DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Thursday, March 26, 2009

REFORMASI NAJIB TUN RAZAK KEMBALI KE ZAMAN JAKUN-SIRI 1

Oleh : Tun Telanai
Assalamu’alaikum wm.wrt
,

Saya tersenyum sinis apabila membaca laporan Malaysiakini.com terbitan 24 Mac lalu [
http://www.malaysiakini.com/news/100891]. Kenyataan Najib kepada media di Putrajaya yang dibaca oleh Setiausaha Akhbarnya, Tengku Sariffuddin Tengku Ahmad. Najib konon-kononnya akan menawarkan ‘reformasi’ dalam pembentukan karbinetnya yang dijangka diumumkan selepas pilihan raya kecil dua bukit dan satu batang selepas 7 April nanti.


Kenyataan media Najib ini secara langsung memberi tekanan kepada Abdullah Ahmad Badawi supaya segera melepaskan jawatan Perdana Menteri [PM] sebaik sahaja selesai perhimpunan agung lembu-lembu pawah pada 28 Mac ini seperti yang termaktub dalam perancangan plan peralihan kuasa. Kenyataan tersebut mengambarkan bahawa Najib terasa tidak sedap hati
kerana sehingga kini Abdullah masih belum mengumumkan tarikh sebenar yang beliau akan melepaskan jawatan PM dan menyerahkan kuasa kepada Najib.


Najib tidur tidak lena, mandi tidak basah kerana ada desas-desus menyebut Abdullah akan terus memegang jawatan PM ke satu tarikh yang belum pasti lagi. Ditambah pula pertemuan Anwar Ibrahim dengan Abdullah di sebuah pusat pengajian agama di Selangor baru-baru ini juga dikatakan turut membincangkan peralihan kuasa tersebut.


Anwar disebut memohon kepada Abdullah supaya meneruskan tugasnya sebagai PM seperti biasa sehingga sampai ke satu tarikh yang lebih sesuai, jangan tergesa-gesa menyerahkan kuasa kepada Najib. Najib menghadapi banyak masalah peribadi dan skandal yang belum diselesaikan. Najib menjadi liabiliti kepada negara. Walaupun mereka berdua secara konsisten menafikan desas-desus tersebut, namun hakikatnya di Malaysia khabar angin itu akhirnya akan menjelma menjadi satu kenyataan.


Peristewa penyingkiran Anwar dalam tahun 1998 menjadi dalilnya dan banyak lagi peristewa-peristewa yang berlaku dalam UMNO pada mulanya dinafikan dan akan akhirnya menjadi realiti. Contohnya, dalam tahun 1986 era pemerintahan 2M, krisis besar berlaku di antara Musa Hitam dengan Dr.Mahathir Mohamad. Pada mulanya berita ini dinafikan dan mereka berdua pernah berlakon berpeluk-pelukan bagi menunjukan kemesraan yang terjalin di antara mereka berdua di dalam salah satu perhimpunan agung UMNO akhir tahun 80an, tetapi tidak berapa lama kemudian Musa Hitam meletakkan jawatan Timbalan PM, malah Musa berkekerjasama dengan Tengku Razaleigh Hamzah menentang Mahathir sehingga membawa kepada UMNO diharamkan pada tahun 1988.


Dalam pada itu, ada pihak-pihak tertentu di dalam dan di luar UMNO sedang giat berusaha menghalang Najib menjadi PM ke-6. Kumpulan ini sedang berusaha keras untuk mengangkat Tengku Razaleigh Hamzah mengambil tempat Najib sebagai PM. Ku Li banyak berjasa kepada bangsa Melayu dan negara, jika dibandingkan dengan Najib. Kita berharap dan berdoa kepada Allah swt semoga Ku Li lebih berani ke depan bagi mengambilalih tugas PM daripada tangan Abdullah.


Rakyat Malaysia pada umumnya sangat meluat dan benci melihat watak musang berbulu ayam yang diamalkan Najib. Rakyat merasa teramat bimbang mengenai nasib dan masa depan negara ini di bawah Najib


Najib memperolehi kuasa secara bidan terjun mengambilalih tempat bapanya [allahyarham Tun Razak Hussein] yang meninggal dunia secara mengejut di London pada tahun 1976 akibat kanser darah. Pakatan Rakyat lebih rela memberi undi kepada Ku Li menjadi PM. Ku Li perlu mencari 23 undi lagi untuk mendapat undi sample majoriti [dicampur undi Pakatan Rakyat sebanyak 82 undi] bagi mengangkat beliau ke tampok kuasa. Perkara ini bukan mustahil berlaku. Politik merupakan satu seni yang serba berkemungkinan. Inilah yang amat membimbangkan Najib dan kuncu-kuncunya.


Kembali kepada isu asal yang ingin dibincangkan di sini iaitu reformasi yang akan dilakukan oleh Najib ketika beliau memegang jawatan PM sepertimana yang disebutkan oleh Setiausaha Akbharnya itu. Saya tidak nampak Najib mampu mereformasikan sistem pentadbiran negara ini ke arah yang lebih tulus dan terbuka. Ia hanya satu impian yang tidak mungkin menjadi nyata.


Sistem pentadbiran negara ini dalam semua institusi telah rosak teruk akibat daripada amalan rasuah yang bermaharajalela dalam sistem pentadbirannya. Mudahnya berlaku segala penyelewengan dan menyalahgunaan kuasa untuk kepentingan diri, keluarga dan kroni. Tidak ada institusi yang boleh diberi kepercayaan untuk memantau salah laku para pemimpin, orang yang dipimpin dan organisasi kerana di situ ada halangan dalam bentuk menggunakan kuasa dan kedudukan untuk menghalalkan cara bagi mencapai matlamat mengekalkan kuasa.


Najib bukanlah orang yang tepat untuk melakukan reformasi tersebut. Membawa Malaysia ke alaf tamadun kemanusian baru yang bersifat lebih terbuka, bersaing secara berhemah, bertolerensi dan menghargai serta menghormati haq-haq individu lainya dalam masyarakat majmuk. Lebih penting dari itu ialah mempertingkatkan nilai akhlak dan moral rakyat. Saya sebut di sini kerana dibadan Najib penuh dengan panau dan kurap serta kudis buta. Ia hanya mampu berlindung di bawah pakaian yang mahal-mahal lagi segak bergaya kerana beliau berduit dan berkuasa. Sekiranya ia tidak mampu memiliki semuanya itu, maka ia tidak ubah seperti kupang tembaga.


Mari kita ambil contoh mudah. Bagaimana Najib mampu membina sebuah tamadun kemanusiaan yang terbuka mindanya, sedangkan pada masa yang sama beliau berusaha berhempas pulas menjumudkan pemikiran rakyat. Bagaimana masyarakat boleh dibangunkan apabila semua sumber perbincangan rakyat ditutup. Rakyat dipaksa, diugut dan diancam supaya mereka berpaksikan pada satu sumber sahaja. Sudah tentu pemikiran rakyat akan menjadi jumud dan beku. Kesannya, beliau hanya berjaya menghasilkan sebuah m
asyarakat lembu pawah yang berwajahkan manusia.


Beliau sangat anti kepada suasana perbincagan dan proses pembelajaran bagi menambah ilmu dalam pelbagai bidang [selain apa yang diperbuat dan yang dihulurkan oleh UMNO], maka beliau menggunakan Kementerian Dalam Negeri melalui Che Din Yusoh, Setiausaha Bahagian Penerbitan dan kawalan mengeluarkan notis 24 jam mengantung permit terbitan Harakah dan Suara Keadilan selama tiga bulan mulai 23 Mac hingga 23 Jun 2009 tanpa memberi alasan yang rasional.

Tujuan beliau semata-mata hanyalah untuk menghalang rakyat daripada mendapat sumber maklumat lain, selain sumber maklumat yang dihulurkan oleh beliau sebagai bahan perbincangan untuk rak
yat menilai dan membuat pertimbangan bagi menghadapi tiga pilihan raya kecil serentak yang akan diadakan pada 7 April nanti.


Beliau juga bertindak sedemikian bagi menghalang rakyat mendapat maklumat mengenai proses pemilihan pemimpin UMNO yang diselubungi dengan amalan rasuah yang berluasan sehingga ke akar umbi. Dan besar kemungkinan mereka yang terpilih ini akan menjadi sebahagian pemimpin negara. Pemimpin yang dipilih melalui amalan rasuah amat buruk natijahnya kepada masa depan negara.


Khairy Jamaluddin, menantu Abdullah telah memenangi kerusi Ketua Pemuda UMNO mengalahkan Mukhriz Mahathir dan Dr.Khir Toyo. Khairy merupakan salah seorang yang didapati mengamalkan rasuan dalam pemilihan tersebut. Nasib beliau lebih baik daripada yang diterima oleh Mohd Ali Rustam. Beliau hanya diberi amaran keras dan Ali tidak dibenarkan bertanding Timbalan Presiden. Adalah berkemungkinan besar Khairy akan dilantik menjadi menteri bagi memenuhi kuata pemuda sepertimana yang Hishammuddin Hussein pegang sekarang. Oleh itu, Najib mahu menutup maklumat seperti ini kepada rakyat di negara ini.


Terpenting sekali ialah beliau mahukan maklumat tentang dirinya digambarkan sebersih-bersihnya. Beliau tidak mahu dikaitkan dengan masalah akhlaknya, beliau tidak mahu dikaitkan dengan sebarang skandal yang dihadapinya ketika ini diperbincangan ditengah-tengah masyarakat dan beliau tidak mahu dilonggokan dengan berbagai masalah peribadi khususnya ketika beliau mengangkat sumpah memegang jawatan PM. Najib mahukan seluruh rakyat Malaysia merayakan hari pertabalanannya sebagai PM ke-6, bergembira 44 hari 44 malam tanpa henti-henti. Najib tidak mahu ketenangan dan kegembiraannya itu diganggu dengan komen-komen negatif disiarkan oleh akhbar-akhbar parti pembangkang seperti Suara Keadilan dan Harakah yang mempunyai pengaruh meluas dikalangan rakyat di negara ini.


Jadi, keputusan yang dikira bijak perlu diambil segera untuk menyekat maklumat tersebut dari terus menerus masuk ke dalam kotak fikir rakyat. Maka, tindakan mengantung sementara pernerbitan akhbar-akhbar ini selama tiga bulan sudah memadai dan tepat. Hendak menghapuskan terus tidak boleh takut dipandang serong oleh negara-negara luar. Kita berharap, rakan-rakan wartawan kita di negara-negara berjiran bangkitkan persoalan ini ketika mengwawancara dengan Najib. Telah menjadi satu adat, Najib akan terbang ke negara-negara jiran menghulurkan tangan persahabatan dan mempromosikan diri. Beliau boleh bersantai dan berbulan madu dengan selesa.


Sayang, Najib terlupa [buat-buat lupa], banyak saluran lain yang ada yang boleh diterokai untuk menyampaikan maklumat kepada rakyat. Najib perlu ingat genarasi muda dan golongan pertengahan tidak bergantung kepada akhbar cetak untuk memperolehi maklumat terkini. Najib boleh kawal media milik UMNO dan memaksa pembaca, pendengar dan penonton terus menerus membaca skrip yang sudah pun disediakan, tetapi akhbar-akhbar lain khususnya internet tidak akan tunduk dengan kemahuan Najib itu. Akhbar-akhbar ini akan tetap mempetikaikan apa maklumat yang keluar dari mulutnya tidak akan dianggap sah dan sahih. Zaman IT, rakyat tidak boleh dipaksa menelannya bulat-bulat apa yang dikeluarkan oleh kerajaan khususnya dari mulut Najib.


Tindakan reformasi seperti itu, walaupun terpaksa kembali ke zaman ‘JAKUN’, Najib terpaksa lakukan juga kerana UMNO dan dirinya sendiri menghadapi laluan yang paling sukar dalam hidupnya untuk bangkit semula bagi menyakinkan rakyat Malaysia khususnya bangsa Melayu bahawasanya yang UMNO dan beliau sendiri dulu, kini dan selama-lamanya memperjuangkan survival agama, bangsa dan negara.


Bersambung siri ke-2: Langkah-langkah reformasi Najib seterusnya


“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian. Wallahu'alam dan terima kasih

No comments: