DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, July 15, 2008

KISAH SILAM : SEORANG MUNAFIK

SURAT EZAM MOHD.NOOR KEPADA NOH OMAR:
PERBINCANGAN ISU PERPADUAN MELAYU
4 Januari 2001


YB DATUK NOH HJ OMAR
Pengerusi,Pertubuhan Alumni Kelab-kelab UMNO Luar Negara
d/a Pejabat Setiausaha Parlimen di Jabatan Perdana MenteriAras 3,
Blok Barat,
Pusat Pentadbiran Kerajaan Persekutuan
62502 Putrajaya Fax : 03-88883541


YB Datuk


PERBINCANGAN ISU PENYATUAN ORANG MELAYU


Pemuda Keadilan merakamkan penghargaan di atas kesediaan Pertubuhan Alumni Kelab UMNO untuk mengadakan perjumpaan untuk mendapatkan "penjelasan dan pendirian Pemuda Parti Keadilan mengenai isu Penyatuan Orang-orang Melayu dan isu tuntutan Suqiu".


Kami tidak bersetuju dengan pertemuan tersebut kerana bagi Pemuda Keadilan isu sebenar negara hari ini bukan isu Penyatuan Melayu atau tuntutan Suqiu. Isu negara hari ini ialah persoalan rasuah dan penyelewengan di kalangan pimpinan kerajaan, pencabulan dan salah guna kuasa terhadap institusi pelaksana hukum seperti kehakiman, BPR dan Jabatan Peguam Negara, penggunaan dana awam untuk menyelamati individu tertentu yang amat berleluasa dan mengancam keutuhan ekonomi negara dan kemaslahatan rakyat Malaysia.


Acap kali isu penyatuan dijadikan sandaran untuk menutup kepincangan sebenar bangsa ini. Akhir 80an dahulu pertembungan berlaku di kalangan pimpinan utama UMNO. Riuh-rendah isu rasuah dan penyelewengan kalangan elit pemerintah diperdebatkan Bila gagasan perpaduan dipalu, akhirnya rakyat diarah berpadu dan cerita rasuah tiba-tiba menjadi abu. Pemimpin rasuah terus selamat dan rakyat pula yang dipersalahkan kerana berpecah dan diminta pula bekerja kuat untuk mencapai perpaduan.


Oleh yang demikian, Pemuda Keadilan ingin menegaskan bahawa kami menolak sebarang usaha perpaduan yang tidak dikaitkan dengan gagasan mencegah rasuah dan penyelewengan kuasa. Bagi kami, perpaduan tanpa iltizam untuk membanteras najis rasuah dan dosa penyalahgunaan kuasa adalah kosong dan tidak bermakna.


Sekian. Terima kasih.


Mohd Ezam Mohd Noor
Ketua Pemuda KeADILan

Catatan :

Seluruh ahli-ahli UMNO waspada sang munafik ini akan berubah bila-bila masa-masa sahaja sekiranya ada tawaran yang lebih lumayan daripada pihak untuk kemewahan duniawi. Oleh itu, perkudakan si munafik ini semahu-mahunya. Biar berbaloi upah yang beliau terima.

Selepas itu, buangkan si bangsat ini ke dalam lautan cina selatan supaya dimakan jerung. Sekiranya jerung itu tidak sedar bahawa bangkai itu bangkai si bangsat ini.

Maaf kepada pembaca sekalian, saya terpaksa menggunakan perkataan munafik, tetapi saya ada alasan tertentu melabelkan Ezam sebagai rupa. Terima kasih.


No comments: