DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Monday, March 22, 2010

KEZALIMAN UMNO BERTERUSAN

Sumber : Malaysia Waves


Penangkapan Mazlan Aliman telah saya jangkakan. Malahan, Mazlan Aliman bukan yang pertama digunakan kekerasan terhadapnya. Semenjak 1988 lagi, sewaktu itu Haji Suhaimi Said telah mencuba untuk mengadakan Seminar Felda peringkat Antarabangsa. Tidak sampai 2 minggu sebelum program tersebut bermula, Haji Suhaimi Said ditangkap di bawah ISA di bawah Operasi Lalang.FELDA adalah “Bank Undi” untuk UMNO.

Kalau tidak kerana Felda, UMNO sudah mati lama dah di Terengganu. Kawasan-kawasan di Terengganu dipecahkan supaya kawasan-kawasan Felda wujud dalam majoriti DUN. Kawasan Felda memberi “Bank Undi” yang cukup besar untuk UMNO setiap kali pilihanraya.Pada 2008, kalau tidak kerana undi Felda, nescaya Negeri Sembilan sudah jatuh berderai untuk UMNO. Begitu juga di Utara Selangor dan di Perak, Kedah dan seluruh Johor dan Pahang.Mazlan Aliman sedang mengusik sarang tebuan.

Kalau Felda bubar, maka UMNO akan bubar sepenuhnya. Felda adalah KUBU TERAKHIR UMNO bagi menjamin UMNO mampu bersaing dalam pilihanraya seterusnya.Tindakan Mazlan Aliman WAJIB disokong dan dipertahankan. Saya menyeru pihak PAS menubuhkan tabung guaman untuk Mazlan Aliman bagi menampung kos guaman serta kos ditahan oleh polis.FELDA wajib disedarkan bahwa mereka dipergunakan oleh UMNO untuk memenangkan kroni dan UMNOPUTRA. Mereka sendiri hidup dikongkong hutang keliling pinggang dan sentiasa dipaksa mengikut kehendak UMNO dan Barisan Nasional.


Bacaan seterusnya di
sini


“UMNO TIADA, RAKYAT SEJAHTERA”.
" SELAMATKAN NEGARA DARI UMNO CELAKA”

No comments: