Assalamu’alaikum wm.wrt,
Dalam wawancara dengan Malaysiakini.com, Mohamad Norza Zakaria, Setiausaha Politik Menteri Kewangan Kedua, Nor Mohamed Yaacop , Ahli Majlis Tertinggi (MT) UMNO dan Ketua Pemuda UMNO Wilayah Persekutuan, Kuala Lumpur [Rujuk : http://www.malaysiakini.com/news/70935] dengan gaya ‘bodek’ dan ‘mengampu’ secara keterlaluan [rasa meloya dan menyampah teramat sangat terhadap kenyataan yang keluar daripada mulut si Norza ini-Penulis] menyebut bahawa Khairy Jamaluddin, Naib Ketua Pemuda Malaysia, menantu Perdana Menteri “ada segala-galanya untuk jadi pemimpin”. Sambung beliau lagi: “Khairy juga boleh berdebat dengan sesiapa sahaja dan kualiti sedemikian menjadikan Khairy lebih baik daripada orang lain”
Wau! Hebat betul si Khairy ini mengikut pendapat Norza [bos dia sendiri Nor Mohamed Yaacop kalah dengan Khairy]. Tidak ada orang lain sehebat dan sepandai Khairy di Malaysia yang mempunyai penduduk seramai 27 juta orang buat masa ini dan selama-lamanya. Berdasarkan logic si Norza ini, seluruh penduduk Malaysia [terdiri daripada berbagai kaum dan agama] terdiri daripada orang-orang yang bodoh-bodoh belaka, termasuk para pemimpin terdahulu dan sekarang [baik dalam kerajaan maupun dalam pembangkang] seperti bekas Perdana Menteri Tengku Abdul Rahman Putra, Tun Razak Huseein, Tun Hussein Onn, Tun Dr.Mahathir bin Mohamad dan bapa mertuanya sendiri Abdullah Ahmad Badawi. Patutlah pun Dr.Mahathir mendakwa pentadbiran Negara ini diuruskan oleh orang-orang yang berada di tingkat 4, Jabatan Perdana Menteri.
Yang terhebat, terpandai dan paling bijaksana serta berpandangan jauh ialah Khairy Jamaluddin seorang sahaja. Pandangannya menjangkau 460 tahun akan datang [tempoh masa kita dijajah oleh barat, bermula kejatuhan Melaka ke tangan Portugis sehinggahlah kita merdeka pada tahun 1957]. Khairy mampu menjangkakan apa akan terjadi kepada Negara ini [termasuk di saat-saat UMNO akan dikapan,dikubur dan ditalqinkan]. Khairylah yang boleh dan layak diangkat sebagai pemimpin. Maka, kata Norza pemerintahan Negara ini perlu diserahkan kepada Khairy untuk diuruskan pada masa hadapan demi bangsa, agama dan negara. Semua yang lain-lain itu kena patuh dan taat–setia tanpa berbelah bahagi akan segala titah perintah daripada Khairy. Khairy bos yang lain itu semuanya kulikang termasuk Raja-raja [mungkin itu maksud Norza-wallahu’allam].
Nasib baik kita semua tidak ajar oleh Norza ini [seperti ajaran Ayah Pin] bahawa Khairy adalah pemimpin yang didatangkan khas oleh Allah s.w.t untuk memimpin kita semua. Semua kata-kata yang keluar daripada mulut Khairy adalah suci, tidak yang tidak benar, melainkan yang benar-benar belaka. Pendik kata Khairy setaraf dengan para Nabi-nabi dan rasul-rasul yang menjadi pilihan Allah untuk menjadi khalifah di bumi ini. Aazubillah min zalik!
Ya, kita bersetuju sebahagian daripada pandangan yang dinyatakan oleh Norza itu. Kita tidak bersetuju dengan kenyataan bahawa Khairy ada segala-segalanya untuk dijadikan sebagai pemimpin. Khairy seorang yang cerdik, graduan lulusan dari Oxford dan berkuasa dalam Jabatan Perdana Menteri. Muda, bijak dan berada serta berupaya menguasai 3M yang menjamin kemenangan berpihak kepadanya dulu, kini dan selama-lamanya.
Imej yang ditonjolkan oleh Khairy membuatkan media melabelkannya sebagai "open minded" dan "perubahan yang menyegarkan". Media antarabangsa mendakwanya sebagai “pemuda 28 tahun paling berkuasa di Malaysia." Tetapi wahai Norza! Engkau wajib ingat bahawa di dunia ini tiada yang lebih tinggi. Pokok lebih tinggi daripada rumput, awan lebih tinggi daripada pokok, matahari lebih tinggi daripada awan. Universiti Harvard lebih tinggi daripada Universiti Oxford.
Khairy pandai dan cerdik. Semua kita akui dia cerdik dan pandai, tetapi setakat cerdik dan pandai tidak memadai untuk menjadi seorang pemimpin yang agung yang akan dikenang zaman berzaman. Banyak orang cerdik dan pandai yang menjadi perosak masyarakat dan negara. Kita lihat dalam negara kita ini, siapakah yang merosakkan sistem pentadbiran negara, salah urus kewangan negara, yang terlibat dengan rasuah, amalan politik wang [seperti engkau wahai Norza-perebutan jawatan dalam UMNO Putrajaya dengan anak Aseh Che Mat]menyalahgunaan kuasa, kedudukan dan terlibat dengan berbagai skandal yang boleh menghancurkan agama, bangsa dan negara. Semuanya yang terlibat itu ialah orang-orang cerdik-pandai, bukan orang-orang kampung yang boleh dibeli bila-bila masa yang dikehendaki. Hulur dua tiga kupang, sudah terbeliak biji mata dan bukan orang-orang seperti kami yang bodoh-bodoh belaka hanya kulikang sahaja.. Sayang geng-geng engkau Norza tidak menggunakan otak brillian kurniaan Allah itu untuk kepentingan ummah.
Khairy seorang Islam, bapanya orang Rembau, Negeri Sembilan [bekas pegawai tinggi kerajaan] dan ibunya orang Kedah tidak memiliki ciri-ciri seorang pemimpin Islam [sebab negara ini negara Islam-ikut kata Dr.Mahathir dan Najib Tun Razak]. Khairy tidak ada akhlak dan moral sebagai seorang Islam. Kalau Khairy memiliki akhlak yang mulia, sudah tentu dia tidak mengelar Dr.Mahathir semacam seekur ‘beruk’ kerana selama 22 tahun Dr.Mahathir memerintah, mahu tidak mahu kita terpaksa mengakui dan menerima bahawa Dr.Mahathir banyak memberi sumbangan dan berjasa kepada agama, bangsa dan negara. Dr.Mahathir berjuang semenjak negara belum lagi mencapai kemerdekaan sehinggalah beliau bersara pada 31 Oktober 2003 lalu dan kini masih lagi meneruskan perjuangan ikut cara dia sendiri.
Begitulah juga, sekiranya Khairy bermoral tinggi, dia tidak akan mengelar semua blogger [kecuali blogger kaki bodek dan ampu seperti engkau wahai Norza] dilebelkannya sebagai ‘beruk’. Seorang pemimpin sejati tidak sewenang-wenangnya mengeluarkan perkataan yang boleh menyinggung perasaan orang lain. Pemimpin mesti berada dalam keadaan ‘cool’ sepanjang masa, sabar dan pemaaf.Tidak boleh menunjukkan ego, sombong dan angkuh kepada rakyat, apatah lagi menunjuk lagak ‘samseng’ melompat dan bersorak macam ‘kera kena belancan’ [Rujuk : Peristewa-peristewa yang dirakamkan dan disebarkan kepada umum dalam pilihanraya kecil di Macap, Melaka dan di Ijok Selangor]. Khairy melalui para penasihatnya [mungkin engkau salah seorang penasihatnya ] perlu nasihatkan Khairy supaya berfikir menggunakan aqal yang berada di atas kepada bukan menggunakan kepala lutut.
Dalam diri Khairy Jamaluddin, saya dapati tidak ada ciri-ciri kepimpinan seperti yang dikehendaki oleh Islam. Berkata Imam Al-Shafiee Rahimahullahutaala [Al Umm juz VII ms 4] bahawa telah berfirman Allah Taala yang bermaksud:
"Hai Daud! Sesungguhnya kami menjadikan kamu [penguasa] di muka bumi, maka berilah keputusan [perkara] di antara manusia dengan adil dan janganlah kamu mengikuti hawa nafsumu, kerana ia akan menyesatkan kamu dari jalan Allah. Sesungguhnya orang-orang yang sesat dari jalan Allah akan mendapat azab yang berat, kerana mereka melupakan hari perhitungan"
[Surah Shaad ayat 26]
Wahai! Norza terdapat tiga siri wawancara engkau dengan malaysiakini.com yang telah disiarkan tidak menunjukkan engkau berusaha mengujudkankan Khairy Jamaluddin [hanya bodek-membodek dan mengampu untuk pendapat pangkat dan kedudukan lebih tinggi [sekiranya nanti Khairy jadi pemimpin no.1] seperti yang engkau nikmati sekarang adalah hasil pertolongan Khairy jua] sebagai pimpinan yang diredhai Allah. Mengujudkan pimpinan yang seumpama itu dituntut oleh syara' berdasarkan kepada ijamaa'ulummah, di antara ayat-ayatnya:
"Dan hendaklah ada di antara kamu segolongan umat yang menyeru kepada kebajikan menyeru kepada yang maaruf dan mencegah dari yang munkar mereka itulah orang-orang yang beruntung"
Maksud ayat [A1-Imran 104]
Imam Al-Ghazali menerangkan bahawa perkataan "hendaklah ada di antara kamu" merupakan perintah , yang dzahirnya menunjukkan wajib, "mereka itulah orang yang beruntung" menunjukkan Fardhu tugas tersebut merupakan fardhu kifayah bukan fardhu a'in yaitu bilamana sebahagian umat melaksanakan terlepaslah kewajipan ke atas yang lain.
"Dan orang-orang yang beriman lelaki dan perempuan sebahagian mereka adalah menjadi penolong bagi sebahagian yang lain. Mereka menyuruh yang maaruf dan menegah yang mungkar. Mendirikan sembahyang ..."
Maksud ayat (Al-Taubah 71)
Imam A1-Ghazali menjelaskan: Bahawa orang-orang mukmin itu telah mensifatkan mereka itu menyuruh yang maaruf dan menegah yang mungkar. Bermakna seseorang yang lari dari tugas itu telah terkeluar dari sifat seseorang mukmin yang dinyatakan.
Sabda Rasulullah s.a.w. "Wahai manusia Allah berfirman menyuruh kamu melakukan yang maaruf dan menegah dari yang munkar, sebelum kamu berdoa di mana tidak dimakbulkan permohonan tersebut "
Maksud hadith riwayat Ahmad dan al-Baihaki.
Ditanya kepada Khudzaifah r.a. siapakah bangkai bernyawa. Jawab beliau: "ialah orang yang tidak mencegah kemungkaran baik dengan tangannya mahupun dengan lidah dan hatinya.
Inilah perangai yang ada pada diri engkau wahai Norza dan geng-geng kamu itu. Engkau gagal menyeru Khairy menyahut seruan Allah dan NabiNya. Apa yang engkau dan geng-geng kamu nampak ialah 3K dan 1W dan satu lagi 1A.
Perjuangan [seperti diwar-warkan] bakal pemimpin seperti Khairy itu mestilah digerakkan oleh iman dan amal saleh baharulah boleh disebut satu perjuangan yang sejati dan suci kerana Allah. Bukan setakat menghunus keris dan berucap berapi-api berbau perkauman kononnya hendak membela agama dan bangsa.
Perjuangan ini ada dalam berbagai bentuk seperti perjuangan dalam bidang kebajikan, ekonomi, ilmu pengetahuan [pelajaran], politik, kemasyarakatan dan lain-lain. Pimpinan yang digerakkan oleh kepentingan diri, fahaman politik, perkauman, kedudukan, kemewahan dan seumpamanya bukanlah merupakan pejuang sebenar. Janganlah marah apanila Ronei Liu daripada DAP menulis menyebut bahawa para pemimpin UMNO bukan pejuang sebenar, sepatutnya engkau dan geng-geng kamu perlu berfikir secara rasional dan mesti tunjukkan keikhlasan dan amanah dalam perjuangan. Bukan kerana tulisan itu terus buat laporan polis supaya Ronei disiasat dan dihukum. Berbincanglah secara bijiak, bermindakan kelas dunia pertama.
Rasulullah s.a.w. pernah menyatakan di dalam sabdanya dalam peristiwa hijrah daripada Mekah ke Madinah siapa yang berhijrah kepada Allah dan rasulnya, maka hijrahnya adalah kepada Allah dan rasulnya. Siapa yang berhijrah kepada dunia atau wanita yang dicintai olehnya maka ia berhijrah kepada perkara yang menjadi tujuannya. Begitulah apa yang terjadi ke atas perjuangan para pemimpin UMNO sekarang ini, di mulut sahaja berjuang untuk agama,bangsa dan Negara, tetapi hakikat sebenarnya adalah berjuang untuk mengembongkan perut masing-masing.
Hadith ini menjelaskan bahawa sesuatu perjuangaan itu sekalipun sukar dan penuh sengsara seumpama berhijrah tadi. namun bilamana tidak digarapkan oleh iman dan amal saleh tidaklah memenuhi kehendak perjuangan dan pimpinan yang sebenarnya menjadikan perjuangan itu tidak tercapai matlamatnya. Agama dan bangsa semakin mundur, kucar-kacir dan menghadapi berbagai masalah berbanding dengan kaum-kaum lain yang relex sahaja menerima habuan hasil perjuangan orang Melayu-Islam.
UMNO tidak mampu berbuat apa-apa untuk meningkatkan taraf kehidupan social bangsa. Sudah 50 tahun Negara mencapai kemerdekaan, namun nasib bangsa tidak banyak berubah. Timbalan Menteri Kewangan Dr Awang Adek Hussin pernah menyebut bahawa pencapaian orang Melayu kini masih 18 peratus.
Perbezaan etnik negara terdiri daripada bumiputera (65%), kaum Cina (26.1%) dan kaum India (7.3%) dan kalau ia mengambil kira dari sudut ekonomi, maka sangat jelas menunjukkan perbezaan etnik yang meluas dalam pendidikan, pekerjaan, pemilikan aset, perumahan dan profesion. Bandar-bandar utama di negara ini premis perniagaan utama sangat sedikit dimiliki oleh pengusaha Melayu. Malah di kawasan perusahaan termasuk kawasan perkilangan IKS boleh dikira dengan jari berapa yang dimiliki oleh kaum Melayu. Pemilikan bangunan komersial dan premis jauh dari seimbang–Bumipitera 11.7 peratus, Cina 71.9 peratus dan India 4.6 peratus
Majoriti besar bumiputera di kawasan bandar tinggal dalam rumah flat dengan keluasan 500 kaki persegi yang menjadi salah satu penyebab utama gejala sosial. Kemiskinan masih ramai berlaku di kalangan kaum bumiputera . Perhatikan data insiden kemiskinan tegar Bumiputera (1.9%) , Cina (0.1%) dan India (0.3%). kemiskinan keseluruhan, realitinya ialah Bumiputera 8.3 peratus ,Cina (0.6 %) dan India (2.9%) . Umum tahu betapa kemiskinan tegar ini masih wujud dikalangan orang Melayu dan ini menandakan betapa kekayaan di negara ini tidak teragih secara adil di kalangan kaum. Purata pendapatan kasar bulanan isi rumah juga mendedahkan kenyataan yang tidak memuaskan, iaitu Bumiputera RM2,522, India RM3,215 dan Cina RM4,127.
Berdasarkan data tahun 2005, kategori jawatan professional [tidak termasuk pensyarah, guru, penulis dan artis], bumiputra adalah 47.5 peratus berbanding dengan 77.6 peratus di kalangan orang Cina dan 69.2 peratus bagi kaum India. Jawatan akauntan pula, bumiputera 20.8 peratus, Cina [73.6%] dan India [4.4%]. Dalam sektor swasta pula, Ketua Pegawai Eksekutif (CEO) bumiputera adalah 20 peratus berbanding 70.4 peratus bagi kaum Cina. Pemilikan modal saham pula, bumiputera memilik 18.9 peratus, kaum Cina 39 peratus dan kaum India 1.2 peratus. Taraf pendapatan kaum petani dan nelayan, peneroka dan pekebun kecil yang sebahagian besarnya adalah orang Melayu merupakan sector paling miskin di Malaysia.
Kuasa politik orang Melayu nampaknya masih kuat, tetapi pada hakikat sebenarnya ia semakin lemah. Ianya berlaku kerana orang Melayu khususnya para pemimpin dalam parti UMNO berperangai macam IBLIS mementingkan diri sendiri dan bermusuh sesama Melayu-Islam kerana perbezaan fahaman politik, tidak seperti pegangan politik orang bukan Melayu. Mereka bersatu dalam mencapai matlamat kepentingan bangsa mereka. Kelemahan orang Melayu ialah kerana pemimpin kita kebanyakanya tidak berkualiti. Pandai, tetapi tidak boleh diharap dan bodoh tidak boleh diajar.Dasar penswastaan kerajaan yang bertujuan untuk melatih orang Melayu dalam bidang pengurusan ekonomi, tetapi gagal kerana kerajaan melantik mereka yang tidak berkemampuan untuk melaksanakannya. Orang Melayu sudah tidak percaya kepada bangsa mereka sendiri.
UMNO sudah menjadi satu masalah kepada orang Melayu, bukan-Melayu dan Malaysia. UMNO sudah tidak lagi menjadi sebahagian penyelesaiannya. Dalam mesyuarat agung tahunan mereka dan di luar musyuarat agung ketika menjalankan aktiviti parti, mereka bersuara dengan lantang penuh dengan laungan cuvanis dan kata-kata hasutan perkauman yang amat menjijikkan. Khairy Jamaluddin yang diagung-agungkan oleh Norza itu merupakan salah seorang daripadanya. Khairy pernah memberi amaran kepada MCA dalam persidangan perwakilan Pemuda UMNO Bahagian Jerlun, Kedah pada bulan Ogos 2006 lalu supaya MCA jangan mengambil kesempatan dalam kedudukan orang Melayu lemah [merujuk krisis di antara Dr.Mahathir V Abdullah] dan dalam satu kenyataan yang lain, Khairy mengecam orang-orang Cina yang suka memelihara anjing dan membiarkan anjing-anjing itu berkeliaran telah menimbulkan kemarahan masyarakat Cina terhadap UMNO.
Paling mendukacitakan apabila Khairy mengajak mantan Menteri Kesihatan, Dr Chua Jui Meng berdebat dengannya. Khairy tidak menghormati orang lebih usia daripada beliau dan sumbangan menteri itu kepada Negara. Dalam pada itu, lima laporan polis telah dibuat di Balai Polis Dang Wangi mendakwa terdapat ucapan berunsur hasutan daripada perwakilan sewaktu Perhimpunan Agung dan Pemuda UMNO pada November tahun lalu [Rujuk tulisan saya :
Sepatutnya UMNO tidak perlu memberi ruang kepada Khairy pemimpin muda yang rakus, ego, sombong dan berlagak samseng yang ‘brutal’ ini tidak lagi membangkitkan isu berbaur perkauman semata-mata bagi mencari populariti di kalangan parti yang diwakilinya itu. Khairy yang dikatakan bakal pemimpin masa depan itu tidak sepatutnya menunjuk teladan yang buruk kepada genarasi muda. Pemimpin muda sepertinya perlu mempunyai hati dan juga minda [tidak kepada cerdik-pandai semata-mata]. Khairy mesti ada hati untuk parti dan negara, bukannya untuk diri sendiri. Khairy mesti ada minda supaya beliau tahu apa yang harus dia lakukan dan tidak membawa pengikutnya tanpa haluan.
Pakar psikologi kanak-kanak ada memberitahu bahawa cara terbaik untuk menangani kelakuan yang buruk semacam ini ialah dengan menyerlahkan kejelekan yang beliau lakukan dan perlu diselang-seli dengan hukuman. Kalau si anak itu masih terus bekelakuan begitu, maka strategi yang lain perlu difikirkan. Kejelekan dan hukuman yang berterusan tidak akan membawa kesan, kerana si anak itu akan menganggap itulah cara terbaik untuk menarik perhatian. Ini bererti secara tidak disedari kita memperkukuhkan ragam kelakuan mereka.
Khairy pandai mencipta isu yang boleh menjadi kontroversi bagi menarik perhatian umum, tetapi sebenarnya ia menunjukkan kebodohannya di depan rakyat umum. Sebagai contoh,apabila beliau berkawan baik dengan Jason Lo[seorang arti] beliau mula berkenalan dan bersahabat pula dengan rakan-rakan artis. Juga menimbulkan isu kerana beliau sendiri yang mendedahkan diri dengan gosip. Cerita gosip Khairy dengan Maya Karin sebenarnya beliau yang timbulkan ketika orang telah melupainya. Tujuannya untuk menarik perhatian media dan public, tetapi pandangan awam terhadapnya sebaliknya.
Apabila diberi peluang membuat "road show" politiknya, dengan bangga beliau berkata pada musim persidangan kali ini [tahun 2006 lalu] beliau akan merasmikan 30 mesyuarat Pemuda UMNO bahagian-bahagian di seluruh negara. Platform ini beliau gunakan untuk menjawab dan menangkis serangan Dr. Mahathir terhadap beliau. Tetapi beliau lupa bahawa beliau berdebat dengan seorang negarawan yang tinggi falsafah politiknya. Akibatnya terduduk diam Khairy kerana kurang strategi dan pengalaman berpolitik.
Beliau tukar stategi dengan mengungkitkan perpaduan dalam BN dengan orang Cina akan mengambil kesempatan akibat masalah dalaman UMNO. Serang balas MCA dalam perhimpunannya dan Pemuda MCA mengecam beliau. Sebenarnya itu merupakan satu semboyan yang perlu Khairy fikirkan semasak-masaknya kerana beliau gagal untuk mendapatkan sokongan. Akibatnya Ketua Pemuda UMNO, Hishamuddin Huseein pula yang tolong menjawab bagi pihak Khairy. Beliau gagal untuk berbaik-baik dengan rakan komponen BN.
Khairy seorang anak muda yang berjiwa besar, tetapi gagal dalam gelanggang politik, walaupun Khairy mempunyai back up yang sangat kuat iaitu sebagai menantu kepada Presiden UMNO, tetapi perlu diingat itu bukan batu loncatan untuk mencapai cita-cita besar dalam politik. Dalam menikmati dan diulit kedudukan sekuat ini, Khairy sebenarnya telah menonjolkan kepada umum bahawa beliau amat cetek pengalaman dalam berpolitik. Khairy perlu berfikir secara matang dan terbuka bahawa beliau sebenarnya telah mengundang lebih banyak musuh dari kawan sebenarnya. Kembali pada tahun 2004, Mengapa calon yang lebih berwibawa tiba-tiba memberi laluan mudah kepada Khairy untuk menang tanpa bertanding? [Rujuk :http://www.harakahdaily.net/v06/index.php?option=com_content&task=view&id=4049&Itemid=48]
Sebagai kesimpulannya, Norza sepatutnya mengalakkan Khiary membuat lebih banyak kerja-kerja berbentuk amal maaruf dan mengurangkan kegiatan berunsur mungkar dalam kepimpinan pemuda, putri dan putera. Norza patut tahu apa yang ada pada Khairy ketika ini, kekuatan dan kelemahannya. Khairy tidak ada segala-segalanya di dunia ini apatah diakhirat nanti [sekiranya ia tidak merubahkan pendekatan politiknya yang dikira sebagai ‘radikal’]. Khairy sekarang tidak memiliki akhlak seorang Islam dan tidak mempunyai ciri-ciri seorang pemimpin Islam yang membolehkan rakyat daripada berbagai bangsa dan agama bernaung dibawahnya.Khairy adalah manusia biasa yang perlu kepada makanan untuk terus hidup, kencing, berak, buat anak dan tidur.
Saya akhiri dengan sebuah sajak karya Sastrawan Negara Allahyarham Usman Awang bertajuk ‘MELAYU’ :
Melayu itu orang yang bijaksana
akalnya bersulam jenaka
budi bahasanya tidak terkira
kurang ajarnya tetap santun
jika menipu pun masih bersopan
bila mengampu bijak beralas tangan.
Melayu itu berani jika
takut kerana benar
janji simpan di perut
selalu pecah di mulut.
Biar mati adat
jangan mati anak.
Dalam sejarahnya
Melayu itu pengembara lautan
melorongkan jalur sejarah zaman
begitu luas daerah sempadan
sayangnya kini segala kehilangan.
Melayu itu kaya falsafahnya
kias kata bidal pusaka
akar budi bersulamkan daya
gedung akal laut bicara.
Malangnya Melayu itu kuat bersorak
terlalu ghairah pesta temasya
sedangkan kampung telah tergadai
sawah sejalur tinggal sejengkal
tanah sebidang mudah terjual....
[Dipetik daripada : http://tehranifaisal.blogspot.com/]
Luangkan masa jenguk-jeguklah blog saya : http://tuntelanai.blogspot.com/
“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”
Sekian, wassalam. Terima kasih.
2 comments:
Semua org tahu helah dan trick budak KJ mentah ni. Dia ingat dia siapa? Kalau setakat nak jadi perosak negara, memang bab itu die le yg tere, tp sbg pemimpin ummah sorry le. Aku harap die tak jadi PM, lingkup M'sia nanti.
giannis shoes
yeezy
off white
off white jordan
hermes bag
off white clothing
off white
yeezy
ggdb sneakers
bape clothing
Post a Comment