DEMI RAKYAT :

GUNALAH OTAK, GUNALAH AKAL, GUNALAH JARI, GUNALAH PERASAN DAN GUNAKANLAH KESEMPATAN YANG ADA UNTUK MEMBUAT PERUBAHAN YANG MENGUNTUNGKAN SEMUA PIHAK DENGAN TIADA MENGUNDI UMNO-BN DALAM PRU KE-13

Thursday, August 9, 2007

PERANG MONYET DI ALAM SIBER

Oleh : Rustam Sani
DiPetik Oleh : Tun Telanai



Daripada Laman MalaysiaToday.net


Assalamu'alaikum wm.wrt
Cuba saksikan perangai 'beruk makyai' jahat [samseng] macam iblis-syaitan laknatullah. Inikah pemimpin masa depan. Berdoalah rakyat Malaysia manusia binatang ini jangan diizinkan menjadi pemimpin. Sekiranya, belaiau berjaya menjadi pemimpin maka akan rosaklah agama, bangsa dan negara kerana kepandaianya yang tersangat bijaksana akan meruntuhkan segala-segala yang kita bina selama ini. AWAS.















































Naib Ketua Pemuda UNITED MONKEYS NATIONAL ORGANISATION alais UMNO, Khairy Jamaluddin suka melebel sesiapa sahaja suka menentang atau perbezaan pendapat dengan para pemimpin UMNO. Tun Dr.Mahathir Mohamad dan para bloger telah di’monyek’kannya.Ikuti tulisan saudara Rustam Sani yang mengulas isu ini :

“Tulislah komentar yang biadab lagi penuh fitnah di laman web saya, dan saya mungkin akan ke penjara kerananya …”Demikianlah seruan Raja Petra Kamaruddin (RPK) kepada para pengunjung laman webnya, Malaysia Today, setelah dia menghadapi delapan jam soalsiasat di Ibu Pejabat Polis Wilayah Dang Wangi baru-baru ini.

RPK tentulah berasa sedikit kecewa. Dia datang ke balai polis itu membawa satu salinan salasilah keluarganya dan satu naskah kitab suci Al-Qur’an. Tujuannya ialah untuk membuktikan bahawa dia dan Agung bersahabat dan berkeluarga, dan tak mungkin dia akan menghina baginda.

Selain itu dia juga ingin pihak Polis memunjukkan, berdasarkan kitab suci tersebut, aspek-aspek ajaran Islam yang manakah yang telah dihinanya.

Sayangnya semua itu tidak terjadi. Yang menjadi tumpuan soalsiasat polis itu bukanlah tulisan RPK sendiri tetapi “postings” oleh para penulis komentar dalam laman webnya. Jadi yang menghina Agung dan Islam bukanlah RPK tetapi para pengunjung laman webnya.

RPK menyatakan bahawa dia tidak boleh dipertanggungjawabkan bagi apa yang diluahkan para pengunjung laman webnya, dan dia tidak mempunyai sumber yang cukup bagi menyaring dan mengawal tulisan para pengunjung itu.


Namun demikian, RPK memang terkenal kerana beberapa tulisannya di laman web yang mendedahkan pelbagai kebobrokan dan hubungan-hubungan meragukan beberapa tokoh awam – seperti Ketua Polis Negara dan malah PM sendiri serta anggota keluarganya.

Dakwaan memang boleh dibuat – berdasarkan undang-undang negara ini yang sudah ada – untuk mendakwa RPK di mahkamah. RPK malah mencabar pihak-pihak yang didedahkannya itu supaya mendakwanya, supaya dia boleh mendedahkan bukti-bukti yang lebih terperinci di mahkamah kelak.Akan tetapi, dakwaan yang demikian itu tidak pernah terjadi.

Sebaliknya, RPK “dikenakan” laporan polis yang dikemukakan oleh Ketua Penerangan Umno, Muhammad Muhd. Taib, atas tuduhan yang lebih “abstrak” sifatnya, yakni menghina Agung dan Islam.
Nyatalah bahawa, dengan aduan polis dan soalsiasat ini, pihak pemerintah belum juga dapat membuktikan bahawa fenomena baru yang tidak disenanginya – yakni laman-laman web dan blog dan para pengendalinya – merupakan golongan penyebar fitnah yang tidak bertanggungjawab.

Yang dapat ditunjukkannya hanyalah hakikat bahawa kemudahan baru yang kini wujud di dunia siber itu – tetapi masih belum dapat dikawalnya – sudah dimanfaatkan oleh segolongan rakyat untuk meluahkan rasa marahnya dan melepaskan rasa geramnya terhadap pihak berkuasa.

Dan kewujudan fenomena komentar yang tidak dapat dikawalnya inilah yang telah diputarbelitkan oleh beberapa para “pahlawan anti-laman web/blog” Umno seperti Zainuddin Maidin, Khairy Jamaluddin, (Tengku) Adnan Mansor, Muhammad Muhd. Taib, Azalina Othman Said, dll. – untuk membuktikan bahawa media baru itu berbahaya dan merupakan penyebar fitnah semata-mata.

Khairy Jamaluddin sampai menamakan para pengendali laman blog dan laman web itu sebagai “monyet” – sejenis haiwan yang tentunya paling rapat dengan perawakan dan tingkah lakunya sendiri.

Bagi saya, para penulis komentar yang tidak terkawal itu – dan saya lebih gemar menamakan mereka para penulis grafiti ruang siber – merupakan kesan daripada wujudnya sekumpulan orang yang tidak dapat mengawal perasaan dan ingin meluahkannya.

Akan tetapi, kerana kebebasan bersuara sudah begitu lama ditindas dan dinodai pihak berkuasa di negara ini, maka kebanyakan orang di negara ini sudah hilang kemahirannya untuk bersuara dan berwacana secara teratur, sopan lagi bertanggungjawab.

Bila revolusi teknologi digital kini membebaskan mereka untuk bersuara kembali melalui suatu media yang baru, maka tidaklah menghairankan jika mereka mengambil kesempatan melepaskan rasa geram mereka, yang selama ini terperam, secara begitu tidak terkawal.Dan apakah jawaban para “monyet” panglima perang siber terhadap fenomena ini?

Menurut maklumat yang didedahkan RPK, mereka kini menggaji berpuluh-puluh “monyet” mereka sendiri yang dibayar gaji lebih RM2,000 sebulan seorang (dan dinamakan “cybertroopers”) – untuk menyumbang kepada kegiatan penulisan grafiti alam siber itu, bukan terhadap pengendalian laman-laman web dan blog yang bernilai lagi bertanggungjawab.Bagi saya, semua ini membuktikan bahawa perjuangan membebaskan media dan memantapkan kebebasan bersuara dalam masyarakat sahaja tidaklah memadai. Kebebasan media yang kita perjuangkan itu mestilah digandingi oleh peningkatan kualiti dan taraf wacana awam (public discourse). Jika tidak, kebebasan media dan hak bersuara itu hanya akan dimanfaatkan oleh para penulis grafiti atau para “monyet” yang saling bercakaran.

Lebih berleluasa percakaran itu, maka akan lebih mudahlah para “monyet” tertentu menggunakan situasi itu untuk memfitnah para pengendali laman web dan laman blog yang bertanggungjawab.Para “monyet” ini – khususnya para “monyet” dari kalangan parti politik pemerintah yang berkuasa – tidak mempunyai sebarang minat untuk menjernihkan mutu dan tahap wacana awam di negara ini, demi memurnikan sistem demokrasi kita. Jika demokrasi dan kebebasan menjadi cukup jernih dan murni, maka wajah huduh mereka akan menjadi lebih terserlah.

Luangkan masa jenguk-jeguklah blog saya : http://tuntelanai.blogspot.com/

“SELAMATKAN RAKYAT DAN SELAMATKAN NEGARA”
“PROTES SAMPAI TURUN”


Sekian, wassalam. Terima kasih.