DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Monday, March 23, 2009

DR KHIR TOYOL:KATA ORANG, KITA YANG LEBIH

Cukup menarik isu Dr.khir Toyo [baca: Toyol] kerana pertama beliau menjadi Ketua Pembangkang di DUN Selangor dan bekas MB. Kedua, beliau yang bertindak jagoan dan lagak panglima menentang rasuah, menyalahgunaan kuasa dan menyeleweng dari dasar pemerintahan untuk membantu rakyat. Beliaulah menyerang kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor terutama MBnya, Khalid Ibrahim. Macam-macam isu-isu yang ditimbulkannya, yang dikatakanya Khalid itu perasuah besar dan menyalahgunaan kuasa bagi kepentingan diri. Beliau serang habis-habisan Khalid. Muncullah isu 40 lembu korban dan kereta peribadi yang Khalid gunaan untuk tujuan rasmi kerajaan.

Beliau bertindak sedemikian untuk menunjukkan kepada rakyat yang dia itu betul-betul bersih dan tidak pernah terpalit dengan sebarang tuduhan rasuah dan menyalahgunaan kuasa. tanyalah kepada Ahmad lutfi Othman, Ketua Pengarang Harakah. Lutfi sudah letih, lenguh lutut naik-turun tanggan BPR [kini SPRM] melaporkan perlakuan rasuah Khair Toyol. Khair Totol tidak lut kerana beliau pemimpin UMNO yang berkuasa. Begitulah perjalanan undang-undang di negara kita yang dicintai ini. Kita ada dua undang-undang. Satu, untuk puak-puak UMNO yang berkuasa dan kedua, untuk kita yang marhae

DUN S'gor mula siasatan dana Balkis

Petikan daripada : http://www.malaysiakini.com/news/100776

Bekas menteri besar Datuk Seri Dr Mohamad Khir Toyo dijadual memberikan keterangan esok berhubung isu sumbangan besar syarikat berkaitan kerajaan (GLC) Selangor kepada badan amal isteri wakil-wakil rakyat BN negeri itu. Isterinya Zaharah Kechik - yang juga bekas Badan Amal dan Kebajikan Isteri-isteri wakil rakyat Selangor (Balkis) - akan turut dipanggil pada hari kedua siasatan awam DUN Selangor yang bermula hari ini.
Kedua-duanya dijangka hadir esok sekiranya badan siasatan tersebut selesai mendapatkan keterangan daripada pegawai-pegawai kanan, termasuk setiausaha kerajaan negeri Datuk Ramli Mahmud. Seorang anggotanya, Saari Sungib ketika ditemui selepas sesi itu yang tamat hampir jam 4 petang tadi bagaimanapun berkata, Dr Mohamad Khir dan isterinya mungkin dipanggil memberikan keterangan lusa.
Katanya, selain mahu menghabiskan siasatan terhadap sumbangan Kumpulan Darul Ehsan Berhad (KDEB) dan Perbadanan Kemajuan Negeri Selangor (PKNS), Selcat akan memfokuskan siasatan terhadap Perbadanan Nasional Selangor Berhad (PNSB).
Ketua Pegawai Eksekutif PNSB, Khairiah Abu Hassan yang hadir untuk memberikan keterangan hari ini, akan berbuat demikian esok kerana kesuntukan masa. Ramli dan penjawat awam daripada GLC yang menyalurkan sumbangan sehingga jutaan ringgit terhadap Balkis telah memberikan keterangan dalam siasatan tersebut di bangunan DUN Selangor.
Tiada garis panduanTimbalan pengurus besar Perbadanan Kemajuan Pertanian Selangor (PKPS), Mohamad Nordin Darhan, Pengerusi KDEB Abdul Karim Munisar dan bekas Pengurus Besar PKNS, Datuk Harun Salim memberikan keterangan dalam sesi pagi ini.
Dalam keterangan, mereka mengakui tiada garis panduan dan kriteria tertentu dalam mempertimbangkan kelulusan untuk sumbangan kepada NGO, termasuk Balkis. Dalam siasatan hari ini, empat sumbangan yang diterima Balkis menarik perhatian tujuh anggota Selcat, terutamanya empat daripada speaker dan Ahli DUN (Adun) Pakatan Rakyat.
Sumbangan itu antaranya, tajaan majlis makan malam bernilai lebih RM700,000, pembelian coklat kira-kira RM25,000 dan perbelanjaan penerbangan udara oleh pemimpin Balkis lebih RM170,000 ke China bagi membeli cenderahati untuk sebuah programnya. Cenderahati itu termasuklah topi dan bunga hiasan berjumlah RM200,000 yang resitnya disediakan dalam bahasa Cina.
Ramli sebagai saksi pertama pagi tadi memberitahu Selcat, dua tahun lalu, kerajaan negeri menaja majlis makan malam isteri wakil-wakil rakyat seluruh Malaysia sebanyak RM450,000 – untuk tiga hari berturut-turut di sebuah hotel di Sunway. Bagaimanapun, PKNS dan sebuah anak syarikatnya Worldwide Holdings Bhd untuk program yang sama menyumbangkan hampir RM300,000 lagi - menjadikannya jumlahnya RM700,000.
Pembelian coklat Setakat hari ini, PKNS juga didapati menyumbang RM958,000 kepada Balkis bagi tempoh dua tahun – menjadikannya GLC terbanyak berbuat demikian berbanding yang lain. Tindakan KDEB membayar permbelian coklat berharga puluhan ribuan ringgit pada tahun 2007– dalam dua invois – juga mengundang bertalu-talu soalan daripada anggota Selcat.
Dipengerusikan oleh Teng, Selcat dianggotai tiga Adun Pakatan dan dua Adun BN, iaitu, Haniza Talha (PKR-Taman Medan), Mohamed Azmin Ali (PKR-Bukit Antarabangsa), Saari Sungib (PAS-Hulu Kelang), Edward Lee Poh Lin (DAP-Bukit Gasing), dan Sulaiman Abdul Razak (BN-Permatang) dan Ismail Sani (BN-Dusun Tua). Kedua-dua Adun BN bagaimanapun hanya hadir dalam sesi pagi sahaja. Walaupun terbuka kepada awam, bahagian tempat duduk itu hanya diisi tidak sampai 20 pemerhati. Turut hadir Adun Sekinchan Ng Suee Lim.
“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian. Wallahu'alam dan terima kasih

No comments: