Oleh : Tun Telanai
Assalamu'alaikum wm.wrt,
Betapa malunya kita sebagai rakyat Malaysia yang bakal mendapatkan seorang PM yang didakwa melakukan berbagai perbuatan rasuah dan jenayah. Memanglah media-media Malaysia tidak melaporkannya kerana di sini dilonggokan barua-barua dan tali barut UMNO untuk memusingkan fikiran rakyat bahawasanya seluruh saf kepimpinan UMNO itu bersih dan suci daripada segala dosa dan noda, kecuali akhbar-akhbar luar negeri yang berpengkalan di Perancis seperti Liberation, The New York Times, International Herald Tribune, Times Online, The Times of India (India), The Australian (Australia), Kompas (Indonesia), The Nation (Thailand) dan NineMSN (berita internet). Lebih-lebih lagi warganegara Malaysia yang belajar atau bekerja di luar negara. Bagaimanakah agaknya mereka hendak mempertahankan maruah negara dan terutamanya untuk memperbaiki imej Najib Tun Razak yang dirosakkan begitu teruk sekali itu.
Hal ini tidak boleh dibiarkan. Malu kita dibuatnya. Seluruh bangsa Malaysia turut terpalit. Seperti kata pepatah Melayu, seekur kerbau yang membawa lumpur, semua yang lain bersih pun turut terpalit sama. Apa lagi wahai Said, Pesuruhanjaya Pencegahan Rasuah Malayasia terbanglah ke negara-negara berkenaan tangkap dan siasat wartawan-wartawan terbabit kerana ia satu bentuk menyalahgunaan kuasa dan kebebasan yang diberi. Untung-untung ada unsur-unsur rasuah didalamnya. Sudah tentu nama anda akan berada dipersada dunia antarabangsa. Tunjukkanlah kejantanan mu itu, wahai Said. Jangan belagak berani dikalangan anak-anak tempatan sahaja.
Musa Hassan tunggu apa lagi, buka fail dan siasat, jangan ashik berani terhadap orang yang tidak bersenjata yang semata-mata hadir hendak dengar ceramah politik, bukan ajak orang buat rusuhan. Anak buah kamu cukup mahir menggunakan senjata melepaskan gas pemedih mata, pacutan air kimia, membelatankan orang, menumbuk, menendang dan mengejar orang macam anjing kurap, tetapi menikus macam biawak pasir apabila bertemu musuh yang sebenar.
Ghani Patail minta cepat kertas siasatan daripada Musa Hassan. Dakwa wartawan yang terlibat dan sekripkan mahkamah supaya menjatuhkan hukuman penjara seumur hidup dan bayar ganti rugi berbillion ringgit kepada Najib. Jangan pula arahankan mahkamah supaya mengantung akhbar-akhbar terbabit selama-lamanya.
Jangan lupa kamu semua memegang amanah yang besar untuk membersihkan nama baik bakal PM kita tu.
Tuduhan dibawah dan saranan Haji Hadi perlu diambil perhatian yang berat :
TUDUHAN TERHADAP TPM:PAS CABAR KERAJAAN SAMAN MEDIA ASING
Petikan daripada Harakahdaily.net:
http://www.harakahdaily.net/index.php?option=com_content&task=view&id=020020&Itemid=85
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Hrkh) - Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mencabar kepimpinan negara ini untuk mengambil langkah berani dengan memulakan tindakan menyaman media-media cetak dan internet antarabangsa berhubung tuduhan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dengan pelbagai kes rasuah dan jenayah.
Katanya tindakan saman ini adalah perlu supaya imej Malaysia yang tercalar akibat berita yang sangat memalukan ini dapat dipulihkan.
KUALA LUMPUR, 26 Mac (Hrkh) - Presiden PAS Dato' Seri Tuan Guru Abdul Hadi Awang mencabar kepimpinan negara ini untuk mengambil langkah berani dengan memulakan tindakan menyaman media-media cetak dan internet antarabangsa berhubung tuduhan Timbalan Perdana Menteri Malaysia dengan pelbagai kes rasuah dan jenayah.
Katanya tindakan saman ini adalah perlu supaya imej Malaysia yang tercalar akibat berita yang sangat memalukan ini dapat dipulihkan.
"Sekiranya tindakan saman ini tidak diambil, maka sebenarnya maruah dan masa depan negara akanmenjadi bahan momokan masyarakat dunia," katanya dalam satu kenyataan media kepada Harakahdaily sebentar tadi.
Antara media asing yang menyiarkan berita berkaitan salah laku Dato' Seri Najib Tun Razak yang dikatakan bakal mengambil alih tampuk kepimpinan negara ialah akhbar Liberation yang berpangkalan di Perancis, The New York Times, International Herald Tribune, Times Online, The Times of India (India), The Australian (Australia), Kompas (Indonesia), The Nation (Thailand) dan NineMSN (berita internet antarabangsa).
Kata Ustaz Hadi penyiaran berita seperti demikian adalah sangat memalukan seluruh rakyat dalam sebuah negara yang berdaulat ini.
PAS katanya berpendapat bahawa kepimpinan adalah merupakan satu amanah yang sangat besar, dan ianya wajib dipikul oleh orang atau pemimpin yang bukan sahaja layak dan adil tetapi juga perlu dilihat bersih amal perbuatannya.
Risiko mempunyai kepimpinan yang rosak akhlak dan mempunyai seribu satu macam bebanan fitnah adalah sangat tinggi, di mana maruah negara adalah menjadi taruhannya, kata Ustaz Hadi
Hal ini menjadi lebih buruk apabila media cetak dan internet antarabangsa mula menyiarkan berita kaitan kes rasuah dan jenayah ini dengan Timbalan Perdana Menteri yang bakal mengambil alih kuasa.
"Ucapan saya di Dewan Rakyat pada 18 Februari lalu adalah terang dan jelas, bahawa seseorang pemimpin terutamanya bakal Perdana Menteri Malaysia yang baru mestilah dibersihkan terlebih dahulu dari sebarang fitnah sebelum layak memegang tampuk pemerintahan yang sangat berat ini,"katanya
“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”
Sekian. Wallahu'alam dan terima kasih
No comments:
Post a Comment