DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, March 23, 2010

MENGENANG ALI SHARIATI

Oleh : Tun Telanai

Dr Ali Shariati dilahirkan di Mazinan, pinggir kota berhampiran Mashhad, Iran. Beliau menamat pendidikan rendah dan menengah di Mashhad. Ketika di Kolej Latihan Guru, beliau bercampur gaul dengan belia dari golongan berpendapatan rendah dan merasai kemiskinan dan kesukaran yang wujud. Berlainan sekali dengan kepimpinan Negara kita yang hidup mewah dan kaya raya hasil warisan makbapak mereka yang terlibat dalam politik UMNO. UMNO adalah platform untuk mencipta kekayaan peribadi khususnya selepas Negara mencapai kemerdekaan dan membentuk pemerintahan sendiri.


Oleh itu, legacy kepimpinan sekarang kurang kesedaran terhadap orang-orang miskin. Mereka tidak faham dan tidak pernah merasai penderitaan kemiskinan seperti Najib Tun Razak dan sepupunya Hishamuddin Tun Hussein dan ramai lagi pemimpin dari generasi kedua yang hidup dalam keluarga yang mewah dan kaya raya. Akibatnya pembentukan dasar Negara sekarang ini tidak lagi mengambilkira golongan miskin. Apa yang mereka pentingkan ialah golongan korperat, usahawan dan peluang-peluang yang mereka cipta sendiri untuk menjadi kaya raya melalui proksi orang-orang tertentu.


Mengenang Dr Ali Shariati mengingatkan kita akan kezaliman pemerintah Shah Iran dan mengingatkan kita juga akan kezaliman UMNO terhadap pejuang-pejuang bangsa yang tidak sehaluan dengan UMNO yang pro penjajah. UMNO adalah anak didik kepada penjajah Inggeris. Dr Ali dalam usia 18 tahun sudah menjadi guru. Selepas menamatkan pengajian kolej pada tahun 1960, beliau melanjutkan pelajaran ke Perancis dan beliau lulus dengan kepujian menerima ijazah kedoktoran dalam bidang sosiologi pada tahun 1964 dari Universiti Sorbonne.


Beliau pulang ke Iran dan ditahan di sempadan. Beliau ditahan dipenjara atas alasan beliau menyertai aktiviti-akitviti politik ketika belajar di Perancis. Dibebaskan pada tahun 1965 dan mengajar semula di Universiti Mashhad. Sebagai ahli sosiologi Islam, beliau cuba menerangkan permasalahan masyarakat Islam berdasarkan prinsip Islam. Beliau menerangkan dan membincangkan dengan para pelajar dan dengan rakyat Iran. Beliau menjadi popular di kalangan pelajar dan dengan masyarakat Iran dari berbagai kelas social. Disebabkan popularitinya, regim Shah Iran menamatkan perkhidmatannya di Universiti tersebut.


Kemudian beliau berpindah ke Taheran dan meneruskan kareernya dengan aktif dan cemerlang menyebabkan Shah Iran merasakan kedudukannya terancam kerana kuliah-kuliahnya di Institut Agama Houssein e-Ershad menarik perhatian masyarakat Iran. Buku-buku yang ditulis oleh beliau mendapat sambutan yang hangat, walaupun regim Shah Iran melakukan berbagai tindakan untuk menghalang aktiviti beliau, tetapi tidak berjaya.


Tindakan terdesak regim Shah Iran terpaksa mengarahkan pasukan polis mengepung Institut Houssein e-Ershad dan beliau ditangkap bersama-sama dengan beribu pengikutnya. Dr Ali dipenjarakan selama 18 bulan. Dalam penjara beliau diseksa begitu teruk sekali sehingga menyebabkan masyarakat antarabangsa menekan regim Shah Iran supaya beliau dibebaskan. Akhirnya beliau dibebaskan pada 20 Mac 1975.


Kebebasannya tidak membawa makna kerana beliau diawasi oleh agen-agen keselamatan Iran setiap waktu dan setiap detik. Keadaan ini menyebabkan beliau merasakan kebebasan beliau dirampas, beliau dihalang menerbitkan sebarang karya, menghubungi para pelajar dan mengadakan kuliah-kuliah untuk masyarakat Iran berdasarkan al-Quran dan sunnah Nabi Muhammad swt sehingga beliau membuat keputusan berhijrah ke England untuk mencari kebebasan diri dan keluarganya.


Tiga minggu selepas ia sampai di London, pada 19 Jun 1977, beliau dibunuh oleh polis Shah Iran yang dikenali sebagai SAVAK yang senantiasa mengekuri beliau ke mana beliau pergi.


Saya angkat kisah Dr Ali Shahriati ini untuk menunjukan kepada para pembaca bahawa format yang sama digunakan oleh regim UMNO untuk mematikan gerakan anti UMNO dikalangan golongan ilmuan, agamawan dan politikus yang berteraskan Islam bagi membolehkan UMNO yang memegang prinsip kebangsaan dan secular terus berkuasa sampai bila-bila, tetapi UMNO terlupa bahawa sebesar mana pun kuasa yang dimiliki oleh Shah Iran ketika itu, akhirnya beliau digulingkan oleh arus kebangkitan rakyat Iran yang bencikan pemerintahan yang dipenuhi dengan rasuah dan menyalahgunaan kuasa.


UMNO juga akan menempuh jalan yang dilalui oleh Shah Iran. Kezaliman UMNO juga serupa apa yang dilakukan oleh Shah Iran. Untuk terus berkuasa, Shah Iran melakukan berbagai kezaliman terhadap rakyatnya. UMNO pun mengambil pendekatan yang serupa. Rakyat marah dan bangkit menentangnya. Akhirnya Ayotollah Khomeni yang dibuang keluar negeri [ke Perancis] kembali ke Iran dan dengan bantuan rakyat dan pelajar-pelajar telah mengulingkan pemerintahan Shah Iran. Kemudian beliau mati dalam kehinaan.


Marilah sama-sama kita berdoa ramai-ramai agar UMNO juga dapat digulingkan sepertimana rakyat Iran bangkit mengulingkan pemerintahan Shah Iran dan kemudian beliau mati dalam kehinaan.


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.
" SELAMATKAN NEGARA DARI CENGKAMAN UMNO”

No comments: