DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Thursday, March 4, 2010

UMNO ANTI PEMBUDAYAAN ILMU

Oleh : Tun Telanai



UMNO adalah pembawa penyakit kepada masyarakat. Pelbagai gejala social yang melanda Negara adalah kesan daripada dasar UMNO. Dasar UMNO tidak mesra amal makrof, tetapi lebih mesra kepada nahi mungkar. Dasar UMNO ini dapat dilihat di banyak sector dalam masyarakat. Sektor pendidikan agama contohnya, UMNO lebih suka ustaz-ustaz dan tok-tok guru hanya mengajar fardhu ain sahaja, tidak boleh lebih daripada itu. Sebab itulah Jabatan Iblis Selangar [JAIS] tidak mengizinkan sesiapa pun pandai-pandai mengajar di surau-suarau dan di masjid-masjid seluruh Selangor termasuk bekas Muftinya iaitu Allahyarham Dato’ Ishak Baharom, kecuali mendapat permit dan sukatan pengajaran dari Jabatan Iblis ini.


Begitulah antinya UMNO terhadap penambahan ilmu agama di kalangan rakyat. UMNO mahukan seluruh rakyat buta dalam bidang pengetahuan agama sepertimana yang diajarkan oleh Nabi Muhammad saw. UMNO mahukan ajaran Islam itu disempitkan skop perbincangannya, hanya perlu ditekankan soal fardhu ain seperti berkaiatan haid dan nifas sahaja. UMNO tidak mahu umat Islam lebih pandai tentang Islam kerana ia takut umat yang faham tentang Islam akan bangkit menentangnya.


Samalah dengan dasar penjajahan Inggeris dahulu hanya memberi pelajaran setakat darjah 6 Melayu sahaja kepada orang-orang Melayu. Bila tamat belajar kelak hanya layak menjadi guru sekolah Melayu, menjadi kerani dan budak pejabat sahaja. Tetapi anak-anak pembesar Negara dihantar ke sekolah-sekolah Inggeris ternama dan bila keluar menjawat jawatan tinggi dalam pentadabiran Inggeris ketika itu. Dasar ini dilaksanakan bagi menghalang orang Melayu bangkit menentang Inggeris dan Inggeris paling takut kalau di kalangan mereka itu ada yang berani menyuarakan hasrat menuntut kemerdekaan.


Pengembangan ilmu pengetahuan khususnya pengetahuan mengenai Islam dikalangan rakyat amat membimbangkan Inggeris begitu juga UMNO pada masa kini. Ketakutan kebangkitan rakyat yang mahukan reformasi secara menyeluruh dalam system pentadbiran membuat UMNO kecut perut, maka Pengarah Radio IKIM, Ir Ahmad Jais Alias telah diarah bersara
atau dipencenkan lebih awal kerana kesalahan beliau menjemput Presiden PAS bermuzakarah di IKIM bagi membincangkan isu kalimah Allah dan beliau juga didapati menjemput beberapa penceramah PAS berceramah di radio IKIM atas platform agama dan bukan atas platform politik.


Sudah terang, lagi bersuluh. Begitulah perangai UMNO dulu, kini dan selama-lamanya sukakan rakyatnya berada dalam kedudukan miskin, melarat, senantiasa menagih simpati dan bantuan, lebih-lebih lagi UMNO mahukan seluruhnay rakyatnya berada dalam keadaan buta huruf dan jahil dalam ilmu-ilmu agama sepertimana yang ada dalam diri para pemimpin UMNO. Keadaan ini penting bagi UMNO untuk menjadikan seluruh rakyat sebagai kuda tunggangannya buat selama-lamanya.


Marilah kita bersama-sama hapuskan UMNO. Berjuang menghapuskan UMNO satu jihad yang diredhai oleh Allah swt kerana kita berjuang menentang sebuah regim yang amat zalim lagi buas merompak harta rakyat untuk peribadi dan kroni.


“UMNO TIADA, RAKYAT AMAN DAN SEJAHTERA”
”SELAMATKAN NEGARA DARIPADA UMNO LANATULLAH”

1 comment:

Anonymous said...

saya setuju umno tiada dengan satu syarat!
bila umno tiada maka pkr, dap, mic, dan lain lain juga tiada kecuali pas.
boleh?

terbang burong terbang