Agung DAP menjadi Ketua Menteri. Kejatuhan kerajaan UMNO/BN di Pulau Pinang menjadikan para pemimpin UMNO di negeri tidak senang duduk macam cacing kepanasan. Tidak ubah macam orang gila babi menyerang kerajaan Pakatan atas berbagai isu dari sekecil-kecilnya pun diangkat menjadi isu besar dan dikontroversikan bagi menarik perhatian rakyat yang kononnya rakyat Melayu Islam di negeri ini diabaikan dan terpinggir dan didiskriminaskan oleh Ketua Menteri Cina dari DAP. Bantahan ini macamlah Pulau Pinang ini dulu diperintah oleh UMNO. Macamlah mereka itu dulu-dulu betul-betul berjuang untuk rakyat.
Hakikatnya rakyat sedar, mereka dulu semasa mereka berkuasa 53 tahun tidakbuat buat apa-apa pun. Asyik mengejar dan merebut projek sana, projek sini. Rasuah sana, rasuah sini, komisyen sana, komisyen sini, hanyun sana, hanyun sini, asyiklah berboria sampai ke pagi sehinggakan Melayu Pulau Pinang sekarang ini tinggal gigi dengan lidah dan kain sehelai sepinggang, tetapi cuba tenguk gaya kehidupan para pemimpinnya. Mereka hidup mewah dan kaya raya. Patutlah Allah swt menghukum Melayu Pulau Pinang kerana tersalah memilih pemimpin yang kaki kuropsi.
Zainuddin Maidin bukan sahaja ditempelak di dalam negara malahan pernah ditempelak oleh rakan-rakan wartawan sendiri di luar negara kerana lagak bagaikan kadok naik junjung. Manusia bernama Zainuddin Maidin ini tergamak menggelarkan rakan-rakan wartawan dari Filipina dan Thailand sebagai ‘agents of Western media imperialists’, tidak cukup dengan itu menganggap Thailand dan Filipina sebagai 'negara tahi'. Inilah yang diucapkan oleh Zainuddin Maidin semasa merasmikan satu forum anjuran NUJ Cawangan Utusan. Protes besar-besaran dibuat oleh The Southeast Asian Press Association (Seapa) terhadap kenyataan Zainuddin Maidin tersebut. Kenyataan-kenyataan tersebut lebih merupakan kebodohan sendiri demi mempertahankan kredibiliti Mahathir yang jadi PM ketika itu sudah pun teruk di mata masyarakat antarabangsa.
Zainuddin Maidin juga pernah diprotes oleh Kedutaan Indonesia di negara ini akibat bahasa kurang ajarnya terhadap rakyat negara itu dengan menulis ungkapan “rakyat Malaysia sedang menyuapkan nasi ke mulut berjuta rakyat Indonesia” di dalam Utusan Malaysia. Saudara Fachry Sulaiman iaitu Sekretaris Ketiga, Kedutaan Besar Republik Indonesia di Kuala Lumpur ketika itu dengan nada sayu, sedih dan kecewa menyifatkan kata-kata Zainuddin Maidin itu sebagai “kalimat tersebut tidak benar kerana rakyat Indonesia tidak meminta sedekah tetapi bekerja menjual tenaganya yang memang sangat diperlukan oleh berbagai pihak untuk mempercepatkan pembangunan di Malaysia”.
Begitulah serba sedikit perangai dan watak Zainuddin Maidin yang kita perlu sedari dan faham. Beliau seoarang manusia munafik. Tuduhan beliau terhadap PAS yang PAS memohon perkenan Almarhum Tunku Abdul Rahman Putra Al-Haj untuk ‘merampas’ harta-harta orang Cina dan PAS bertindak menyokong Indonesia untuk mengambil Malaysia ketika Konfrontasi Malaysia-Indonesia meletus adalah satu pembohongan dan cuba direkacipta (seperti saya dedahkan di atas) olehnya bagi kepentingan beliau sendiri yang masih berminat dan menaruh harapan untuk kembali berfungsi dalam UMNO dan juga dalam kerajaan khususnya di negeri Kedah yang menghadapi krisis dalam yang teruk. Beliau memerhati situasi tersebut dengan rapi dan beliau percaya terdapat ruang yang membolehkan beliau menyelitkan dirinya kembali dalam UMNO Kedah dan di peringkat nasional.
Kita amat mengalu-galukan dan akan memberi sokongan penuh kepada Pengerusi Lajnah Guaman PAS, saudara Mohamed Hanipa Maiden untuk mengambil tindakan undang-undang terhadap Zainuddin Maidin. Jangan takut kerana beliau umpama ayam jantan berkokok, tahi penuh dipunggung. Beliau hanya sebuah tin kosong
Bersambung pada siri ke-3 : ZAINUDDIN MAIDIN ANTI ISLAM?
"UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”
No comments:
Post a Comment