DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Tuesday, July 15, 2008

ANTARA HARUN DAN EZAM

Oleh : Cili Api [http://detik.daily.tripod.com/Mei/b5juna.htm]


Cili Api membaca laporan akhbar bahawa Datuk Harun Idris - bekas MB Selangor, bekas Naib Presiden PMS46 dan juga bekas penghuni penjara Pudu, akhirnya sudah diterima semuala menjadi anggota UMNO. Lama betul beliau terpaksa menunggu, selepas puas “round” merata Selangor dan Malaysia dengan motorsikal besarnya.


Seingat Cili Api, Harun ini telah meninggalkan PMS46 lama sebelum parti itu membubarkan diri sendiri dan kebanyakan anggotanya memasuki UMNO semula. Khabarnya, walaupun beliau telah memohon untuk kembali ke pangkuan UMNO, permohonan beliau tidak dilayan. Aneh juga. Sebab permohohan dibuat semasa Dr M @ Cek Det menjadi Presiden UMNO. Pada hal Harunlah yang memainkan peranan besar untuk membawa balik Cek Det ke dalam UMNO pada awal 70an semasa Tun Razak presiden UMNO. Orang UMNO tentu tidak lupa bahawa Cek Det telah dibuang dari UMNO pada tahun 1969. Tetapi Cek Det bukan tahu membalas budi.


Mengapa baru sekarang Harun diterima? Barangkali beliau sudah tua, tidak berpengaruh lagi dan tidak menjadi ancaman kepada Cek Det. Lagi pula sekarang ini Cek Det toleh kanan toleh kiri dan mendapati dia tidak banyak sahabat lagi.


Ezam Hohd Noor pula telah keluar dari UMNO selepas peristiwa pemecatan Anwar Ibrahim dan turut menubuhkan keADILan. Sekarang beliau menyandang jawatan Ketua Pemuda. Nampaknya beliau salah seorang pemimpin muda yang berani dan cergas membela Anwar dan juga mengkritik kerakusan Cek Det serta korupsi yang dilakukan oleh kroni-kroninya. Jadi beliau selalu menjadi sasaran serangan pemimpin-pemimpin UMNO.


Kebetulan pilihanraya kecil Teluk Kemang sedang berjalan. Semasa pilihanraya kecil Sanggang dulu, PAS sering diserang. Sekarang di Teluk Kemang, keADILan pula yang menjadi tumpuan serangan. Kebetulan pula Ezam adalah pengarah pilihanraya di sana. Jadi, ketika ini serangan berpindah pula kepada keADILa dan Ezam khususnya.


Ada orang yang sudah dibeli untuk keluar keADILan dan menuntut supaya Ezam berundur. Lebih teruk lagi, ada pula mereka yang memfitnahkan konon Ezam mempunyai hubungan sulit dengan Nurul Izzah. Dalam pada itu, semasa pilihanraya kecil ini Ezam dibicara pula kerana kononnya membongkar raksia pemerintah. Memandangkan mahkamah yang tidak berwibawa kini, ada kemungkinannya beliau akan dijatuhi hukum.


Mengapa ini semua berlaku? Sebabnya mudah saja. Pucuk pimpinan pemerintah BN serta kroni-kroninya, cukup marah dengan Ezam kerana menentang mereka. Apatah lagi Ezam berkesan dalam penentangannya. Beliau masih muda. Jikalau esok Ezam masuk UMNO dan memfitnah Anwar, tentu sekali beliau akan dipuji oleh pemimpin UMNO serta wartawan upahan media.


“SELAMATKAN RAKYAT SELAMATKAN NEGARA”
‘PROTES SAMPAI TURUN”

Sekian. Wallahu'alam dan terima kasih

No comments: